Cara untuk merawat kayap ular.

Salam semua, ingin berkongsi cara untuk merawat penyakit kayap “ular”. Adakah anda pernah terkena penyakit seperti ini?

2010/3/24 Maria clara

Salam.
Ada sesiapa tahu tentang petua untuk menyembuhkan penyakit KAYAP? kayap ular atau semua jenis kayap…share with me please….

Apa itu Penyakit Kayap?


Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap.

Selain kayap ular,

  1. Kayap api2
  2. Kayap tompok
  3. Kayap selendar
  4. Kayap harimau
  5. Kayap bersambung (umur pendek)
Simtom-simptom bila terkena penyakit ini?
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.
Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Melalui perbincangan di email yang zik terima ada banyak sebenarnya, dan zik pun dah edit-edit (ubahsuai ayatnya kepada yang lebih skema sikit,hehe) . Ada (10) sepuluh petua yang nak dikongsikan bersama-sama.

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap  dan dibengkung semalaman.

Petua 3.

Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok).

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap  itu.  3  Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar  dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7.
Disyorkan ETERNITY GEL GAMAT keluaran AlWahida Cosmetik, dapat menyembuhkannya dengan cepat..harganya juga murah cuma RM 39.00 je..sesiapa yang berminat boleh lihat blog saya :www.sysbeautyshop.blogspot.com atau email ke mspink_ija@yahoo.com.my (aisey promote lah pulak).

Petua 8

Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 9.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 10.

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
Daun keladi merbah

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Pantang larang ketika sakit ini.

Pantang larang

  • Jangan makan makanan berminyak.
  • Buah tempatan tak boleh makan.
  • Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
  • Tak boleh kena sabun.
  • Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
  • Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

Ada petua lain tak?? bagitau zik dibahagian komen ini, selamat mencuba, dimulakan dengan Bismillah. Insyallah

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.3/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 3 votes)
Cara untuk merawat kayap ular., 8.3 out of 10 based on 3 ratings

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. irdina qistina says

    assalam.saya sekarang tengah sakit kayap nie..sakitnya hanya allah saja yang mengetahui..saya cuba ubat cina tapi panas sangat saya dah stop sapu ubat cina saya sapu bedak sejuk campur dengan air zam zam….

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 3.0/5 (2 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. says

    Kt tmpat aq d Bidor Perak ade org leh ubat kayap ngan putik nangka n garam… Insaallah dembuh dgn izinnya.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. syira says

    sesiapa yg brada area penang @ perak blh berjumpa keluarga bomoh kayap barah di sg bakau,nibong tebal.tel:05-7166829.bagi yg jauh blh guna “bedak penawar” mcm bedak sejuk yg tlah djampi,btl kaler pink keluaran bomoh tersebut.Setelah menderita penyakit kayap slama 2mggu,3x berjumpa doktor,alhamdulilah,dgn izin Allah dgn hanya mggunakan bedak penawar penyakit kayap mula mengering dan beransur baik.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Farhana says

      jampi mcm mana tu?

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  4. cda says

    saya pernah mgalami kayap ular ni..mula2 kena mmng sakit..pastu kwn suruh saya guna kunyit hidup digosok kn bawah lesung batu pastu campur kn dgn kapur mkn 1ari 2kali..sapu insyaallah..kayap tu kering..kalau nk baik jgn mkn benda2 yg mgatalkn..seperti ayam,udang.sotong,telur..dll

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 4.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +2 (from 2 votes)
  5. says

    Salam.. ayah sy pernah kena pnyakit ni..utk m’ubatinya,mak sy amik kacang hijau dan rendam shingga kembang..kmudian kacangnya ditumbuk ( lebih baik diblender ) sehingga hancur..cmpurkan dengan sedikit air ( ledih baik air zamzam atau air bacaan yassin ) dan sapukan pada kawasan kayap berkenaan..disertakan selawat dan doa..insyaAllah akan beransur kering dan sembuh..bagi mengelakkan kayapnya merebak ke tempat lain,mak sy cop dibahagian sekeliling kayap tersebut..terima kasih jgk utk petua2 yg ada..
    Aishah recently posted..Result… o.OMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  6. ken says

    kalau kayap ular petua mana yg sesuai..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
    • Zik says

      mana rasa, senang nak cari bahan dia….

