

Kita lupakan hal rusuhan di stadium gelora bung karno malam semalam. Itu nanti kita tulis juga jika berkesempatan. Namun perlawanan malam tadi malaysia berjaya mengutip tiga mata penting di tempat lawan itu satu peluang yang susah nak dapat sebenarnya.
FT Indonesia 2 Malaysia 3
Separuh masa pertama pasukan malaysia belum settle down. Main pass-pass kebelakang. Belum dapat rentak dan idea. Hadin pun main untuk negara dia agak tak berapa nak perform sebenarnya. Pengalaman dia dalam international game memang tak banyak. Tetapi kalau dekat liga malaysia, dia memang bagus.
Baca juga : Video gol highlights INDONESIA 2-3 MALAYSIA 5.9.2019
Gawang malaysia dihukum apabila gerakan menewaskan pertahanan malaysia yang di assist oleh Saddil Ramdani pemain import pahang ini seolah-olah tahu titik kelemahan pasukan malaysia, Trghotuh pass yang tepat pada sasaran , kepada Beto dan terus menewaskan penjaga gol kebangsaan , Farizal Marlias. Itu satu gerakan yang bijak dari timnas indonesia. Itu memang kita akui bukan mudah untuk mengatasi serangan itu. Keadaan jadi gegak gempita stadium gelora bung karno. Kita seolah-olah tenggelam seketika.
Namun aku yakin , pasukan kita akan bangkit!! Mujurlah , tan cheng ho perasan ketidak function hadin azman. Minit ke 30 lebih , tukar kepada Mohamadou sumareh. Sentuhan pertama beliau terus MENGHASILKAN GOL. Tersentak diam seketika stadium gelora bung karno!! Namun di malaysia , lain pulak ceritanya. Kita semua menjerit macam orang gila di kedai mamak, semua yang berlainan bangsa dan fahaman politik kita ketepikan seketika. Yahh sedikit lega.
Assist yang tepat ke sebelah sayap kiri dengan pantas sumareh mengejar dan membuat shoot leret ke bawah menewaskan penjaga gol indonesia. Simple tak perlu shoot yang terlalu kuat.
Kealpaan, dan kegembiraan 2 minit sahaja.
Apakah ini semua. Baru sahaja kita menjaringkan gol, 2 minit kemudian , pertahanan dihukum apabila mathiew daives lose possession boleh pulak dia bagi dekat andik vermansyah. Dengan pantas andik gelecek disebelah sayap kiri, dan assist kepada Beto. Dengan mudah beto menjaringkan gol kedua buat indonesia.
Stadium gelora bung karno kembali gamat!!!
Tiada lagi jaringan dihasilkan setelah gol kedua indonesia dijaringkan. Ada peluang namun, tersasar sedikit melewati tiang gol.
Separuh masa kedua, kebangkitan harimau malaya!!
Game ni separuh masa kedua Malaysia mungkin dapat lebih banyak gol jika kita lebih tenang dan tidak pressure sangat.
Second half ni, Malaysia main lebih bagus daripada separuh masa pertama. Namun pembaziran depan gol tu aku rasa ianya sepatutnya gol. 3 gol peluang yang sepatutnya boleh dapat. Indonesia tak dapat game mereka second half membiarkan mereka dibuli dengan fast attack. Stamina diaorang sudah mula menurun pada minit ke 70 keatas.
Corbin Ong pun ada peluang keemasan , namun dia sudah lakukan yang terbaik. Kalau Malaysia tak menang atau seri dia akan menerima kritikan tak sepatutnya kerana 1 miss tadi. Bagi aku dia buat tindakan betul sebab dia try shot. Tapi tak skor sebab dia bermain untuk defend, so ketajaman untuk shoot tuh ada kureng sikit.
Apapun dia tetap hero bersama yang lain.
Harimau malaya bangkit, menyamakan kedudukan. !!
