• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 4 cara untuk membuat simpanan tetap setiap bulan

4 cara untuk membuat simpanan tetap setiap bulan

Zik · Mar 5, 2012 · 23 Comments

Share this on WhatsApp

saving, simpanan tetap, tabung,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la kita akan bagi alasan. Contohnya..

~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar

~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini

~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?

Alahai bro!! bukan banyak sangat nak simpan hadui nyer pun~. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%.

Jadi disini, aku juga nak kongsikan 4 cara untuk kita gunakan:

1) Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.

Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbanding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita suami isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.

2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop

Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Bagi yang kerja di tengah bandar, atau kawasan membeli-belah, susah tuh!! Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu. Bagi yang tiada credit kad, anda terselamat!!

3) Tetapkan matlamat simpanan anda!

Letakkan matlamat [goal!!] pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!

4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang.

Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah pulus dapat juga dijimatkan.

Eh lagi satu, simpanan tetap boleh juga buat melalui pemotongan gaji. Jadi bila dah dapat gaji tuh, kira dah potong siap-siap. Contohnya rm100 ke tabung haji, rm100 ke unit trust, rm 100 ke amanah saham, dan sebagainya. Yang penting, gaji kita tuh memang cukup untuk belanja keperluan dan untuk bayaran bil-bil utilities.

Rasanya tips terlalu sedikit dan dia punya pointnya ialah kita harus kekang nafsu untuk berbelanja hingga keterlaluan. Beringat-ingat.

Selamat mencuba!

Sumber bijak ringgit

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi alasan tidak menyimpan duit setiap bulan, cara untuk menyimpan duit gaji kita setiap bulan, tips berbelanja, tips membuat simpanan tetap setiap bulan, tips menyimpan setiap bulan, tips menyimpan wang, tips simpanan setiap bulan, tips untuk menyimpan gaji 10 peratus dari gaji

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    March 5, 2012 at 9:31 am

    Kalau mahu simpanan sebagai matlamat jangka panjang, masukkan terus simpanan ke akaun KWSP. Tunggu umur 55 tahun baru boleh keluar!

    Reply
  2. Norizwan says

    March 5, 2012 at 11:12 am

    terima kasih info yg menarik ni…:-)

    Reply
  3. akubiomed says

    March 5, 2012 at 4:07 pm

    Saya memilih simpanan KWSP dan buat pengeluaran untuk mengurangkan beban pinjaman rumah dan pelaburan unit-unit amanah.

    Reply
  4. iza says

    March 5, 2012 at 5:21 pm

    Assalam..
    Sebelum kahwin memang berjaya menghalang nafsu untuk berbelanja tapi bila dah kahwin, boleh juga halang nafsu untuk berbelanja…masalahnya duit yang kita simpan, orang lain yang guna….frust…frust…

    Reply
  5. nizamghazi says

    March 5, 2012 at 9:57 pm

    Memang tips yang sempoi yang betul πŸ™‚
    Sekarang ni pun NG tengah berjimat cermat untuk masa depan.
    Tak nak harapkan KWSP je masa tua.
    Kena ada savings lain dikala kecemasan πŸ˜‰

    Reply
  6. Adida says

    March 6, 2012 at 2:34 pm

    Cara menyimpan untuk anak. Saya telah lakukan cara ini, ternyata berjaya untuk ketiga-tiga anak saya. Mula mereka lahir, kami suami isteri telah membuat potongan gaji bulanan untuk tabung haji mereka. Sekarang simpanan mereka memcecah puluhan ringgit seorang, kami bermula dengan RM10, bila gaji kami naik, maka potongan kami naikan. Apa yang penting ialah kecekalan hati kita, tidak mengeluarkan wang simpanan sesuka hati. Kami keluarkan hanya untuk masuk universiti dan keperluan belajar sahaja. Walau pun anak telah mula kerja simpanan tetap kami teruskan sehingga kini. Nyata amat berbaloi untuk ketiga-tiga anak kami. Insyallah boleh..

    Reply
    • noli says

      December 3, 2012 at 11:37 am

      sy pun tahun lepas masukan simpanan nuri untuk anak sy ..dan asd..tahun lepas saya da stat nampak gaya saya berjaya disiplinkan diri..