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
  7. mohd fazi says

    sya kena penyakit ni..tolong saya.. :-(

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      dah cuba belum petua yang ada nih???

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • anis says

      ibu tri sya bru mninnggal smlm d sbbkan pnyakit ini..merata tempat dia brusaha nk sembohkan tp xjuga semboh..sedih melihat keadaan dia.. Al-fatihah..

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
  8. john says

    penyakit nie boleh sembuh sndiri ke???

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
    • Zik says

      takboleh.. kalau dibiarkan boleh membawa maut..

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
  9. suefareeza says

    sumpahan kayap ni adalah dengan berubat/berusaha dengan izin allah. adalah dengan mencari orang seperti berikut: Janda yang berkhawin dengan anak teruna atau Duda yang berkhawin dengan anak dara, minta diorang kunyah sedikit kelapa dengan gula merah selepas itu, sumber pada kayap berkenaan..insyallah…………….

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  10. apizz sulaiman says

    http://www.facebook.com/pages/Ubat-Khas-Untuk-Penyakit-Kayap-Herpes-Zoster-Medicine/126567114111842#!/pages/Ubat-Khas-Untuk-Penyakit-Kayap-Herpes-Zoster-Medicine/126567114111842?sk=info boleh contact sy..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  11. nurul says

    assalamualaikum…sy skrg mengalami penyakit kayap ular tp di bahagian lengan sebelah kiri..jiran sy dh cuba wt air tawar tp xde ape2 prubahan pon…plezz tell me how to do..tension sgt sbb kna berpantang..ape pon xley mkn…

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  12. says

    saya rasa saya kene kayap nie..
    mcm mane nieT_T

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  13. says

    saya pernah dijangkiti kayap ular.. tp tak guna petua2 diatas. saya berjumpa dgn seorang hamba Allah yg hanya menggunakan ayat2 suci al-quran dan selawat ke atas nabi.. saya dapat rasa ia di tarik keluar dr urat saraf :) sy sembuh dlm kurang 2 minggu dan tak tinggal parut alhamdullillah

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 4.5/5 (2 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +2 (from 2 votes)
      • eijad says

        semekom..boleh tahu dimana boleh dapat air penawar 2 x???

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: +1 (from 1 vote)
    • zainab manan says

      Salam
      dimana kah tempat saudara mendapatkan rawatan tu blh bgtau..tk

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: -1 (from 1 vote)
      • aiya says

        boley bagi tahu mana tmpt tu tak ? sy dh 3 thn sakit ..

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: +1 (from 1 vote)
        • syira says

          saya pun kna pykit kayap juga sktnya hanya Allah je yg tahu..dh 2mggu skt xsmbuh sehggalah jiran saya memberikan “bedak penawar” mcm bedak sejuk yg telah dijampi.botol kaler pink keluaran keluarga bomoh kayap barah,sg bakau ,nibong tebal. tel:05-7166829.klau yg dh truk tu baik trus jumpa ja..alhmdulilah,setelah mggunakan bedak penawar tu,kayap mula mengering dan beransur sembuh.

          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: +1 (from 1 vote)
    • Lina says

      assalamualaikum… mak sy pun kena sakit kayap ular ni… skrg nak msuk 3 bulan dah. kesian sy tgk. tiap hjg minggu sy msti blik kg jaga dia… sy harap sgt mak sy sembuh… dkt mana jumpa hamba Allah 2? kalau blh sy nak tau juga la… xdpt jumpa pun xpa, cuma mungkin awak blh share surah apa yg hamba Allah 2 baca..mungkin sy blh cuba baca utk mak sy… tq :)

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: +2 (from 2 votes)
      • sufi says

        penyakit kayap…….penyakit kayap……..penyakit kayap…..penyakit kayap,

        apa jenis pun ………….insyaallah boleh diubati
        dengan izin allah s.w.t,

        call no ni……….0176708094

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: +1 (from 1 vote)
  14. says

    Tak boleh pakai pakaian yang diperbuat dari kulit. Semua jenis kulit. Saya tahu ni dari orang tua suatu masa dulu.. tak sure betul ke tak.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
    • says

      Camane pulak dengan jaket kulit atau boot kulit? Dalam kulit tu ada satu chemical kot yang akan menyebabkan kayap ni..

