Membina kekayaan menjadi sesuatu impian setiap semua orang. Namun, tak semua ada yang terus jadi kaya, ada yang terpaksa melalui pahit manis laluannya selama berpuluh-puluh tahun dan ada juga sebaliknya. Terdapat 6 cara untuk anda membina kekayaan iaitu:
1. Kaya keturunan
Anda lahir ke dunia dan melihat wajah bapak korang adalah Bill Gates.
Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan bapa dia adalah sekaya Bill gates, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Mungkin nisbahnya, dalam 100 orang mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.
2. Menjadi usahawan atau ahli perniagaan
Cuba kita fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.
Dapatkan ilmu dari mentor yang telah dipercayai dan terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.
Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.
Mungkin ada “Suara-suara busuk” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.
Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.
3. Bekerja keras untuk mendaki jawatan demi jawatan
Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.
4. Menjadi pakar atau professional di dalam sesuatu bidang
Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif. Korang pakar dalam bidang apa?
5. Terlibat di dalam “sales” (bidang jualan)
Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.
Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.
6. Nasib, bakat atau terpijak.
Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.
Sumber: Metro Ahad, 10 Oktober 2010 oleh Dr. Azizan Osman.
Amirez says
kalau kaya terpijak yang best tu hehe. tapi biasanya tak kekal. usaha juga yg menjamin kesenangan masa depan
Zik says
kaya terpijak kena , pandai manage lepas tuh. jangan duk menjoli jer…
muhammad fakhruddin says
Kesimpulannya…usaha untuk menjadi kaya kuncinya SABAR.
Apabila mendapat nikmat kekayaan perlu SYUKUR.
Diuji nikmat senang mahupun derita susah, ketahuilah kita ini hanya menumpang rahmat Tuhan Yang Maha Kaya.
Zik says
kalau tak sabar..boleh jer jadi kaya,tapi tak pasati caranya adalah dibenarkan dalam islam
MDHAFiZ.NET says
Biarpun bersama kekurangan namun bersyukur kurniaan Tuhan.. π
Zik says
syukur dengan apa yang ada…
Juan says
saya lak jenis kategori nak naik dari satu ker satu, hehe
Zik says
itu maknaya play safe… itu lagi bagus dari yang tak berfikri langsung untuk maju..
Mus says
kayanya seorang bapa tak bermakna anaknya akan kaya juga..
Zik says
ada juga yanga anaknya berdiri sendiri berusaha untuk membina kekayaan tanpa bantuan dari ayahnya.. stand up alone
Jai says
ELoklah bermula dari bawah.. Kalau kita dah azali berada diatas, sekali kita terjatuh, cukup ssh kita nak naik balik..
Zik says
jatuh naik semula…
titan says
aku mahu kaya ilmu. π
Zik says
aku mahu kedua-duanya…
zulkbo says
salam Zikr..
semoga kita tergolong
di kalangan hambaNya
yang “kaya”
π
Zik says
kaya tapi tidak lupa diri..
wazy says
point no 2 dan 3 tu bagus
bermula dari bawah dan tak mudah berputus asa,Insya Allah dapat membian kejayaan
Zik says
mulakan langkah kita… dari tak mula langsung.. huhu
tehr says
kaya harta habis juga di suatu masa
kaya budi bahasa kekal diingat selamanya
Zik says
kaya harta ..tak dibawa ke kubur…kaya ilmu duniawi dan ukhruwi… kelak ada manfaatnya
Ali ridha says
kekayaan tak kekal selamanya.
jadi dari keturunan ni kena
belajar juga pasal perniagaaan.
Zik says
ilmu perniagaan kena tambah lagi… dari masa ke semasa
Wan Gerrard says
kekayaan hasil titik peluh sendiri akan dipandang tinggi π
Zik says
ya betul tuh.. baru kita nampak usaha kita dan dipandang tinggi…
Fitrihadi says
kaya ke miskin ke, apa yang kita ada hanyalah pinjaman je.
.
Zik says
biasanya kita akan jumpa beberapa orang dalam nak mencari kekayaan ..ada yang mahu ada yang masih mahu ditakut lama.. dan ada juga yang mahu meninggkatkan keimanan dan ketakwaan pada masa yang sama.. fikir2kan..
Esempoi says
kaya.. kaya
jangan kayap sudah.. hehe