Setelah mengenal pasti apakah punca kita tidak mampu untuk menyimpan sejumlah wang setiap bulan. Maka pada hari ini, ingin aku berkongsi bagaimana untuk kita mengawal perbelanjaan harian, mingguan ataupun bulanan kita.
Walaupun pada masa kini, cabaran untuk menyimpan memang sukar dek kerana kenaikan harga barang, minyak yang membebankan, ia bukan alasan kepada kita untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian, perlulah kita bersedia dan mengambil langkah-langkah yang bijak tangani kering poket di hujung bulan.
Anda sudah bersedia? Sila tulis pen dan sediakan kertas (takpe siaran ulangan ada, nazmi raja lawak 5). Ok serius.
1. Membuat anggaran kasar belanja harian, mingguan, bulanan.
Kita ambil contoh, bayaran yang basic (fixed) memang kena bayar tiap-tiap hari atau setiap bulan. Sebagai contohnya kita ambil bulanan yang mudah:
- Bil air + eletrik + telefon + astro = RM 200
- Barang-barang dapur = RM 300
- Perbelanjaan persekolahan= RM 200
- Kereta/Motor= Rm300
- Mak Ayah = Rm100
- Insuran = RM50.00
- Dan lain-lain = Rm 200
Nota: (contoh anggaran, tidak semestinya sama dari segi kategori , umur, bujang, berkahwin, kesihatan, tambah cawangan dan lain-lain).
Kalau anda rasa perlu catat menggunakan buku nota untuk dicatat lagi baik supaya nampak lebih jelas lagi. Ok, aku tahu anda semua memang malas, tak payah buat details sangat, buat anggaran kasar sahaja.
Lain-lain adalah untuk tabung kecemasan. Peruntukan ini penting juga, sebab kita tak tentu apa kejadian-kejadian yang tak diigini. Kadang-kadang memang akan berlaku. Jadi kena bersedia.
2. Bawa wang jangan banyak ketika membeli belah.( cukup makan jer)
Ini penting, terutamanya golongan wanita yang cepat ghairah melihat promosi dipusat beli-belah yang melihat diskaun % betul-betul menggoda iman. Nasihat aku ialah, ketika pergi kedai beli barang, siap-siap listkan apa yang nak beli, dan sudah budget kita nie sekian-sekian, lebih dari tuh nanti overbudget (budget lari). Ingat, ingat!!
Promosi yang menggoda iman, jangan mudah terpedaya, ingat kemampuan kita dan elakkan credit card!!
3. Beli barang yang murah, tetapi??
Ia bergantung kepada pendapat , atau mentaliti seseorang itu. Bila sebut bundle. adalah yang akan setuju atau tidak. Kadang-kadang tak semestinya murah itu tak branded, kalau kena caranya, silap haribulan yang bundle tuh, tahan dia dari beli kedai yang mahal. Sekarang nie memang ramai orang yang nak murah, kualiti umphh. Anda yang bijaksana perlu fikirkan, kualiti penting kadang-kala, tapi ingat! $$$
4. Memahami konsep keperluan dan kehendak.
Anda semua, jangan sesekali keliru dengan maksud perbelanjan yang perlu dengan kehendak atau kemahuan atau yang seangkatan dengannya. Setiap daripada anda, keluarga yang bersama-sama anda, mempunyai keinginan yang luas berbanding dengan pendapatan yang anda perolehi. Fikir-fikirkan sebelum membeli, tengok tarikh haribulan bila gaji kita akan masuk, sebelum membeli sesuatu barang itu.
Nah, itu sahaja tips yang tampak mudah, tetapi perlaksanaanya bukan mudah. Sekiranya ada pertanyaan, cadangan,boleh diutarakan diruangan komen , sekian terima kasih.
pastikan kad bank rosak, supaya lepas tu tak cucuk dah..hehe
lepas tu patah kan kad kredit selepas mengeluarkan rm 3,000
Hehehe
bagus juga cara tu
aku xsanggup.. haha..
next.. macam mana nak put semua ini in practice.. he he..
tunggue…
tips yang mak aku bagi: makan sampai kenyang nak mampos seblom pegi mall, supaya rasa mengantuk dan nak balik awal, dan dapat mengelakkan mcdonald.. XD!!!
tips yang menarik ni.huhuhuhu
leh aku follow tips ni..huhu
erm… aku sendiri kadang2 bab belanja ni selalu je terlebih… contoh semalam kluarkan duit utk belanja 2 minggu… tp belanja utk satu minggu dah habis semalam…
buat beli baju bundle… rm 20… beli horlick kat jom heboh rm 10… makan rm 10… dan rm 10 lagi duit minyak…
mungkin lepas nie.. lebih jelas … aku punya tips, keluar duit dari atm, sikit2 jer.. hehe..
hmm selalu gak buat udget, tapi selalu terlebih..kena lebih berjimat bila berbelanja la pasni hehe
jimat2 selagi boleh.. huhu
Penggunaan kad debit juga perlu dipantau..
Aku setuju biar murah asal bkualiti..mcm dvd pirate..(err..ni namanya kehendak)
betul tu. lebih baik guna cash dari card debit coz bila guna kad debit terasa cam guna kad kredit. tak nampak duit tu kuar
tp aku suka pakai kad debit. sebab kedai runcit biasa xleh pakai kad debit. so leh jimat. hehe. (yg penting duit lam kad debit 2 jangan ada banyak)
herm buat buat lupa kat mana letak beh duit dan buku akaun bila pergi ke pasar…heheheh,tapi bagus tips ni zik…
macam tuh macam mana nak bayar??? huk2..
amsuk buku 3 5 la jawabnyya..haha
aku serah kat bini je hal belanja
malas nak kira
yang pasti memang tak sempat nak simpan setiap hujung bulan
yer … orang rumah banyak menguruskan dalam pembelian barang2 rumah… dapur dan keperluan2 yang lain..
heheh aku banyak beli makanan bro, berbaloi x? 😛
kalau ianya betul2… baik untuk badan.. tak mengapa…
aku tak pandai kawal perbelanjaan, hahha. asal keluar je, duit kering, heheh
manage sebaik mungkin…
Insyallah saya boleh mendisplinkan diri dengan berbelanja secara berhemat cuma masalah apabila minyak naik, harga barang tetap naik dan gaji pula tidak seiring dengan kenaikan harga barang. Walaupun kerajaan telah memansuhkan beberapa cukai pendapatan tetapi masih tidak dapat membendung rakyat berbelanja untuk barang asas.
Jalan keluar adalah mencari pendapat sampingan sekurang dapat menampung kekurangan disana-sini. Kita hidup makan gaji jadi perbelanjaan kita berasaskan wang lainlah kalau duduk kampung ada bercucuk tanam, menternak ayam daging, lembu dan sebagainya.
pendapatan sampingan merupakan salah satu.. alternatif… tujuan untuk menyenaraikan ini adalah agar jelas nampak duit itu kemana ia pergi , takut2 kalau ada yang hilang/short… dan tahu mana tempat perbelanjaan kita paling banyak digunakan..
masalah aku sejak dulu lagi.
minyak moto suka isi
sikit-sikit.sekali harga naik
baru nak kelam-kabut pergi
stesen minyak.waktu tu maaf la
orang ramai. :cwy:
aku kalau tahu harga minyak akan naik.. dah malas nak berpusu-pusu.. biarkan jer…
ramai yang buat list bila nak p shopping tapi terlebih budget juga coz bawak duit lebih. pastikan bawa duit cukup-cukup jika anda tak disiplin.
duit yang lebih , boleh simpan sikit2, .. jangan kurang pulak..
Tips yang sangat menarik. Terima kasih Zik 🙂
beres…2 , itu masih basic sebenarnya… next time, akan diterangkan lebih lanjut…
ya.. betul tu…
saya guna telefon bimbit rm 10 untuk sebulan…
sungguh jimat…hehehe 🙂
jimat2 memang jimat…
salam Zikr..
moralnya berbelanja
ikut kemampuan..
ukur baju di badan sendiri kan? :biggrin:
ya betul bang zul… jangan sebab nak tunjuk2.. tapi hakikatnya hutang keliling pinggang…
Ye setuju dengan En Zulkbo.. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan pandai membezakan mana kehendak dan mana keperluan. Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan kerana sederhana itu amalan orang-orang yang bijak. 🙂
sederhana sudah… wakper nak tunjuk2…
mmg aku tgh amalkan cara hidup yg berhemah. banyak ‘benda’ yg perlu dibyr tetapi aku bersyukur sbb aku masih dapat menyimpan 10peratus gaji yg diterima melalui potongan gaji untuk belian saham syarikat.
pada masa yg sama, aku turut main kutu dgn rakan2 sekerja. so..kiranya adalah duit lbh nanti.
10% kalau permulaan memang agak susah… tapi kalau dah start awal2.. memang mudah… dah
betul bro.. keperluan dengan kehendak tu..
susah sikit bab nih. hehe
memang susah juga… macam2 dugaan dan godaan.. huhu
menarik juga entri ni
kadang-kadang terlebih berbelanja susah juga tu
dan yang paling penting kita harus merancang dulu perbelanjaan
dahulukan mana yang penting sahaja
kalau dah plan-plan awal… sekurang-kurangnya kita dah tahu berapa budget kita..sekian-sekian… kalau nak beli , dah tahu nie luar kemampuan kita…
duit nuffnang pun tak mampu
nak buat perbelanjaan bulanan
aku.kenapa bayar ciput sangat ni.
2la pasal.. tp lau dapat 2 kira bruntung la..aku ni 1sen pun lum dapat dari nuffnang. join da lama. huhu.. (ayat sadis.)
belajar la cara buat duit nuffnang.
cuba cari ebuku pasal buat duit
nuffnang.
aku tahun ni dapat naik RM7.00
sebelum nak membeli belah 2, kena listkan dulu la apa yang patut dibeli. jangan diluar bajet. aku pun selalu tulis pe yg patu kena beli. 2pun slepas baca ebook tips penjimatan.. hehe.. bagus bro zik share kat sini leh kita sama2 kawal perbelanjaan harian kita.
saya guna duit sampingan sahaja belanja . duit gaji simpan dalam asb…tp kena rajin cari duit sampingan jangan malas.contoh saya buat kuih dan pek keropok.
betul2 tuh.. duit sampingan/ duit tepi nih.. jangan kita lupa… dapat sikit pun takper..
waa…thanz bro zikri,ur really helpful bro….
ur welcome….