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
  15. says

    petua yang menarik dan amat membantu… tq2

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Azizah Khalil says

      Assalamualaikum.
      Untuk mengubati kayap ular dan lain-lain jenis kayap, dengan mengunyah nangka muda (babal dalam bahasa jawa) dan garam, sebelum tu baca selawat , Alfatihah serta berdoa agar cepat sembuh. bila dah hancur semburlah tempat yang kena kayap. Tapi jika yang menyembur seorang janda berhias yang berkahwin dengan teruna. InsyaAllah memang mujarab. Apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah SWT . Kita hanya mampu berusaha. Ibu saya adalah janda berhias yang telah mendirikan rumahtangga dengan ayah saya yang berstatus bujang. Ibu saya ada kelebihan mengubati orang yang berpenyakit kayap . Dengan izin Allah, ramai yang datang semunya sembuh tanpa parut.InsyaAllah.

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
      • mohd haffizzi says

        salam………
        boleh sye thu bagaimana nak jumpe ibu awk bagi mengubati penyakit kayap ular ini……….mksud sye bgi sye alamat rumh ibu awk………..kami amat memerlukan bntuan……….terima kasih….

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: +1 (from 1 vote)
        • Azizah Khalil says

          Assalamualaikum ..

          Ibu saya tingggal dimuar johor, Sebelum saya beritahu alamat ibu saya, En. Mohd. Haffizzi boleh berikan alamat email kepada saya. Terima kasih.

          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: +1 (from 1 vote)
          • azura samsudin says

            assalam.. cik azizah, ibu sy baru terkena penyakit kayap ni.. kebetulan ibu sy juga menetap di muar.. boleh sy minta alamat cik azizah @ no tel cik @ ibu cik? sgt2 mengharap..

            VA:F [1.9.22_1171]
            Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
            VA:F [1.9.22_1171]
            Rating: 0 (from 0 votes)
            • Azizah Khalil says

              019-7614701

              VA:F [1.9.22_1171]
              Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
              VA:F [1.9.22_1171]
              Rating: 0 (from 0 votes)
      • liza says

        Saya dari Singapura ibu saya baru kena penyakit kayap ular.BOlehkah anda memberi alamat rumah ibu anda kerana saya ingin mengubat ibu saya sebelum penyakit ia lebih melarat

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0 (from 0 votes)
        • Azizah Adamhafiz says

          call akak di no. tel 0197614701

          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: 0 (from 0 votes)
          • nea shaferra says

            salam,akak duk mane ye???

            VA:F [1.9.22_1171]
            Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
            VA:F [1.9.22_1171]
            Rating: 0 (from 0 votes)
      • Rose says

        Kat mana rumah awak Anak saya pun kayap ular

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0 (from 0 votes)
        • Azizah Adamhafiz says

          Cuba cari janda/ibu tunggal yang berumahtangga dengan teruna..minta tolong dengan suami atau isterinya, dan minta dia kunyahkan putik nangka dengan garam sedikit.sebelum tu baca alfatihah, salawat dan doa..pas tu sembur kat tempat yang sakit..atau minta tolong dengan sesiapa buat sendiri di rumah insyaAllah ..atau tel saya ..0197614701/0136982078

          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
          VA:F [1.9.22_1171]
          Rating: 0 (from 0 votes)
      • salsa bila says

        Salam.mak sy dah menderita penyakit ni hmpr 4 bln.puas berubat tp penyakit kayap tetap ada.sy dr Pahang.Bagaimana nak hubungi Cik Azizah?

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge