Menyimpan duit untuk setiap bulan sebagai simpanan kecemasan dan juga simpanan persendirian dilihat gagal dicapai setiap bulan. Puncanya?? macam-macam dugaan yang menimpa, kadang-kala disebabkan tidak disengajakan, ataupun sebab diri sendiri itu yang malas untuk mengkaji apakah pembaziran/kebocoran yang berlaku setiap bulan.
Sebab sukar meyimpan setiap bulan?
1. Gaji yang terlalu sedikit.
Ia mungkin boleh jadi, disebabkan taraf hidup yang tinggi disesuatu yang didiami. Gaji yang terlalu sedikit, menyebabkan untuk membayar keperluan harian dan bulanan melebihi gaji/cukup makam jer, menyebabkan sukar untuk menyimpan setiap bulan. Alternatifnya ialah perlukan pendapatan sampingan atau tukar jer kerja baru gaji yang lebih tinggi.
2. Suka berhutang.
Satu tabiat yang sepatutnya tidak diamalkan, kerana kadang-kala menyebabkan hutang kita bertambah-tambah. Mungkin penggunaan credit kad yang tidak terkawal dan juga cara untuk menguruskan hutang yang tidak tersusun. dan sistematik. Hutang bukan tidak boleh, boleh tetapi harus pandai kawal dan juga mempunyai pelan berhutang yang betul, dan ikut kemampuan gaji bulanan kita. Buat loan kereta, rumah dan perniagaan, seharusnya mendapatkan nasihat yang pakar dalam bidang ini.
3. Boros.(kaki shopping).
Bila berbelanja melebihi dari gaji/pendapatan bulanan kita, tidak terkawal. Akan menyebabkan masalah nak menyimpan untuk setiap bulan. Sebab itu penting, kita perlu limitkan berapa (budget) yang ada untuk beli sesuatu barang. Beli sekadar keperluan, bukan untuk bergaya, tapi poket kosong!!
4. Tidak tahu bagaimana menyimpan.
Diantara alasan yang selalu aku dengar ialah seperti ini. Bila hujung bulan, akan ada masalah seperti ini, mulalah berhutang. Untuk mengawal perbelanjaan seperti ini, seharusnya ada pelan perancangan perbelanjaan yang sistematik. Kalau-kalau kita tak dapat untuk menulis perbelanjaan harian/malas untuk menulis, anggarkan sahaja dalam sehari atau seminggu pebelanjaan kita. Barulah kita boleh tahu berapa banyak yang kita belanja untuk bulan itu, darabkan berapa minggu.
Sekian 4 perkara utama, yang disebabkan kita sendiri, mungkin juga aku tak dapat menyimpan duit untuk setiap bulan. Lain dengan yang tidak disengajakan, seperti kereta buat hal, atau duit hilang, disebabkan kecurian. Itu dinamakan perbelanjaan tidak dijangka. Pendapatan sampingan diperlukan, walaupun tidak dapat membantu banyak, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Akan datang, pelan perbelanjaan yang betul dalam sebulan.
duit pt dapat separuh, nak simpan memang tak mampu T_T
Simpan sikit jela kalau gitu…inisiatif sikit..
simpan duit syiling dalam tabung pun ok…
simpan syiling sebulan sblum abis sem korek balik.. wakaka…
siyes tak cukup.
dapat 1750 -yuran 550 = 1200
1200 – sewa rumah 480 = 720
720 – balik kampung 2 kali 200= 520
520- buku 250 = 270
makan? Ermm… sebulan je cukup tu..
dari tak menyimpan langsung… kena ada inisiatif sendiri.. 1001 satu alasan..
bak kata orang seringgit macam banyak berat jer nak sedekah kat mesjid, bila time shopping rm50 tuh macam 20sen… harganya..
haha.. tak merasa tak apalah T_T
salam Zikr..
ermmm..berbelanja ikut
kemampuan pasti cukup..
satu lagi jangan lupa berzakat
Zakat menyuburkan harta..
Setuju zakat memberi keberkatan kepada rezeki yang diperolehi. Ramai yang sanggup bayar cukai dari mengeluarkan zakat walhal zakat boleh dapat rebet cukai dan yang paling penting keberkatan
nasib baik aku tukar siap2 potongan cukai berjadual kepada bayaran zakat setiap bulan, kasi berkat sket π
kalau mcm den banyak beli makanan ringan je, adesss π
Terkini : Buaya Tertelan Telefon Bimbit
Ho2, not good, makanan ringan seperti?..tu time belajar rajin aku beli..
seperti cekedis, kacang, roti, hehehhe
Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang
hi there robot tak tido malam jaga cb gb dulu.. wakaka…
ni mesti makan cikedis sambil urus kapal pecah kan?? ahaha…
hahah siot je nis, ade2 je la, hehehe, mana tau
Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang
wakaka.. kena siot satu =.=”
hahaha, ade2 je la
Terkini : Fakta Menarik Tentang Perempuan
selain pendapatan sampingan, mungkin kita boleh belajar selok belok pelaburan juga, yang berasaskan syariah..
dan kalau yang selalu berbelanja, aku rasa boleh gunakan kad debit Alliance Bank tu..berbelanja pun bolehla juga kumpul bonus..
Rasanya sudah masa perlu ada pendapatan sampingan kerana kenaikan harga barang tidak dapat ditampung gaji bulanan.
Kalau dulu beli barang pada harga RM50 sekarang sudah lebih RM50 kerana kenaikan harga barang
Yang no 4 tu kita boleh atasi dengan cara buang tabiat dalam no 3 tu… Ada satu cara untuk menabung, pastikan 10% dari gaji kita tu kita dah simpan siap2..tak kira la gaji sikit ke besar ke… Jangan sentuh 10% tu kecuali terdesak sangat..
that’s my cara la..hehe..tapi selalu terkorek jugak 10% tu..hehe
Alhamdulillah kalau dapat simpan 10% pun dah cukup baik ada yang mencadangkan simpan sehingga 30%. Kenaikan harga salah satu faktor gaji bulanan tidak cukup
sy masuk duit dlm tabung bila duit syiling byk..tak konsisten..tp tabung dah berat dah..suka2.. π
Adik saya ada buat pinjaman PTPN tapi duit itu tidak digunakan untuk pengajian universiti sebaliknya disimpan didalam ASB. Duit perbelanjaan yuran universiti digunakan dari sumber lain
tak mampu dah cari sumber lain T_T kerja? lingkup pointer. dah cuba dah buat T_T parent? 8 orang berderet lagi kat bawah tu dorang nak tanggung..
pointer bukan guarantee untuk menjamin pekerjaan masa hadapan..
kalau nak cecah 3 pun tak lepas silap2 tak lepas degree T_T belum paper repeat T_T sia2 je masuk u karang T_T
part ni mmg betul bro. lebih baik simpan dlm ASB atau setaraf dengannya. paling tidak pun, simpanlah sedikit utk memudahkan pembayaran masa tamat belajar nanti
Patut ketepikan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan ke akaun yang payah kita nak keluarkan. Hidup bukan sentiasa panas hingga ke petang… Sediakan payung sebelum hujan gerimis… :biggrin:
Kita sepatutnya kecewa dengan sikap sendiri
tabung kecemasan….
Salam.
Sekali-sekala berbincang tentang kewangan seronok juga. Berkenaan no.3, benar. Ada merekya yang tidak tahu bagaimana untuk menyimpan. Mudah sahaja: dapat duit, simpan dahulu, kemudian barulah belanja. i’Allah boleh walaupun mencabar. :happy:
Eh, maaf Zik. Bukan no.3, tapi no.4. Tersilap. :blush:
simpan awal2….. masukkan dalam tempat yang memang susah nak kita keluarkan duit itu…
Harus berhemat agar bisa menyimpan uang setiap bulan..
berbelanja bila perlu jer….
Setakat ni alhamdulillah…pendapatan aku ok…duit tabung tak pernah pecah lagi….keja part time yang lumayan….Alhamdulillah….
pendapatan sampingan bro memang masyukk…
makin bear periuk makin bear keraknya ekekeke π
aik mana pergi huruf ‘s’ tu…ralat bukan ‘bear’ tapi ‘besar’ huhu
makin besar gaji.. makin susah nak simpan… betul2.. sebabnya nak beli itu ini… maintainence apa2 pun jadi besar… bila gaji pun besar nie…
hahaa entahnye ye, ke mana gi duit tu pun tak tahulah,
awal2 kerja memang tak dapat simpan apa2,
tapi sekarang dah nampak sikit2…
simpan2 sikit.. janji ada ..hehe..
lagi bagus kalau kita berbelanja sesuatu dibawah kemampuan kita walau pun kita mampu,
sudah tentu ada baki duit yg dpt disimpan..:)
(yang tak mampu) kadang2 bila tengok rakan lain berbelanja lebih, kita pun ikut sekali… tak sedar pendapatan tak banyak… yang banyak duit, belanja sakan, tunjuk kat orang kononnya gaji besar… last2 takda simpan langsung..
no 4. kalu nak simpan lebih baik masuk pelaburan yang berasakan islam.tapi masalahnya, kadang-kadang apa yang saya tahu, yang islamnya tu hanya pada nama, tapi isinya sama macam yang kovensional. betul ke?
memang betul sekarang nie… kebanyakkannya macam itu.. nama jer bank islam.. tapi ada interest, apa kes???
Salam Zik,
Betul kata sdra etomyam tu…! Besar periuk besar kerak! Dpt 2 ribu sebulan mmg tak cukup…dpt 20 ribu pun tak cukup juga!!!
Amalkan satu formula yg saya pelajari 20 tahun dulu…iaitu ‘Formula 1-2-7’.
saya tak tahu uncle formula 1,2,7.. nanti akan kajinya..
entah bila, manusia mahu belajar berjimat.
perlukah bergaya jika duit melayang begitu sahaja.
perlukah bergaya jika aurat terdedah. duit membazir, dapat pula dosa.
π terima kasih atas komen. sangat menghargai..
beres2x… berbelanja hanya perlu dan bukan sebab nak menunjuk-nunjuk…
Ada elemen kat atas tu aku tak buat, contohnya berhutang..ho2, aku suka la kasi orang hutang, walaupun tak ambik bunga, tapi tu je la kot cara nak tolong orang…anyway, kalau duit banyak perlukan perancangan bulanan..nice one Zik, aku follow next entri..
insyallah.. dalam 2,3 hari akan sambung mengenai tips kewangan… kalau kita beri hutang kepada orang lagi bagus tuh… memberi lebih baik menerima…
serius susah nak simpan. mmg betul pon apa yg ko tulis
memang sekarang nie susah sikitlah nak menyimpan…, cukup bulan bayar itu ini (bil2, sewa, kereta,motor, gaji tinggal berapa jer..huhu ) ,dapat simpan sikit2 pun jadilah…
kekadang ada masanya bila diuji oleh-Nya, semua tabungan terpaksa digunakan… harap reda dan bersabar…
tu le pasal ..barg skrg dah naik adus..pening juga hoooo..
sikit2 ada simpanan tapi kekaang bila dah simpan tpksa klrkan sebab ada hal urgent pulak..pastu toup balik ngheeeee
biasalah. harus ada azam yang kuat untuk menyimpan duit. kalau tak, bocor juga hujung bulan.
lagi parah bocor sampai hujung tahun, RB
apa2 usaha pun, keberkatan rezeki itulah yang amat penting
macam mana la agaknya nak simpan duit zik.. bayangkan.. kalau belanja tu lebih banyak dari pendapatan. Nak pakai pun tak cukup, nak simpan lagi la kena tunggu gaji bulan-bulan depan
tuh yang susah tuh… memang kena cari kerja baru lah jawabnya…
masa bujang dulu ,aku menyimpan setiap duit siling aku termasuklah siling rm1. jumlahnya memang banyak, siap tukar ngan kawan bila musim perayaan.
pada masa yg sama, aku sisihkan sedikit wang gaji utk dikirim utk org tua, ada bahagian yg disimpan dlm asb. wang inilah yg tampung perkahwinan aku.
selepas kahwin, aku n isteri menyambung kembali menyimpan duit siling termasuklah siling rm1 sampaikan jumlah mencecah rm1k lbh. duit itu ngam2 aku masukkan dalam bank masa kelahiran anak sulung.
duit siling rm1 dah takde, tapi aku buat potongan gaji utk saham syarikat.. 2 kali setahun syarikat akan beli saham..yg kemudiannya aku jual tak sampai sehari ianya dibeli.
bulan ni bonus banyak so boros sikit hehe
kena betul2 punya planning….kalau main belasah jer banyak pon tak cukup….
sikit buat cara sikit yg pasti ada tabungan utk kecemasan..tu paling penting!
masalah dah simpan tp akhir bln korek lak… adoi laa..
bagaimana cara menyimpan yang berkesan?
duit gaji dapat x cukup…
time bujang xpe laa..
Saya pun susah nak menuimpan
Bila dah simpan…hujung2, korek pulak…ayyoiyyai
Akhirnya saya melabur dlm unit amanah
Dan sekarang
Saya jadi Unit Trust Consultant(UTC)
So, pd yg sudi nak lebih memahami lebih lanjut ttng pelaburan unit amanah silalah hubungilah saya
InsyaAllah saya akan membantu anda
Tq
Tq
InsyaAllah akan cuba membantu anda
No mobile phone saya
019-2515158
Tq
orait terima kasih.. jadilah perunding unit amanah yang cukup sistematik dan berkesan.. insyallah..