Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara nak bayar zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara online 2020

Cara nak bayar zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara online 2020

Zik · May 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

zakat fitrah

Zakat fitrah untuk tahun ini digalakkan untuk membayar secara talian. Hal ini kerana untuk mengelakkan berlakunya kluster zakat ke apa ke.

Dibawah ini disertakan link yang mana boleh untuk membayar zakat fitrah yang telah dilantik oleh badan zakat setiap negeri masing-masing. So sekarang ini banyak yang scam ini elakkan dari pergi link-link yang mencurigakan.

Bayar awal , untuk elakkan kesesakkan line server. Kang masa tengah dah last minit baru nak bayar. Semua server dah hang baru nak marah-marah. Tahu masa nak bayar zakat flexible. Tengah ada duit masa lapang ambil masa dalam 5 minit jer nak bayar zakat nih kan. So elakkan bayar last minit.

  • Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) fitrah.zakat.com.my
  • Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank)
  • PayHalal
  • MyEG
  • GoPAYZ (akan datang)
  • Pos Online

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP. 

Panduan cara nak bayar zakat fitrah bagi wilayah persekutuan kuala lumpur.

Mudah sahaja terus ke laman web utama ini

cara bayar zakat fitrah kl

  1. Masukkan nama penuh anda
  2. No kad pengenalan
  3. no telepon
  4. Email
  5. Tanggunggan termasuk diri sendiri
  6. Kadar fitrah, Rm 5 dan Rm 7. Ikut jenis beras yang kita makan setiap hari.

*Yang ada tanda star wajib diisi.

bayar zakat fitrah kuala lumpur,

Dah isi semua, tekan butang bayar.

 

cara bayar zakat fitrah kl

Dia akan paparkan maklumat yang telah anda isi sebelum ini dan beritahu berapa jumlah yang kena bayar.Sebelum itu semak betul atau tidak nama kita tuh. Jenis zakat , berapa tanggungan.

Pilih jenis Bayaran.

pilih cara nak bayar zakat fitrah,

FPX atau Debit Card.

Aku ambil FPX dan pilih maybank, tekan butang bayar melalui FPX. Dia akan ke laman maybank2u.com.my, login macam biasa, bila mintak tac , tunggu sms dan masukkan no tac .. Dah settle,

Nanti dia keluar resit dalam bentuk pdf file. Korang boleh print atau save dalam file simpan dekat handphone bukti ada bayar zakat.

Ulangkaji pelajaran mengenai zakat Fitrah.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah, Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

Lafaz Akad Fitrah

Diri Sendiri

“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM……….. wang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Diri dan Tanggungan

“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM……….. wang wajib bagi diri dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Bagi Pihak

“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM……….. wang wajib bagi ………….. tanggunganku pada tahun ini yang diwakilan kepadaku kerana Allah Ta’ala.”

Nilai Taksiran Fitrah.

Satu (1) Fitrah sebanyak satu (1) gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras bernilai RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ringgit Sahaja).
Share this on WhatsApp

Pengumuman cara nak bayar zakat fitrah secara online kuala lumpur, panduan bayar zakat fitrah secara online 2020, panduan bayar zakat fitrah secara online kuala lumpur 2020, tutorial cara nak bayar zakat fitrah secara online kl 2020, zakat fitrah kuala lumpur

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.