• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Update,Semporna. Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh,8 Anggota Terkorban

Update,Semporna. Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh,8 Anggota Terkorban

Zik · Mar 3, 2013 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

Update,Semporna. Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh,8 Anggota Terkorban

Ini adalah satu sumber yang shahih aku terima dari bertia terkini tv3, sekiranya maklumat ini salah, harap maaflah.

Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh, Jumlah Terkini 8 Anggota Terkorban

SEMPORNA Sabah : Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan seorang lagi anggota polis terbunuh dalam insiden serangan oleh kumpulan bersenjata di Semporna pada Ahad. Namun, nama anggota polis belum di umumkan seperti yang 5 anggota yang lain juga.

Ini telah menjadikan jumlah yang terkorban ialah  8 anggota polis dalam mempertahankan keamanan negara daripada kumpulan pencerobohan bersenjata daripada Sulu.

Pada hari Sabtu, lima anggota polis terbunuh dalam insiden serangan hendap ke atas Kampung Siminul di Semporna.

 3 Mac 2013 10pm= Untuk Rekod, 6 penceroboh Maut dan 7 berjaya Di tahan.

“Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang.

 “Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

 Ismail berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga anggota mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada pihak awam dan media.

Senarai anggota polis yan terkorban Lokasi semporna dan lahad datu… mohon maaf sekiranya salah

  1. Supt ibrahim -SB Bkt aman
  2. Asp michael – KCKD semporna
  3. Sjn baharin – SB
  4. Sjn aziz – PGA semporna
  5. Kpl salam – SB Tawau
  6. L/kpl azrul -PGA semporna
  7. INS zulkifli – vAT69 KOMANDO
  8. Sarjan sabarudin – VAT69 KOMANDO

Kesultanan Sulu Mahu Berunding, Mahu Tuntutan Ke Atas Sabah Diiktiraf

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

“Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka,” kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.

Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

“Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

“Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.

“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?,” katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh. Sumber bernama.

Sama-samalah kita terus berdoa, agar semuanya dapat diselesaikan dengan tiada lagi pertumpahan darah lagi. Amin.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Isu semasa 1 orang anggota mati di lahad datu, 8 Anggota Terkorban, Darurat Lahad Datu, Krisis Lahad Datu, lahad datu, news Lahad Datu, Pencerobohan di Lahad Datu, peristiwa lahad datu, Semporna, senarai Anggota Terkorban, senarai nama anggota polis yang mati di lahad datu, Terkini Semporna

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    March 4, 2013 at 4:01 pm

    Nampaknya krisis semakin meruncing. 🙁

    Reply
  2. Norizwan says

    March 9, 2013 at 10:54 am

    harap ia kembali normal aman dan sejahtera….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: