Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my

PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my

Zik · Jan 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bpn 2.0

Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0). Semuanya terjawab apabila menteri kewangan, Tengku Zafrul sudah mengesahkan akan dimasukkan pada 21 Januari 2021 (B40), dan juga 25 Januari 2021 (m40)

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Semak di Laman BPN yang sah dibawah ini.

Semakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.

“Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.

Beliau berkata, BPN 2.0 disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima terdairi daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran serta peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.18 bilion,” katanya.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman bpn 2.0 fasa kedua, PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my, semakan bpn 2.0 fasa kedua, tarikh dapat bpn 2.0, tarikh dapat bpn 2.0 fasa pertama, TARIKH DAPAT BPN2.0 2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.