Imam muda Adib tersingkir minggu ini.
Imam muda minggu ke 7
Memecah tradisi, satu perjalanan kehidupan.
Sebuah rancangan realiti berbentuk kerohanian, julung kalinya diadakan yang dihoskan oleh Ustaz Haji Zulkarnain.
Tinggal 7 imam muda!
Tema minggu ini ialah, Keibubapaan:
Sebagai anak perlu menunaikan hak sebagai anak. Dan bapa juga perlu menjalankan tugas sebagai Bapa.
Kedudukan terkini, prestasi Imam muda minggu lepas:-
1. Imam muda Asyraf
2. Imam muda Hisbur
3. Imam muda Aran
4. Imam muda Taufik
5. Imam muda Nuri
6. Imam muda Azhar
7. Imam muda Adib
Khatib Minggu ini:
Bertempat di Masjid At Taqwa, taman tun Dr Ismail.
Imam Muda Adib.
Tazkirah ialah Imam muda Hizbur. Tajuknya tentang taubat, dan sirah nabi, bagaimana perjuangannya dalam dakwahnya.
Cabaran demi cabaran yang dihadapi oleh IM muda kali ini semakin lama semakin mencabar.
Cabaran minggu ini ialah bagaimana menjadi ayah kepada anak yatim, mendekati mereka, mengajar mengaji, macam mana Im untuk memberi panduan kepada anak yatim ini zaman kanak ke zaman remaja. Usia mereka diantara 13-15 tahun.
Ujian minggu ini.
Mengenai pernikahan. Pernikahan merankumi, bab rukun nikah, takrif nikah, semua orang harus berkahwin. IM mereka semua berbincang (study group) sebelu ujian bertulis). Soalan tajwid pun ada.
Empat soalan Imam Muda.
1. Sebutkan 5 rukun nikah
Jawapan :
1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi.
5. Sighah (ijab dan Qabul).
2. Sesebuah perkahwinan itu tidak sah , jika berwalikan?
Jawapan:
1. Wali yang dipaksa.
2. Wali perempuan.
3. Wali Khunsa.
4. Wali yang masih dalam Ikhram.
5. Wali kanak-kanak.
3. Apakah pula hukum bernikah dengan tunang orang? Adakah sah nikahnya?
Jawapan:
Penikahan itu sah, kerana beliau tidak mengahwini isteri orang.
4. Adakah suami wajib bagi nafkah kepada isteri walaupun bekerja?
Jawapan:
Suami isteri wajib memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan dan kemampuannya walaupun isterinya bekerja.
Jangan sakiti anak yatim:-
Sabda rasulullah, yang bermaksud barangsiapa yang menyakiti anak yatim , maka ia menyakiti aku. Anak yatim tidak tergolong 8 golongan yang menerima zakat. Anak yatim perlu kita raikan, biasanya ketika bulan puasa, kita harus memgembirakannya.
Sebelum pergi ke rumah anak yatim, IM akan berlatih dahulu, berlakon mengikut kumpulan.
Kumpulan 1: IM Adib Aaufik,Asyraf dan Aran.
Kumpulan 2: IM Nuri, Hizbur dan Azhar.
Ketika lakonan, agak lawak jugala. melihat telatah anak-anak yang nakal dan juga malas untuk mengaji Al-quran.
Menjiwai seorang bapa, sifat kebapaan adalah anugerah dan fitrah dari Allah. Kalau kita tengok haiwan, haiwan yang mana Allah tidak ada akal, tetapi ia boleh mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang, tetapi kita manusia yang dikurniakan akal oleh Allah tidak menggunakannya untuk mendidik anak, maka kita lebih jauh dari binatang.
Pengalaman menjadi ayah.
Memang diperlukan, tapi bagi satu contoh. Ulama Uzar, imam al nanawi , walapun dia tidak sempat menjadi ayah. tetapi melalui ilmunya, dia telah membuktikan dia dikenali sebagai bapa, ilmu memainkan peranan yang penting untuk menjadi ayah.
Imam muda pergi ke rumah anak yatim bertempat di Darul Fuqaha’ kajang. Kedatangan Im ini sekurang-kurang dapat mengurangkan bebanan, kekurangan yang dihadapi oleh anak-anak yatim.
Setiap IM dapat 3 orang anak angkat.
Ketika sesi bersama anak yatim.
IM asraf:Memperkenalkan diri dan memperbetulkan bacaan alfatihah, berbentuk audition. Banyak juga salah, kalau aku kena
suruh baca nie.
Im Nuri:Mengajar teori, bacaan al-quran perlu secara tajwid lagi-lagi seorang hafiz yang profesional.
IM Aran: -Mengajar, adab-adab sebelum membaca dan menghafaz al-quran. Hendaklah berwudhuk, menghadap kiblat, tempat,dan pakaian mestilah bersih, dan sebagainya.
Im Taufik:Memberitahu kepada krew Im bahawa, anak-anak ini sudah tahu mengenai bacaan al-quran , kira dah ada basic lah semuanya. Oleh itu, IM taufik, menekankan bagitahu jenis-jenis bacaan, tingkatan suara, nawar,jawwab dan sebagainya, anak-anak ini
tak pernah belajar lagi sebelum ini.
Im Hizbur:- Anak-anak ini diberi pendedahan,ada yang dah hafaz 3-7 juzuk, mengenai tajwid, kelebihan memghafaz al-quran. Tempat yang mereka duduk memang dhaif, kalau boleh kepada anda semua yang mempunyai suit lebih, apa salahnya bagi sumbangan anda kepada anak yatim ini.
Sabda nabi, Barangsiapa yang menjaga anak yatim, memuliakannya, maka Allah akan menjanjikannya Syurga.
Im Azhar:- Memberi penekanan mengenai teknik menghafaz cara yang betul,hafaz satu ayat, kemudian, hafaz dua waktu-waktu yang sesuai untuk menghafaz, dan ilmu yang wajib perlu dipelajari bagi seorang remaja.
Im Adib:- Berkongsi maklumat, menambahkan lagi memberi motivasi untuk terus berjuang.
Main bola sepak bersama anak yatim.
IM muda bersama-sama mengeluarkan peluh bermain bersama-sama, setelah selesai bersama anak-anak yatim itu dan habis sesi pembelajaran, sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada mereka, dan menghubungkan siraturrahim.
Sesi perpisahan.
Semua IM memberi amanat kepada anak-anak supaya tolong menolong, dalam pelajaran dalam ibadah, AL-quran jaga, sembahyang jaga dan ingat mengingati antara satu sama lain.
Kejutan.
IM azhar dan IM asyraf mendapat surat, luahan dari anak angkat yang baru sahaja mereka pergi. IM dikehendaki baca sendiri.
Diantara isi kandungannya: Mereka kagum, dan berterima kasih kerana memberi tunjuk ajar, memberi peringatan, supaya terus berjuang, dan juga mengucapkan semoga IM berjaya di masa hadapan. (lebih kurang macam tulah).
Salurkan sumbangan anda terus ke akaun:-
Muassasah Darul Fuqaha (Kolej Fuqaha).
12029010049398 (Bank iSlam).
Atau sumbangan berbentuk lain:- ke alamat berikut:-
Lot 3283, Jalan Institut Perguruan Islam, Sungai Merab , 43000, Kajang Selangor.
03- 89267762
Penyingkiran.
Komen dari Mursyid, tiada komen-komen yang pedas, kerana banyak peningkatan. Cuma memberi peringatan kepada IM seupaya banyak berbincang, bermesyuarat, cuba fahami mereka. Dengar suara orang muda, tua, orang perempuan dan juga bergaul mesra diantara satu sama lain selepas habis program IM ini.
Sebagai seorang Imam, perlu jaga kredibilitinya. Mencuba menjadi Imam yang fleksibel. Mendepani dunia IT , facebook, twitter dan Blog.
Sebelum program berakhir, Tuan Mudir memutuskan IM Adib terhenti perjalanannya di minggu ini. Maka tinggalah 6 Imam muda.Teruskan perjuangan Imam Muda yang lain.
Agak hairan ya, kerana setiap kali sesiapa yang membaca khutbah minggu itu, mesti IM itu yang akan tersingkir minggu itu.
Kecuali IM asyraf sahaja.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply