Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / UAE ‘sambar’ 3 pemain naturalisasi, perlu menang ke atas Malaysia

UAE ‘sambar’ 3 pemain naturalisasi, perlu menang ke atas Malaysia

Zik · Jan 29, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

tan cheng hoe

Setelah sekadar menduduki tangga ke-4 dalam Kumpulan G, saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) nampaknya semakin terdesak untuk mencari kemenangan. So alternatif menguatkan pasukan UAE dengan ambil tiga pemain satu dari negara argentina, dan dua dari brazil. Fuh betul-betul nekad nak tewaskan pasukan malaysia nih. Harap pasukan kita sudah bersedia dalam kempen piala dunia 2022 ini . Bertemu dengan UAE pada bulan tiga nih, 58 hari lagi dah tak lama sebenarnya.

KEDUDUKAN KUMPULAN G: 

  1. VIETNAM 11 MATA
  2. MALAYSIA 9 MATA
  3. THAILAND 8 MATA
  4. UAE 6 MATA
  5. INDONESIA 0 MATA

Selepas melantik ketua jurulatih baharu pada disember lalu iaitu Ivan Jovanovic, UAE kini mengambil langkah memperkuatkan barisan serangan mereka dengan kehadiran tiga pemain naturalisasi khusus untuk menentang Malaysia pada bulan Mac depan.

Tiga pemain tersebut ialah Sebastian Lucas Taglibue dari Argentina serta dua pemain kelahiran Brazil, Caio Canedo dan Fabio Virginio de Lima. Ketiga-tiga pemain ini memiliki reputasi yang besar dalam saingan domestik, Liga Pro UAE.

Ancaman paling besar pastinya datang daripada Sebastian Taglibue yang bermain untuk Al Wahda FC dan Fabio Virginio de Lima dari Al Wasl FC yang kini menduduki carta 5 penjaring terbanyak liga dengan merekodkan 11 dan 9 gol masing-masing daripada 14 perlawanan musim ini.

“Kita tahu sekarang ini UAE berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan kemenangan sebab itu mereka ambil tiga pemain naturalisasi.

“Memang kita dah tengok dalam liga itu (Liga Pro UAE) ketiga-tiganya ada kekuatan mereka di bahagian serangan. Jadi memang (kehadiran) mereka ini memang memberi banyak kelebihan dan kekuatan dan juga keyakinan kepada pasukan UAE,” kata pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe seperti dipetik daripada Harian Metro.

Bagaimanapun jurulatih kebangsaan ini tetap tenang dan percaya dengan perancangannya. Sebelum menentang UAE kelak, satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang sebuah negara timur tengah telah diatur oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Apapun, kita tetap ada persiapan terbaik dan akan gunakan sebaiknya tempoh masa yang ada sebelum berdepan UAE,” tambahnya yang akan terbang ke Bahrain untuk satu perlawanan pada 21 Mac di Stadium Khalifa Sports City.

credit foxsport

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan kelayakan piala dunia malaysia vs uae 2020, perlu menang ke atas Malaysia, uae natrulisasi 3 pemain terdesak dapatkan kemenangan keatas malaysia, UAE ‘sambar’ 3 pemain naturalisasi

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.