Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda, bukan populariti semata-mata.

Imam muda, bukan populariti semata-mata.

Zik · Jun 2, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Senarai 10 orang imam muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Imam muda yang baru sahaja melabuhkan tirai baru-baru ini merupakan anjakan paradigma dalam menentang arus duniawi yang semakin meracuni umat generasi muda ini. Kita sudah terbiasa dengan rancangan hiburan di televisyen. Kalau yang berbentuk keislaman pun seperti forum perdana, pertandingan nasyid, tilawah interaktif, atau drama-drama berunsur ketuhanan.

Imam Muda menyahut cabaran melakukan revolusi itu. Tapi, apakah idea anda kepada program Imam Muda?

Adakah anda selesa dengan waktu siaran Imam Muda?Market Research

Tugas Imam bukan sekadar imam.

Ya, betul kita perlu tahu, tugas imam bukan suatu tugas yang main-main. Dalam memperlengkapkan diri dalam mendalami ilmu-ilmu yang perlu diketahui bakal imam-imam muda ini, banyak perkara harus dipelajari. Cabaran yang bakal dihadapi oleh imam ini, bukan ketika dalam program ini, tetapi selepas program ini harus disambung tugas ini. Disamping ilmu-ilmu duniawi dan ukhwahi.

Kalau dilihat dari pengalaman pengetua, mantan Imam besar masjid Negara Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, beliau sendiri menyatakan pahit dan manis pernah dirasa dalam meneruskan tugas sebagai seorang imam.

Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini.

Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda adalah seperti berikut:
a)Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, jam 6.30 petang (Sesi Uji Bakat) *Dah lepas pun..
b)Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon akanImam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda

c)Jumaat, jam 9.00 malam-Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari.

Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Senarai Nama Imam Muda.

  1. Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
  2. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
  3. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
  4. Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
  5. Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
  6. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
  7. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
  8. Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
  9. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)

Tema Imam Muda :-

Melalui tema Satu Penemuan Sebuah Perjalanan Kehidupan. Mampunyai maksud yang tersurat mahupun tersirat.

Insyallah akan diulas minggu seterusnya, dalam perkembangan imam muda.

Info terkini :-

Imam Muda ASYRAF, ditugaskan membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat minggu ini (4 Jun 2010) di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. Kepada kaum Muslimin, marilah kita menyemarakkan dan menyokong calon Imam Muda ini, insyallah.

Sumber :- utusan.com.my

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 10 imam muda, imam muda

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.