Minit ke 66, ketika dapat sepakan sudut, seakan terkena tangan defend pemain indonesia, hampir gol pada shoot pertama, kemudian bola itu keluar, dan Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan 2-2 dengan tandukkan bisa itu menerjah ke gawang gol indonesia, keeper pun tak boleh buat apa. Defend indonesia semua ball watching. Aku ada ulas pasal dia kena naikkan game dia untuk fungsi box to box. Dia berjaya cuma dia gagal dalam 2 shot mengarut dia.
Salah satu sebab dia nak tukar ke kaki kanan. Tetapi Syafiq Ahmad sentiasa Syafiq Ahmad. Anak Malaysia pertama skor di ACL ni nak juga skor dengan signature dia iaitu dengan kepala. So kepala ni tak perlu tukar kiri kanan.
Rusuhan pertama berlaku !!
Dalam saingan yang penuh tegang itu di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta itu, turut menyaksikan perlawanan terpaksa dihentikan hampir 10 minit pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong pelawat termasuk melontar suar.
Mo Sumareh adalah pemain unik. Dia buat kau sakit hati berkali kali tetapi dia seringkali mengubat kau dengan jaringan penting. Fans Pahang faham benar apa maksud aku ni. Minit ke 97, gerakan dari sebelah sayap kanan apabila brendan gan telebih dahulu membawa bola ke tengah, dan meleret ke sebelah sayap kanan, mathiew davies terus mencuba cross, satu penyerang malaysia (mungkin shafawi) membuat acahan, dan tanpa disedari Sumareh ada pertahanan indonesia tetapi dia tidak dikawal ketat, sudah ada didepan gol dengan mudah menjaringan gol kemenangan buat pasukan malaysia.
Tersentap keogaan penyokong indonesia di gelora bung karno. Sunyi sepi. Mereka mula merusuh dengan lebih kejam setelah habis perlawanan.
Secara defensif kita harus puji Brendan Gan dengan unit tengah dia yang memperbaiki protection kepada back 4.
Indonesia berdepan masalah stamina pada second half. Mereka awal game cuba set tempo tinggi. Apabila saddil dikeluarkan, indonesia seakan hilang punca. Ada beberapa percubaan ,namun ianya tumpul. Saddil pemain import pahang yang boleh dikatakan bagus. Andik vermansyah pun bagus juga. Dua orang ini menjadi duri daging dalam perlawanan penting ini.
Bukan nak single out player Indonesia iaitu keeper mereka. Tetapi beliau banyak sangat clumsy actions Dan errors malam ni.Dia cuba bermain ball playing keeper. Tetapi dia tak bagus bila on ball. Malaysia juga menyakitkan Indonesia dengan long ball.
Namun Malaysia kena improve aspek finishing. Serius aku cakap ni. Geram aku nengok. Lepas tu extra touches tu kurangkan, kena direct.
Apapun Tahniah Malaysia. Semua pemain memainkan peranan yang penting game malam semalam. Perjalanan kita kita masih terlalu jauh. Kemenangan pertama ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada pemain untuk teruskan perjuangan di stadium bukit jalil bertemu dengan UAE pada 10 haribulan ini setelah kita cuti hari isnin tuh.
Jangan lupa untuk datang ke stadium, bukit jalil nanti ok!!
Janganlah kita terbuai dengan kemenangan pertama ini. Lawan yang sebenar ialah UAE nanti. Itulah baru kita tahu dimana kemampuan kita nanti. Percaturan tan cheng hoe perlu meletakkan pemain yang on form. Bila tengok macam tak kena , kena cepat ambil tindakkan. ITu satu tindakkan yang bijak. Kita menagih lagi tiga mata untuk perlawanan kedua ini bertemu dengan UAE, bermain di stadium bukit jalil pastinya memberi kelebihan buat kita.
Jangan putus asa. Kalau kalah sekalipun, kita kena terima kenyataan, jangan merusuh lagi wei.
Menang apa jua cara sekalipun kita kena hargai. Tak kira lah taktik macamana, Defend bangang first half ke. Menang tetap menang.
credit to axella tacts facebook
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply