
Tinggal satu perlawanan sahaja dalam kempen kelayakan piala asia bawah 17 2023 Iaitu diantara pasukan MALAYSIA VS INDONESIA PADA 9 oktober 2022,jam 7 malam lebih kurang macam tuhla waktu malaysia. Jom kita tengok kedudukan terkini kumpulan B setakat ini.
- MALAYSIA 10 MATA
- INDONESIA 9 MATA
- UAE 6 MATA
- PALESTINE 3 MATA
- GUAM 1 MATA
Perlawanan pertama kita bermula dengan baik, menang 4-0 dengan Palestine, perlawanan kedua tergelincir sikit apabila seri 1-1 dengan Guam. Naik baik apabila menang tipis dengan pasukan Arab UAE, 3-2. Dan perlawanan terakhir ini akan menentukan juara kumpulan B , Malaysia atau Indonesia. Ayuhh jangan lupa sokong pasukan kita pada hari ahad ini 9 oktober 2022.

Leave a Reply