      Reply
  7. Juan says

    March 7, 2012 at 1:02 pm

    kadang kala komitment kepada sesuatu juga membuatkan kita komitmen dalam membuat simpanan

    Reply
  8. Azrael says

    March 7, 2012 at 4:35 pm

    Sebuah perkongsian yg bermanfaat .
    Terima kasih utk tips-tipsnya .

    Reply
  9. Marina says

    March 8, 2012 at 9:16 pm

    Assalam…

    Terima Kasih atas perkongsian, semua tips sgt berguna dan sesiapa pun boleh buat, yang penting kena lawan hawa nafsu sendiri, atau pun kena belawan dengan hasutan syaitan… pasti bole menabung..

    Reply
  10. surfbumps says

    March 9, 2012 at 3:43 am

    Terima kasih untuk info yang berguna.

    Reply
  11. zamer says

    March 9, 2012 at 4:32 pm

    Thanks untuk tips yang diberikan ape ape pun mesti ada simpanan sedikit kalo tiap hujung bulan o je susah jugak πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      March 12, 2012 at 12:24 am

      yer betul tuh…

      Reply
  12. Ladfe Amir says

    March 10, 2012 at 11:24 pm

    saya tak de buat simpanan tetap kecuali potongan saham tempat saya bekerja.
    cukup 6 bln..kalu nilai saham tinggi, boleh dijual.

    Reply
  13. Hasni says

    March 11, 2012 at 3:42 pm

    Simpan sendiri je pasal tak kerja offline,maen online blogging jer hehe …

    Reply
  14. titan says

    March 11, 2012 at 11:24 pm

    betul. itu yang aku selalu buat setiap bulan.

    Reply
  15. aimannajmy says

    March 12, 2012 at 2:54 pm

    salam bro.. wah lama tak singgah sini~ duit kalo biar berkepuk dalam akaun ada ja nafsu nak bok kuar, so better masukkan terus dalam asb ke, kwsp ke huhu

    Reply
  16. Ramli says

    March 26, 2012 at 4:19 pm

    mari bermula utk yg belum bermula ya. My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012

    Reply
    • Zik says

      April 1, 2012 at 11:28 am

      yer betul tuh bro…

      Reply
  17. noli says

    December 3, 2012 at 11:46 am

    sy nak berkongsi sikit je…sesiapa yg liat untuk menabung cube mula buat dari nilai yang rendah..pastu buat jadual..yang paling penting azam kene ada…kene buat jadual sikit lah…pastu waktu gaji je kite jadi akauntan..hu…hu…cth: bulan jan 2013 : masuk 50 ..sampai dis 2013 ..kite jumlahkan …=RM 600.00
    2014 = RM 1200.00…T gaji dah naik…mula jan 2015 pula RM 100 * 12 bulan =1200.00..nampak kan…he..he….sy guna cara macam nie..sebab sy rs enjoy….suke kire2……kih..kawan2 try lah..insyallah..

    Reply
    • Zik says

      November 20, 2016 at 1:22 am

      satu tips yang menarik untuk dipraktikkan.. saya bersetuju.. zaman sekarang agak tertekan dengan keadaan ekonomi yang terlalu menekan rakyat.. so kita kena pandai urus wang dengan sebaiknya…

      Reply
  18. zak says

    December 21, 2012 at 8:57 am

    Tips yang baik dan patut diamalkan lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi ketika ini di mana wang bagaikan tiada nilai lagi. Selain itu sebagai tambahan bijak-bijak lah berbelanja sambil berbelanja sambil menjana pendapatan bukan kah tu cantik..cth minyak kenderaan,kredit hp,pemakanan dan banyak lagi..

    Reply

Trackbacks

  1. Karangan, Langkah-langkah mengurangkan bebanan Kos Sara Hidup – Zikri Husaini says:
    September 19, 2020 at 2:41 pm

    […] ARTIKEL BERKAITAN:Β 4 KAEDAH KREATIF UNTUK MEMUPUK TABIAT MENYIMPAN […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: