• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Tarikh dapat bpr fasa 2 ,(Bantuan Prihatin Rakyat 2021)

Tarikh dapat bpr fasa 2 ,(Bantuan Prihatin Rakyat 2021)

Zik · May 5, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

syarat kelayakkan bpr 2021,

BPR atau dikenali bantuan prihatin rakyat bagi fasa kedua, akan dapat pada hari jumaat ini 5 mei 2021. Ianya akan diberi secara bank berperingkat. Ada dengar cerita hari ini pun sudah ada yang dah bank in walaupun status permohonan dalam proses.

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan bermula Jumaat ini (7 Mei), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembayaran membabitkan peruntukan RM2.75 bilion itu akan dibuat secara berperingkat bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Tengku Zafrul berkata, Fasa 2 BPR akan memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang.

Baca juga : Panduan Kemaskini BPR secara online.

Beliau berkata, BPR adalah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40 dengan Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telah dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

“Fasa 2 BPR pula akan menyusul bagi memanfaatkan jumlah penerima yang sama. Namun berlaku peningkatan peruntukan berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.

“Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan individu bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

“Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank bermula 7 hingga 12 Mei ini manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh ambil bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Mei 2021.

Tengku Zafrul berkata, bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021, memberikan peluang kepada rakyat mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau berkata, mengambil kira pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BPR, jumlah bantuan kewangan yang sudah disalurkan kepada hampir 8.4 juta penerima BPR adalah sebanyak RM4.68 bilion.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini sudah membayar Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM1.91 bilion kepada golongan B40 bermula 21 Januari 2021.

“Oleh itu, sehingga Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2 bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan prihatin rakyat 2021, bila dapat bpr fasa kedua 2021, bpr fasa kedua masuk 7 mei 2021, cara nak semak bantuan prihatin rakyat fasa kedua 2021, Tarikh dapat bpr fasa 2, tarikh dapat bpr fasa kedua 2021

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: