Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara semak status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat fasa1 2021

Cara semak status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat fasa1 2021

Zik · Feb 26, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bantuan bpr fasa 1 2021,

Untuk elakkan korang dari membuang masa, beratur panjang dekat atm nanti, buang masa, tenaga, duit parking lagi apa bagai. Lebih baik membuat semakan terlebih dahulu. Sebelum itu telah dimaklumkan bahawa bantuan prihatin rakyat bagi fasa pertama sudah masuk.

Panduan cara membuat semakan bantuan Prihatin Rakyat fasa 1 2021.

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, terus ke laman login https://bpr.hasil.gov.my;

bpr login,

Masukkan details, macam biasa login tuh. No kad pengenalan, CAPTHA dan password (kata kunci).

bpr login dashboard

Sudah dapat login.

Pergi ke butang pertama paling sebelah kiri tuh,tekan butang semakan status.

Kalau lulus macam dibawah ini.

BPR diterima.

Sila tekan butang pada ‘Maklumat Bayaran’ untuk penerangan lanjut. 

  • ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk dalam masa terdekat. Maklumat bayaran akan dipaparkan. (LULUS). Contoh rm 300 bagi yang kategori isi rumah, bujang RM 150.00.
  • Penerima tunai pula akan menerima Nombor Baucer untuk ditebus di BSN.
  • Jika tiada maklumat di atas, sama ada permohonan anda masih diproses atau jika dipaparkan ‘Alasan’ =dipaparkan alasan kenapa tidak dapat bantuan ini. (TIDAK LULUS). Rayuan nanti kita akan proceed untuk next entri.

bpr tidak layak,

Permohonan itu diterima. Tetapi tidak lulus.

  • Jika TIDAK LULUS, akan dinyatakan alasannya di situ.

    Atau mungkin permohonan anda masih dalam proses kerana tarikh akhir mengemaskini masih dibuka hingga 25 Februari.

 

  • Bagi penerima tunai pula (tiada akaun), nanti akan keluar maklumat nombor baucer macam di bawah ni.

Apa nak buat dengan no baucar BPR ni?

Anda boleh tebus bayaran tunai di mana-mana kaunter BSN.

Sila Rujuk kenyataan rasmi BSN bawah ini.

bpr baucar bsn fasa 1

Jangan lupa bawa IC (kad pengenalan). Hanya wakil sahaja masa korang isi borang bpr yang hari tuh kalau owner (tuan) tidak dapat hadir ke bank bsn.

Kena ingat masa isi borang , part maklumat wakil. Kalau korang takda tulis wakil. Minta maaflah, kena diri sendiri lah jawabnya.

bpr kemaskini

Terus rujuk (serang) ke bsn, jangan lupa no baucar tuh jangan tunjuk kat orang.

Kalau korang tengok masih diproses, belum tahu status, cuba korang tengok secara online banking yang telah didaftarkan (akaun pasangan)>Tengok duit dah masuk ke belum. Tengok baki , lepas tuh tengok details dia ada tulis bpr credit rm 300 atau rm 150.

 

Jumlah Bayaran BPR Fasa Pertama & Kedua

Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun : RM150

BPR FASA 1 DAPAT BERAPA

 

Pembayaran BPR Fasa Kedua pula dijangkakan adalah mulai penghujung April/Mei 2021 secara berperingkat.Sebelum rayalah mungkin. Itu nantilah, secara kita fokus fasa pertama dahulu dan juga rayuan untuk akan datang ok.

Semak di applikasi tidak digalakkan. 

Semakan secara Aplikasi Mobile BPR (akan datang). Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS.  Namun bagi aku tak galakkan. Sebab bila search ada banyak jenis apps yang macam sama. Takut kita tersalah bukak, bagi data peribadi nanti timbul masalah baru pula. Better pergi ke laman rasmi diatas tuh. .

  • Hubungi terus HOTLINE LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Share this on WhatsApp

Pengumuman bpr 2021 semakan, bpr semakan status 2021, bpr status permohonan diterima, cara nak semak bpr fasa 1 2021, semak bpr, semakan bayaran bpr 2021, semakan bpr, semakan bpr online, semakan kelulusan bpr, semakan status bpr, semakan status bpr diterima

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.