• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Tips kawal perbelanjaan harian, mingguan, bulanan

Tips kawal perbelanjaan harian, mingguan, bulanan

Zik · Feb 26, 2011 · 54 Comments

Share this on WhatsApp

Setelah mengenal pasti apakah punca kita tidak mampu untuk menyimpan sejumlah wang setiap bulan. Maka pada hari ini, ingin aku berkongsi bagaimana untuk kita mengawal perbelanjaan harian, mingguan ataupun bulanan kita.

Walaupun pada masa kini, cabaran untuk menyimpan memang sukar dek kerana kenaikan harga barang, minyak yang membebankan, ia bukan alasan kepada kita untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian, perlulah kita bersedia dan mengambil langkah-langkah yang bijak tangani kering poket di hujung bulan.

budget, rancang perbelanjaan bulanan kita, rancang perbelanjaan anda

Anda sudah bersedia? Sila tulis pen dan sediakan kertas (takpe siaran ulangan ada, nazmi raja lawak 5). Ok serius.

1. Membuat anggaran kasar belanja harian, mingguan, bulanan.

Kita ambil contoh, bayaran yang basic (fixed) memang kena bayar tiap-tiap hari atau setiap bulan. Sebagai contohnya kita ambil bulanan yang mudah:

  • Bil air + eletrik + telefon + astro = RM 200
  • Barang-barang dapur = RM 300
  • Perbelanjaan persekolahan= RM 200
  • Kereta/Motor= Rm300
  • Mak Ayah = Rm100
  • Insuran = RM50.00
  • Dan lain-lain = Rm 200

Nota: (contoh anggaran, tidak semestinya sama dari segi kategori , umur, bujang, berkahwin, kesihatan, tambah cawangan dan lain-lain).

Kalau anda rasa perlu catat menggunakan buku nota untuk dicatat lagi baik supaya nampak lebih jelas lagi.  Ok, aku tahu anda semua memang malas, tak payah buat details sangat, buat anggaran kasar sahaja.

Lain-lain adalah untuk tabung kecemasan. Peruntukan ini penting juga, sebab kita tak tentu apa kejadian-kejadian yang tak diigini. Kadang-kadang memang akan berlaku. Jadi kena bersedia.

2. Bawa wang jangan banyak ketika membeli belah.( cukup makan jer)

Ini penting, terutamanya golongan wanita yang cepat ghairah melihat promosi dipusat beli-belah yang melihat diskaun % betul-betul menggoda iman. Nasihat aku ialah, ketika pergi kedai beli barang, siap-siap listkan apa yang nak beli, dan  sudah budget kita nie sekian-sekian, lebih dari tuh nanti overbudget (budget lari).  Ingat, ingat!!

sales, promotion, 50% discount, diskaun yang menggoda,

Promosi yang menggoda iman, jangan mudah terpedaya, ingat kemampuan kita dan elakkan credit card!!

3. Beli barang yang murah, tetapi??

Ia bergantung kepada pendapat , atau mentaliti seseorang itu. Bila sebut bundle. adalah yang akan setuju atau tidak. Kadang-kadang tak semestinya murah itu tak branded, kalau kena caranya, silap haribulan yang bundle tuh, tahan dia dari beli kedai yang mahal. Sekarang nie memang ramai orang yang nak murah, kualiti umphh. Anda yang bijaksana perlu fikirkan, kualiti penting kadang-kala, tapi ingat! $$$

4. Memahami konsep keperluan dan kehendak.

Anda semua, jangan sesekali keliru dengan maksud perbelanjan yang perlu dengan kehendak atau kemahuan atau yang seangkatan dengannya. Setiap daripada anda, keluarga yang bersama-sama anda, mempunyai keinginan yang luas berbanding dengan pendapatan yang anda perolehi. Fikir-fikirkan sebelum membeli, tengok tarikh haribulan bila gaji kita akan masuk, sebelum membeli sesuatu barang itu.

