Ajaran sesat di malaysia semakin parah

Sekadar gambar hiasan

Ajaran sesat semakin tenat menular dinegara kita.

Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.

Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.

Definisi ajaran sesat.

Ajaran Salah/Sesat: Merupakan  sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain.

Latar belakang ajaran sesat.

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jenis-jenis Ajaran Sesat.

Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan (dikatakan beratus-ratus) saya tiada menjumpai jumlah yang tepat mengenai angka ini. Ini adalah diantaranya.

  1. Nasrul Haq
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis37.
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  41. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
  42. Tarikat Mufaridiah
  43. Ajaran Hassan Anak Rimau
  44. Tarikat Aurad Ismailiah
  45. Ajaran Martabat Tujuh
  46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
  48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  50. Ajaran Mohd Nor Seman
  51. Ajaran Ayah Pin
  52. Ajaran Bahai
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar

Ciri-ciri ajaran sesat.

Setiap sesuatu mempunyai asas atau ciri-ciri tertentu untuk dikenal pasti. Pengenalan terhadap ciri-ciri sesuatu ajaran membantu kita untuk memahami posisi dan jenis ajaran sesat. Bahkan indikasi ajaran atau fahamannya pula bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Antara ciri-ciri ajaran salah atau sesat ialah:

  1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
  2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
  3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
  4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
  5. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
  6. Mempercayai semua ajaran adalah sama
  7. Mengaku dirinya sebagai wali
  8. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
  9. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk

dan sebagainya yang boleh ditakrifkan membelakangkan agama Islam.

Penutup.

Kita semua umat islam,  perlu berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu menggunakan disiplin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Qur’an perlu merujuk mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.

Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.Kepada yang sudah tersesat, pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya dosa mensyirikkan Allah adalah dosa yang tidak terampun.

Peringatan ini anda semua dan diriku ini sendiri.

Sumber dan diolah  disini.

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. sifat menyembah zat says

    Itulah ilmu kekuatan tubuh badan (kursani)..jika nak dikatakan ilmu itu salah,maka salah la penciptaan Nabi Adam A.S.?begitu.?sesetengah orang yg tidak faham akan kejadian diri dan konsep sifat 20 Allah S.W.T amat mudah menjatuhkan hukum ilmu Haq ini syirik..siapa kamu hendak menjatuhkan hukum tersebut.?

  2. bib says

    x dak ilmu kebal dlm dunia ni…arwah pak su din ckp “x dak manusia kebal dalam dunia ni nabi muhammad s.a.w pun cedera masa perang dulu”…….sebelum arwah pak su din meninggal dunia dia mengidap sakit lelah…..dia pernah ckp ‘hampa tengok tok guru pun kena pakai oksigen’(sambil ketawa)…..ini bermakna x dak manusia yang kuat atas muka bumi ni…tp sebagai manusia aku kena kena hormat dia sebagai guru…

  3. bib says

    slm…….nk bgtau pak su din dh meninggal…mamat yg tulis detail pasai ayat kajian haq tu..ayat dia ada yg slh tulis….kita manusia ada otak ada al quran dan hadis…kalau rs diri x cukup pandai bwk ayat2 tu p kt ustaz ka mufti mana2 atau alim2 ulama yg diiktiraf untuk mencari kesahihan……

    • says

      saya cuba bantu saudara…jika saudara baru2 nak belajar ilmu2 haq..
      tolong cari guru yg nyata yg mursyid dan sampai pada martabatnya..
      coz..penerangan kat sini x cukup untuk menjelaskan kesemuanya..takut2 ada yg ambil bulat2 dan mengamalkannya tanpa baiah dan bimbingan…dikuatiri boleh sesat….
      apa yg pasti…ilmu haq..adalah ilmu untuk mengenal diri…

      ‘barang siapa kenal diri maka kenallah akan tuhannya’
      belajarlah dari sifir2 dahulu..seperti makam2 nafsu.. rukun islam..rukun iman.. rukun solat…baru belajar ke peringkat lebih tinggi…
      asal kejadian…mengenal diri..
      kenali sifat2 yg ada dalam diri manusia..terlalu banyk pecahan yg perlu dibuat..jadi berhati2..dalam membuat perkiraan…dan keputusan..
      jgn berguru dengan buku mahupun di internet..takut iblis menyelak dan menyesatkan anda dikala anda memerlukan bimbingan..carilah guru sebenar2 guru diluar sana…rajin2lah campur orang surau.. jgn cari jalan singkat..biar lambat asal sampai..

  4. iffah says

    assalamualaikum…. saya nk tnya ajaran pengamal akhlak mulia tu sesat ke sbab ada org percaya yng semut tu adalah nenek moyang mereka btul ke?

  5. hidayah says

    nak tanya mengenai ajaran di kg seronok p.pinang tue, betul ke keturunannya tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain selain dari keturunan mereka sendiri? saya dengar org di kg itu masih berpegang pada ajaran itu. nak tahu lebih lagi mengenai ajaran itu seperti apa yang mereka amalkan…

  6. says

    saya ingin tahu di tempt saya ada satu kelas yg mana kelas iaitu kajian haq di adakn pada setip jumaat & sabtu malm hari..cara kelas tersebut agak pelik,..yg mana setip ahli yg masuk perlu di munum segelas air putih..didialm air putih tersebut telah di baca beberapa potong ayt seperti ayat 44,ayat bisa dan kebal sari.. adakh semua nie bertentangan dengan agama?? ..ermm ayat 44 tersebut 1) bangunlah nak, bangunah si bangunan haq’
    2) bangunalh kulit jangat sendi selerang ku haq,
    3) abngunlah orat rantai semula ajdi ku haq’
    4) bangun lah otak benak ku haq’
    5) bangunlah si muhamat dalam diri batang tubuhku lahaulawala quwatailla billa
    6) maka terdirilah besi qursani dalm diri batang tubuhku lahaulawala quwataillah bila
    7) sandal maujud rasullaah s.w.
    8) kuhuhun ajimaain alfatehah
    9) ilal amri sai’un berbangkit la haulawala quwataillah bilah
    10) ya hun kandar sai’un berbangkit lahaulawala quwatailla billah
    11) asal ku teguh ilal liput aku dalam hu allah
    13) lenyapla aku dlam kalaimah lailla haillah
    14) diriku sekali qun hu allah
    alah hu allah.. di bawa zikir ini hingga hanyut..senggga nmpk cahaya.. apabila dizikir kn allahu allh..maka guru akn memukul badan anak murid td sekut2nya..menguankn tangan dan juga besi..tetap apa yg sana nmpk ank murid tersebut tiada sebarang luka mahupn lebam walupn sedikit.

    ayat bisa
    1) asal katijah muahmmad lahir, bisa hidup. bisa mati..upa nan tedong nan bisa, turunlah engkau di besi maha lela. engkau bergalang tanah, akau bergalang bantal, sebab dik aku ajr eangkau pulang kpd allh..roborubukum bismillah.. jika anak murid tersebut menbaca ayt tersebut…bisa dalm badan akn kelur.. & mnolak sebarang kesakitan yg ada pd tubuh badan..seperti bisul,kurap,disengat binatang berbisa.. dan juga mushuh..ia berhasil

    ayat kebal sari
    1) ahdul jati
    2) wahidun jati
    3) kun’ jati
    4) jati bismillah
    5) allhu so’mad
    6) astarfirulah..
    di baca dengan ayat ini.. aku mendapt kata2 kadim,, bukan aku mendapt kata2 kadin muhammad mendapt kata2 kadim.
    aku mendapt kata2 tuhan, bukan aku mendapt kata2 tuhan muhammad mendapt kata2 tuahn
    hai besi qursana bangunlah engkau “QAH”

    DI BACA AYAT INI TUBUH BADN AKN MENJADI KEBAL ..tiada senjata boleh menembusi badan kecuali haq allah..

    begitu lah di terangkn dari seorg teman sy yg telah tamat belajar.. adakh semua ni bertentangn dengan syariaat.?? tempt kelas tersebut di kekek 7,taman indrawasih gurunya bernama paksu din

    • says

      kebanyakan ustaz2 dari serata negeri telah menpelajari ilmu kajian haq ini..dan ada di antara nya..yg mengajar kuliah.. sy buntu adakh ia berada di jalan yg betul? sbb bnyk org2 alim dan ank muda mempelajarinya.

      • onedean says

        wahai tok laut313..siapa kah anda hendak menjatuh kan hukum ..sesat ke tidak…itu dengan allah swt…umat muhammad semuanya mengaku islam..cuma nak terima satu sahaja..renung2kan lah…

        • says

          memanglah ini ilmu orang sesat…hahaha
          untuk orang yg sesat jalan….yg belum jumpa akan kebenaran…
          kalau x sesat buat apa belajar…ekekeke…
          budak2 kalau x paham bahasa memang suka hentam keromo…tau nak bantai orang jer…
          jgn jadi melayu dungu bolehkan.. :p

    • says

      ayat 44pn hang salah tulis.mana ada pukui x lebam mana ada kebal.bukan QAH tapi HAQ’kena parangpn tetap brdarah.byk ayat2 tu yg hang salah tulis.mntk maap kalu mynggung perasaan.

      • says

        ilmu yg luas hanya dipandag dari sudut dunia…

        belajarlah ilmu mengenal diri…bukan ilmu kebal…
        yg guru2 pukul2 anak murid tu…adalah untuk memastikan anak muridnya duduk di makam yg betul…bukan kebal yg nak diajar..tp kedudukan diri yg batin…
        maaf kalau salah…
        tp tolong betulkan niat…tujuan utama belajar ilmu haq..bukan untuk kebal…
        tp untuk melepaskan diri…

  7. Mohd Firdaus says

    assalamualaikum.. sy nk tnya.. di kawasan tmpat tggal sy ada kelas yg agak luar biasa.. iaitu KAJIAN HAQ, ia merupakan ajaran sesat juga ka? ada yg kata tidak dan ada yang kata ya..

      • says

        bila dah tamat hati kita akan sentiasa myebut ALLAH setiap nafas kita akan meyebut ALLAH xda sebutpn bnda lain.berhentinya nafas kita xdak dah kitani kembalilah kita kpada ALLAH.Al Fatehah utuk paksu….yg tlah kembali kerahmatullah pd 06 dis 2011 telah dsemadikan di kg gertak sanggul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge