Sebenarnya ramai yang pening kepala, botak kepala macam aku nih ha. Apabila berbicara mengenai kewangan. Yalah, dalam seharian, kita memangtidak boleh lari berdepan dengan seribu satu masalah kewaangan . Apa jer kita pergi, mesti ada $$$. Pergi toilet pun mau keluar wang.
Ada yang mendapat tekanan hidup disebabkan oleh masalah kewangan. ada yang hidupnya gembira disebabkan bijak urus kewangan. Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk kewangan dan bajet agar tidak dibelenggu dalam masalah kewangan. Nampak macam mudah, bila dah laluinya apabila sudah berumah tangga. Lu tahulah sendiri ya. So ini adalah sambungan entri yang lepas hari tuh ha.
Cara terbaik urus bajet: (suami isteri)
- Sentiasa memeriksa bajet yang telah dibuat. Pastikan segala keperluan yang mustahak didahulukan, ada lebihan barulah boleh untuk menambah item-item lainj dalam senarai.
- Jika hanya buat bajet tetapi tidak mengikutinya besar kemungkinan anda akan berhadapan dengan risiko tinggi berhadapan dengan bajet berlebihan. Budget bursttt bro. Pointnya kena buat bajet tuh, ikut apa yang telah dibuat.
- Pasangan suami dan isteri perlu sama-sama menyimpan kerana ini menimbulkan rasa tanggungjawab, sama ada terhadap diri sendiri, pasangan dan juga terhadapa keluarga. Kena sama-sama bincang. Majoriti sekarang isteri pun bekerja, tak boleh nak buat apa. Huhu.
- Pentingkan keperluan dari kehendak. Namun , kita tak boleh nak jadi kedekut sangat dengan kehendak anak-anak. Sesekali tunaikan permintaan mereka untuk memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak.
- Kurangkan aktiviti sosial, aktiviti luar. Bukan tak boleh langsung, seeeloknya dikurangkan. Sebabnya ia mendorong kepad pembaziran, pengeluaran wang yang tidak dijangka tuh. Sebagusnya hujung minggu dalam sebulan sekali ke. taklah boring sangat.
- Jika sudah bergelar ibu atau isteri. Lagi bagus masak dekat rumah jer. Memang jimat banyak beb. Makan bersama-sama anak dirumah tuh ha. Nak makan luar tuh dalam dah dapat gaji sebulan sekali pun ok. Sedikit sebanyak boleh lah mengurangkan hubungan sesama ahli keluarga.
- Sediakan peruntukkan, bajet untuk insurans takaful. Ini penting, sebab kita tak tahu masa depan kita. Ambillah sekuang-kurangnya satu sudah cukup. Banyak sangat kang penat nak bayornya. Nanti time nak claim pun susah juga satu company insurans biasa dia nak surat original.
- Sebagai suami, atau ayah memang tanggungjawab lebih besar dalam kewangan nak cari duit lebih. So sekarang nih memang nak harapkan gaji yang sedia ada memang kadang-kadang cukup tak cukup. Pointnya kena kreatif cari duit sampingan untuk tambah pendapatan. Apa benda yang nak cari side income, lu boleh fikir sendiri kan. Cuma disini kita janganlah sampai terabai tanggungjawab kita , kadang-kala ambil atau curi masa untuk bersama-sama dengan keluarga kita tuh.
- Melabur. Yang ini lebih bersifat long term. Tapi sebolehnya dapatkan khidmat dari yang pakar. Jangan sembrono jer. Sekarang nih macam-macam program melabur nih. Emas lah, forex lah itulah inilah. Bukan tak boleh, cuma kena pastikan ianya sah disisi syariah islam. Sebab ia mendatangkan keberkatan gitu.
- Buat simpanan untuk anak-anak. Yang ini penting, mungkin kita boleh buat tabung untuk anak kita ini. Lagi bagus jangan usik langsung duit anak kita nih. Sebab belanja pelajaran untuk anak-anak sangat banyak dan besar. Apepun, jangan lah kita menambah hutang. Bukan tak boleh hutang, tapi mesti mahu ada kotmitmen untuk bayar hutang tuh.
Sekian terima kasih.
Ada lagi, bersambung ….
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Hero Borneo says
soal kewangan yang banyak memeningkan kepala saya setakat ini..
Zik says
yer betul tuh bro…
Sani Sini Sana says
Tips yang bagus ni untuk bajet. Kalau tak displin semuanya akan kelaut..:-)
Diyana says
Banyak manfaat tips ni, tapi pada hemat saya terlalu general. Kajian menunjukkan yang kita ni susah nak achieve matlamat atau goals kita bukan sebab malas, tapi sebab terlalu bergantung kepada willpower.
Hakikatnya willpower kita terhad, sebab tu ramai yang nak buat tabiat menabung, investment, berjimat, sekejap je dapat buat. Ini akan menyebabkan kita rasa sia-sia dan “malas fikir” bila dah kerap sangat gagal.
Saya ada mengupas pasal macam mana nak bagi habit terbentuk tanpa bergantung kepada willpower semata-mata.
nur zayyani liman says
Yup..kene ikut bajet2 btul2..yg penting belanja ikut mampu..