Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Cara uruskan hutang dengan berkesan

Cara uruskan hutang dengan berkesan

Zik · Jan 11, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

sayarat hutang, hutang , hutang satu bebanan,

Ramai yang dm-dm tanya aku macam mana nak selesaikan masalah hutang yang membelenggu ini. Hampir semua orang berhutang. Termasuklah hutang dengan kawan, ?hutang tak rasmi). Hutang jadi satu beban kalau kita tidak menguruskan dengan bijak dan sistematik.

Kadang-kala kita kita pelik, gaji setiap tahun naik, tapi bila hujung bulan , mesti tak cukup duit. Dah berhutang dengan orang, pergi buat loan. Gali lubang tutup lubang lagi.  Hutang memang jahat, tapi yang jahatnya kita sendirilah mahu ingat. Masa pinjam bukan main lagi. Sebab itu nafsu kita yang sukar dibelanggu bilamana ada duit sikit mulalah enjoy sana sini. Beli benda-benda yang kita inginkan. Bila dapat bonus joli sana sini.

Sebab itu kena ada perancangan yang lebih teliti dan ada target (pelan jangka masa panjang).

Apakah caranya untuk menguruskan hutang? 

Tak mudah, tetapi jika kita ada disiplin dan tahu dan peka dengan hutang , insyallah korang pasti akan bebas hutang dengan lebih terkawal. Jangan sampai negatif setiap bulan tuh, kira masalah besar beb.

1. SENARAIKAN JENIS HUTANG. (DAFTAR HUTANG )DI DASHBOARD

Senaraikan semua jenis hutang yang korang ada , hutang rumah, personal loan, hutang kredit card, hutang belajar ptptn, mara, jpa, termasuklah hutang dengan kawan. Hutang emas dibawa belayar tuh jangan kau nak pandai-pandai masukkan.

Buat plan lebih senang. Lukis satu kertas ada dalam buku hutang. Ini penting biar korang tahu apa hutang yang ada sekarang ini. Kalau korang diamkan, buat-buat lupa. Sampai masa memang akan meletup punya, masatuh barulah nak salahkan kerajaan lah, salahkan ptptn. Salahkan Najib, Dr M. 

Fasiliti hutang
Jumlah hutang
Kadar faedah
Pembayaran bulanan
Kad kredit Mastercard
RM3,000.00
18% setahun
Pembayaran minimum
bulan pertama:
RM150.00
Pinjaman peribadi
* Jangka 3 tahun
RM9,000.00
8% setahun
RM250.00
Pinjaman kenderaan
* Jangka 7 tahun
RM45,000.00
3.51% setahun
RM667.00
Pinjaman pendidikan
* Jangka 6 tahun
RM30,000.00
1.5% setahun
RM435.96

Dengan menggunakan kaedah ini, anda disarankan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terdahulu, iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar fae

 

Latar Belakang Hutang

HutangBebanan BulanBakiRemarks
KeretaRM767RM27,600Baki lagi 4 tahun
Hutang PeribadiRM608RM43,800Baki lagi 3 tahun
Kad KreditRM1,000RM20,0005% dari baki
Hutang Aeon KreditRM330RM5,500
Hutang Installment 0%RM310RM4,000
JumlahRM3015RM100,900 

Ini contoh sahaja.

Segala apa jenis mak nenek korang punya hutang kena listkan. SEMUA HUTANG , kena tulis. Untuk korang tahu dimana kritkalnya hutang korang ini.

Mana hutang yang paling kritikal, kena letak paling atas. Sebab bulan-bulan memang tak boleh terlepas bayar, atau lewat bayar. Hutang-hutang yang boleh kawtim tuh, biasa hutang dengan kawan, tapi jangan kata tak bayar langsung. Kena bayar juga, tapi mintak jugalah belas ihsan kalau tidak dapat laksanakan seperti yang dijanjikan.

Anda perlu mempunyai senarai daftar hutang untuk menyusun kembali hutang. Apakah jenis hutang yang anda miliki dan berapa nilai kesemuanya? Berapa jumlah ansuran bulanannya? Berapa lagi tempoh bayaran balik? Ada bercagar atau tidak? Mempunyai perlindungan atau tidak?

Bila ada  list jumlah  hutang, anda boleh buat analisa dan mengira berapakah jumlah faedah yang akan anda bayar untuk menjelaskan hutang tersebut. Lumrahnya, hutang yang dikenakan kadar faedah yang paling tinggi seperti hutang kad kredit adalah hutang yang paling membebankan anda. Oleh itu anda perlu mengambil langkah untuk membayar hutang kad kredit dengan jumlah sebanyak yang mungkin dan dalam tempoh yang paling cepat. Jangan sekali-kali membayar lewat kerana anda akan dikenakan caj kelewatan yang akan membebankan lagi keadaan anda.

2. Gunakan duit lebihan untuk bayar hutang

Lebihan wang boleh datang dari penjimatan yang dijalankan setiap bulan, ataupun bonus tahunan. Wang lebihan ini lebih untung untuk dibayar hutang daripada disimpan dalam simpana tetap. Pengiraannya mudah saja, simpanan tetap di bank pulangannya amat rendah berbanding faedah hutang kad kredit anda!

Selesai Satu Hutang, gandakan pembayaran hutang lain.

Inilah untungnya bagi anda yang mempunyai daftar hutang,  dimana anda boleh tetapkan keutamaan untuk selesaikan mana-mana hutang terdahulu. Bila dah selesai satu hutang, bukan saja anda lebih bermotivasi untuk selesaikan hutang-hutang lain dalam senarai, malah anda boleh gunakan lebihan wang tersebut untuk gandakan pembayaran hutang lain pula. Ingat jangan tambah hutang !! Boleh,tetapi dengan syarat korang kena double cari pendapatan lain. Bukan Joli sakan.

4. Bina pendapatan kedua

Pada dasarnya, hutang terbentuk bukan kerana tidak cukup wang, namun kita tidak berupaya mengawal nafsu untuk memiliki sesuatu yang diluar kemampuan. Bagi sesiapa yang sudah mempunyai kesedaran untuk menguruskan hutang, maknanya anda sudah insaf dan tidak akan mengulangi ‘dosa’ yang lalu. Dengan itu, fikirkan cara bagaimana untuk bina pendapatan kedua dan hasil dari pendapatan ini gunakan sepenuhnya untuk membayar hutang-hutang lapuk sediada. Jangan pula dengan adanya wang tambahan ini anda mula memasang impian untuk tukar kereta baru!

Mungkin boleh part time grab ke, jual barang online di shopee, mudah, facebook banyak sangat medium sekarang ini.

Buat duit dengan blog pun boleh juga.

 

Fokus Tingkatkan Pendapatan

Secara realitinya, berapa jumlah simpanan yang anda mampu simpan dari pendapatan bulanan sedia kala? Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM3,000 dan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan untuk keperluan asas, ini bermaksud anda tidak mampu untuk menyimpan lebih daripada RM2,500 sebulan. bagi aku rm 300, jika tinggal dibandar, mungkin ada susah juga untuk simpan 500 sebulan jika pakai kereta, sewa rumah. Boleh simpan banyak kalau korang kongsi ramai-ramai. Pakai pengangkutan awam bulanan. Kalau 3k sudah berkeluarga , memang agak struggle sekarang ini. Tak tahu masa akan datang, kadar inflasi bagaimana, setiap tahun akan bertambah. Ketika entri ini ditulis mungkin rm 3k masih lagi dianggap relevant untuk bujang fresh graduate. akan datang, rm 10k pun entah pun sengkek.

Bagi kebanyakan individu, pekerjaan tetap mereka tidak akan menjadikan mereka kaya, sebaliknya ia lebih untuk menyara hidup dan sebagai sumber pendapatan yang stabil. Individu yang mempunyai kewangan stabil adalah mereka yang aktif mengusahakan pertumbuhan pendapatan mereka yang sedia ada.

Salah satu tips yang anda boleh ikut ialah dengan mencuba untuk mengembangkan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% setiap tahun. Katakanlah gaji anda tahun ini RM3,000 sebulan, cuba untuk dapatkan pendapatan RM3,300 pada awal tahun hadapan. Walaupun  nampak sukar, mulakannya dari sekarang; sama ada dengan mencari pendapatan tambahan, ataupun meningkatkan kemahiran supaya anda boleh berunding kenaikan gaji.

5. Jangan buat hutang baru untuk bayar hutang.

Ini biasa yang orang selalu buat, terjerat balik. Asalnya nak settlekan hutang lama, hutang baru nih lagi dia punya bunga lagi tinggi. Biasa buat hutang ah long nih. Sebab tuh kalau boleh ukur baju badan sendiri. Nak hutang mesti tengok kemampuan kita untuk bayar, mungkin bank dah lepas bagi untuk buat loan. Tetapi kita kena beringat tuh, bila buat loan mesti ada kotmitment untuk bayar hutang.

 

Point utama ialah :

  1. Tulis semua hutang, baki hutang. Progress hutang. kotmitmen bulanan.
  2. Guna duit lebihan buat bayar hutang. Bonus, duit terpijak.
  3. Selesai satu hutang, gandakan bayaran hutang yang lain.
  4. Bina pendapatan kedua.
  5. Jangan buat hutang baru

Adalah diharapkan beberapa panduan ini boleh membantu anda menyelesaikan hutang lapuk yang ditanggung sekarang ini. Apa yang pentingnya di sini adalah anda mempunyai matlamat yang jelas bila ingin selesaikan hutang lapuk tersebut dan mulakan tindakan hari ini juga. Alangkah leganya apabila satu persatu hutang sudah dilangsaikan dan gambarkan perasaan gembira yang bakal anda tempuhi dengan bebas dari hutang. Perasaan lega bercampur syukur yang tidak terhingga kepada Allah sebab dengan izin-Nya diberi ruang untuk keluar daripada beban hutang tersebut.

Share this on WhatsApp

Ekonomi bagaimana untuk uruskan hutang, cara nak habiskan hutang dengan betul, cara uruskan hutang, pengurusan hutang, pengurusan hutang yang lebih teratur, teknik bayar hutang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. CARA NAK BAYAR HUTANG PTPK SECARA ONLINE, – Zikri Husaini says:
    January 26, 2025 at 7:44 pm

    […] Baca juga : Pengurusan hutang.  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.