Imam muda minggu 10 (Kemuncak Imam muda)

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Imam muda Asyraf ditabalkan imam muda pertama!

Permulaan

Imam Nuri dan Imam taufek memulakan rancangan dengan suara lunak azan.

Kemudian kesemua 8 imam muda (kecuali imam muda Asyraf dan  Hizbur) , memulakan dengan bacaan 99 asma ul-husna . Kemudian dah nak habis bacaan, barulah kedua-dua finalis imam muda ini ke pentas.

Kedudukan terkini imam muda minggu 9

  1. Imam muda asyraf
  2. Imam muda Hizbur

Minggu terakhir

2 finalis imam muda balik kampung, untuk mengetahui keadaan disana. Serta membuat sedikit aktiviti kemasyarakatan disamping berjumpa keluarga yang sudah lama tidak jumpa selama 9 minggu.

Imam muda Asyraf bersama isterinya pulang ke Sungai Gelugur , Pulau Pinang.

Mereka tiba pada pukul 9.30 malam. Ketika sampai disana, siap ada paluan kompang tuh.

Sempat bersalam kepada ibubapanya.

Sembahyang hajat.

9.00 pagi. Hari esoknya Imam muda Asyraf pergi ke SMK Teluk Kumbar 2 , PPinang. Ada kompang lagi! Sekolah tempat, Imam muda Asyraf tempat mengajar sebagai guru sandaran.

12.30 di masjid Universiti Sains Malaysia P.Pinang

Imam muda Asyraf, membaca tazkirah dan khutbah  di masjid itu dikalangan foreigner dan orang arab.

Aktiviti bersama masyarakat.

Memotong pokok, membersihkan masjid, kubur, dan sebagainya.

4.45 petang di North Sport Central Futsal  ,PPinang  .Yeah Imam muda kita main futsal tuh.

Perghh , tiba-tiba masuk waktu solat, diaorang semua sembahyang dekat court futsal on that time tuh jugak. Imam muda Nuri dan Aran datang ke rumah.

Mohon restu dari keluarga. Dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur kembali.

Imam muda hizbur

10.30 malam

Sampai ke kampung halamannya di Pondok Lanai, Parit Panjang, Baling kedah. Disambut oleh pelajar-pelajar tahfiz , dan keluarganya.

4.30 pagi Bertempat di Masjid Omar ZUhdi Parit Panjang , Baling. Mereka ada program sepagi bersama Imam muda . Mereka turut membuat qiamulail.

9.00 pagi, Gotong royong bersama penduduk kampung. SAmbutan yang menghangatkan yang mana orang kampung datang bersama-sama. Membersihkan kubur, kawasan masjid.

11.30 pagi. Lawatan ke tahfiz Al-Quran Abada, tempat beliau mengajar sebagai guru Kafa.  Kedatangan Imam muda Hizbur, disertakan dengan selawat ke atas junjungan. Bertemu dengan guru-guru dan juga rakan sekerja.

12.30 Masjid Ridhuaniah , Baling menjadi sebagai pembaca tazkirah dan khutbah untuk hari itu.

3.30 petang Pondok Lanai Parit Panjang, Baling. Menziarahi warga emas disitu. Memberi sedikit sumbangan kepada orang-orang disitu.

Isteri Imam muda Hizbur, Liliyana Yudi

5.00 Majlis pernikahan Penduduk kampong. Imam muda hizbur membaca peringatan kepada bakal suami isteri yang bakal berkahwin mengenai pernikahan dari A sampai Z.

10.30 Majlis Doa selamat di Pondok Lanai.

Slot penceritaan

Imam muda Asyraf :

Cerita mengenai sahabat Nabi  yang begitu mementingkan solat dari perkara yang ,walaupun nyawa sudah ditelur tanduk.

Solat, ajarkan lah solat ketika mereka masih kecil dan pukullah ketika 10 tahun.

Mantap

Imam muda Hizbur :

Mengenai peristiwa nabi musa, memohon Allah untuk turun hujan, kemarau, dan juga 70000 bani  Israel memohon  keampunan . Namun hujan tetap tidak turun.

Bertanya kepada Allah, kenapa  Allah tidak turunkan Hujan. Allah memberi puncanya ialah seorang dari 70000 bani Israel telah melakukan maksiat selama 40 tahun.

Lantas nabi musa terus bertanya kepada 70000 umat siapa yang telah melakukan maksiat selamat 40 tahun, agar keluar dari lingkungan itu.

Kemudian orang itu keluar,  dan memohon ampun kepada Allah, bertaubat diatas segala kesalahannya.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, lantas nabi musa bertanya, mengapa Allah menurunkan hujan. Allah itu maha pengampun lagi maha mendengar.

Tidak kurang lebih penceritaan macam imam muda Asyraf.

Kedudukan imam muda selepas melakukan aktiviti di kampung

  1. Imam muda Asyraf
  2. Imam muda Hizbur

Sesi soal jawab.

Tuan Mudir Ustaz Haji Hassan Mahmud

Bertanya mengenai bagaimana menarik orang-orang muda untuk datang ke masjid rumah Allah dan Cabaran globalisasi hari ini.

Imam muda asyraf dan Hizbur membaca, Bacaan al-quran surah at-taubat 18-26

Juara Imam muda

  • Tawaran sebagai Imam disalah sebuah Masjid di Wilayah persekutuan.
  • Pakej menunaikan Haji dan Umrah Rayhar Travel Sdn Bhd.
  • Sebuah Proton Exora
  • Pakej PErabot JAti  bernilai Rm10 000.00
  • Pakej perlancongan 4 hari 3 malam , Bandung Indonesia
  • Wang tunai 20 000.00
  • Sebuah Komputer Riba , Apple Macro Book Pro
  • Sebuah telefon Bimbit Iphone
  • Sebuah trofi
  • Sijil Penyertaan Imam muda (oleh Jawi)
  • Siil pentauliahan Imam Muda (mengajar di wilayah persekutuan)
  • Penajaan penuh Biasiswa (kategori berlian) Univerisiti Antarabangsa Al-Madinah , Arab Saudi

Pengumumaman Siapa Juara Imam Muda.

Imam muda Asyraf ditabalkan sebagai imam muda yang pertama buat julung kalinya.

Penutup.

Diakhir dengan selawat. Tahniah diucapkan kepada Imam muda Asyraf, perjalanan sebagai imam masih belum lagi berakhir disini. Banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi.

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Imam muda minggu 10 (Kemuncak Imam muda)

  1. Pingback: Siapakah imam muda terunggul 2011?? | Zikri Husaini

  2. yus says:

    best la zikir nie..mse hizbur balik kg tu..nme tajuk zikir tu ape….

  3. Nine says:

    Imam muda Asyraf memang kan..hadiah lumayan ek, siap dapat tawaran belajar kat arab saudi lagi…

    hehe nama mcm acapz :)

  4. acapz says:

    yg thu aku mng. haahha!. sme nama kn. ngee :P

  5. ST says:

    baru dpt singgah sini lepas beberapa hari :) . apa pun tahniah buat juara imam muda.

  6. kulanz says:

    alhamdulillah, tak sangka program ni dapat sambutan yang baik..
    kita harap sangat ia diteruskan untuk tahun depan..

  7. etomyam says:

    memang terbaik dalam banyak2 program realiti tv yg ada kat m’sia ni

  8. RasaHatiku says:

    Assalamualaikum. Tahniah kepada Imam Asyraf.
    Malaysia tidak ketandusan imam dan ulamak sebenarnya.
    TQ

  9. Thoha says:

    tahniah diucapkan kepada imam muda Asyraf..semoga meneruskan perjuangan dalam menyampikan dakwah islam..

  10. Muhd Suhaily says:

    Untuk sampai ketahap ini bukan mudah, banyak cabaran, dugaan serta memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Imam muda yg bertanding bertungkus lumus menjadikan diri mereka layak dlm kelompok ke 10 dari ratusan yang datang utk uji bakat, rasanya mana yg terpilih utk 10 imam muda semuanya hebat belaka.

    Penapisan demi penapisan utk mencari yang betul-betul layak dan berketerampilan untuk menjadi IMAM MUDA PERTAMA di malaysia amnya kini sudah terjawab. Syabas pada Imam Muda Pertama Asyraf…

    Semoga yg dipilih bukan berdasarkan RAJA SMS, tertapi berdasarkan kualiti, kesabaran, kegigihan, kemahuan dan usaha 10 imam muda tersebut.

    • Zik says:

      itu yang kita mahukan…. betul bukan mudah sebenarnya nak tersenarai dalam 10 imam muda nie..bukan calang2 orang yang terpilih ini..

  11. donnyien says:

    rasanya siapa yang akan juara?..
    zik awak tersenerai sbg top commentator diblog aku,sila keblog untuk info lanjut..tahniah zik!

  12. At last, menang juga asyraf! Lumayan tu hadiah dia dapat. rezeki dan juga usahanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge