Semalam, 25 Mac 2013 merupakan sambutan Hari Polis ke 206 bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ yang telahpun dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.
Aku percaya dengan rentetan pelbagai isu keselamatan, terutamanya insiden di Lahad Datu baru-baru ini telah membuka mata dan hati rakyat Malaysia betapa besarnya jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
Sungguhpun begitu, kita tidak dapat menafikan ada sekelompok manusia yang sanggup melemparkan pelbagai tuduhan dan cercaan terhadap pihak polis. Yang itu aku no comment la ok. Bukan semua ya, ini adalah umum ya.
Oleh yang demikian, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Polis dan jutaan terima kasih buat pasukan PDRM khususnya yang sentiasa sedia bersedia berbakti untuk agama, bangsa dan tanah air.
Dalam kenangan.
Supt.Ibrahim,ASP Michael,Sjn Baharin,Sjn Abg Aziz,L.Kpl. Azrul dan KPl. Semoga Pengorbanan rakan2 seperjuangan ini dihargai dan sentiasa dikenang dalam perjuangan kita dalam menjaga kedaulatan negara tercinta, semangat Berjuang untuk negara tidak akan pernah luntur dalam hidup sebagai seorang pejuang. Semoga Allah mencucuri rahmat atas perjuangan kita menjaga keselamtan negara, agama dan bangsa.
Selamat Hari Polis, jasa kalian akan tetap dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia….
selamat hari polis terima kasih kepada semua pak polisi Malaysia jasamu sentiasa dikenang…
wahh..dah sampai ke 206 rupanya..
Saya pun nak ucapkan selamat hari polis,jasa anda tetap akan dikenang buat selama-lamanya.
Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pasukan polis kita, kerana merekala yang menjaga keamanan negara kita.
Selamat Hari Polis, blm terlamabat kan