Nah, itu sahaja tips yang tampak mudah, tetapi perlaksanaanya bukan mudah. Sekiranya ada pertanyaan, cadangan,boleh diutarakan diruangan komen , sekian terima kasih.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi contoh perbelanjaan harian/bulanan, kawal perbelanjaan anda, rancang wang gaji anda dengan betul, tips kawal perbelanjaan harian

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. syahrilhafiz says

    February 26, 2011 at 7:47 am

    pastikan kad bank rosak, supaya lepas tu tak cucuk dah..hehe

    Reply
    • ishak says

      February 26, 2011 at 11:21 am

      lepas tu patah kan kad kredit selepas mengeluarkan rm 3,000

      Reply
      • wazy says

        February 27, 2011 at 1:25 pm

        Hehehe
        bagus juga cara tu

        Reply
        • Notakaki says

          March 1, 2011 at 12:33 am

          aku xsanggup.. haha..

          Reply
  2. Ismail N says

    February 26, 2011 at 8:01 am

    next.. macam mana nak put semua ini in practice.. he he..

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:31 am

      tunggue…

      Reply
  3. samanosuke_04 says

    February 26, 2011 at 8:36 am

    tips yang mak aku bagi: makan sampai kenyang nak mampos seblom pegi mall, supaya rasa mengantuk dan nak balik awal, dan dapat mengelakkan mcdonald.. XD!!!

    Reply
    • slimdiet2 says

      February 26, 2011 at 3:23 pm

      tips yang menarik ni.huhuhuhu

      Reply
      • Notakaki says

        March 1, 2011 at 12:38 am

        leh aku follow tips ni..huhu

        Reply
  4. Budak Melayu says

    February 26, 2011 at 9:12 am

    erm… aku sendiri kadang2 bab belanja ni selalu je terlebih… contoh semalam kluarkan duit utk belanja 2 minggu… tp belanja utk satu minggu dah habis semalam…

    buat beli baju bundle… rm 20… beli horlick kat jom heboh rm 10… makan rm 10… dan rm 10 lagi duit minyak…

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:40 am

      mungkin lepas nie.. lebih jelas … aku punya tips, keluar duit dari atm, sikit2 jer.. hehe..

      Reply
  5. Gerrard says

    February 26, 2011 at 10:00 am

    hmm selalu gak buat udget, tapi selalu terlebih..kena lebih berjimat bila berbelanja la pasni hehe

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:41 am

      jimat2 selagi boleh.. huhu

      Reply
  6. tengkorak emas says

    February 26, 2011 at 10:26 am

    Penggunaan kad debit juga perlu dipantau..

    Aku setuju biar murah asal bkualiti..mcm dvd pirate..(err..ni namanya kehendak)

    Reply
    • slimdiet2 says

      February 26, 2011 at 3:29 pm

      betul tu. lebih baik guna cash dari card debit coz bila guna kad debit terasa cam guna kad kredit. tak nampak duit tu kuar

      Reply
      • Notakaki says

        March 1, 2011 at 12:42 am

        tp aku suka pakai kad debit. sebab kedai runcit biasa xleh pakai kad debit. so leh jimat. hehe. (yg penting duit lam kad debit 2 jangan ada banyak)

        Reply
  7. ishak says

    February 26, 2011 at 11:18 am

    herm buat buat lupa kat mana letak beh duit dan buku akaun bila pergi ke pasar…heheheh,tapi bagus tips ni zik…

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:44 am

      macam tuh macam mana nak bayar??? huk2..

      Reply
      • Notakaki says

        March 1, 2011 at 12:48 am

        amsuk buku 3 5 la jawabnyya..haha

        Reply
  8. tehr says

    February 26, 2011 at 12:59 pm

    aku serah kat bini je hal belanja
    malas nak kira
    yang pasti memang tak sempat nak simpan setiap hujung bulan

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:44 am

      yer … orang rumah banyak menguruskan dalam pembelian barang2 rumah… dapur dan keperluan2 yang lain..

      Reply
  9. suffer8zine says

    February 26, 2011 at 2:12 pm

    heheh aku banyak beli makanan bro, berbaloi x? πŸ˜›

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:47 am

      kalau ianya betul2… baik untuk badan.. tak mengapa…

      Reply
  10. Anip says

    February 26, 2011 at 2:33 pm

    aku tak pandai kawal perbelanjaan, hahha. asal keluar je, duit kering, heheh

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:47 am

      manage sebaik mungkin…

      Reply
  11. akubiomed says

    February 26, 2011 at 2:47 pm

    Insyallah saya boleh mendisplinkan diri dengan berbelanja secara berhemat cuma masalah apabila minyak naik, harga barang tetap naik dan gaji pula tidak seiring dengan kenaikan harga barang. Walaupun kerajaan telah memansuhkan beberapa cukai pendapatan tetapi masih tidak dapat membendung rakyat berbelanja untuk barang asas.

    Jalan keluar adalah mencari pendapat sampingan sekurang dapat menampung kekurangan disana-sini. Kita hidup makan gaji jadi perbelanjaan kita berasaskan wang lainlah kalau duduk kampung ada bercucuk tanam, menternak ayam daging, lembu dan sebagainya.

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:50 am

      pendapatan sampingan merupakan salah satu.. alternatif… tujuan untuk menyenaraikan ini adalah agar jelas nampak duit itu kemana ia pergi , takut2 kalau ada yang hilang/short… dan tahu mana tempat perbelanjaan kita paling banyak digunakan..

      Reply
  12. Ali ridha says

    February 26, 2011 at 3:15 pm

    masalah aku sejak dulu lagi.
    minyak moto suka isi
    sikit-sikit.sekali harga naik
    baru nak kelam-kabut pergi
    stesen minyak.waktu tu maaf la
    orang ramai. :cwy:

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:50 am

      aku kalau tahu harga minyak akan naik.. dah malas nak berpusu-pusu.. biarkan jer…

      Reply
  13. slimdiet2 says

    February 26, 2011 at 3:25 pm

    ramai yang buat list bila nak p shopping tapi terlebih budget juga coz bawak duit lebih. pastikan bawa duit cukup-cukup jika anda tak disiplin.

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:52 am

      duit yang lebih , boleh simpan sikit2, .. jangan kurang pulak..

      Reply
  14. Miss Tira says

    February 26, 2011 at 4:09 pm

    Tips yang sangat menarik. Terima kasih Zik πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:53 am

      beres…2 , itu masih basic sebenarnya… next time, akan diterangkan lebih lanjut…

      Reply
  15. MDHAFiZ.NET says

    February 26, 2011 at 5:52 pm

    ya.. betul tu…
    saya guna telefon bimbit rm 10 untuk sebulan…
    sungguh jimat…hehehe πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:53 am

      jimat2 memang jimat…

      Reply
  16. zulkbo says

    February 26, 2011 at 6:32 pm

    salam Zikr..
    moralnya berbelanja
    ikut kemampuan..
    ukur baju di badan sendiri kan? :biggrin:

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:57 am

      ya betul bang zul… jangan sebab nak tunjuk2.. tapi hakikatnya hutang keliling pinggang…

      Reply
  17. Bro Ery says

    February 26, 2011 at 8:59 pm

    Ye setuju dengan En Zulkbo.. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan pandai membezakan mana kehendak dan mana keperluan. Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan kerana sederhana itu amalan orang-orang yang bijak. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:58 am

      sederhana sudah… wakper nak tunjuk2…

      Reply
  18. Ladfe Amir says

    February 27, 2011 at 1:00 am

    mmg aku tgh amalkan cara hidup yg berhemah. banyak ‘benda’ yg perlu dibyr tetapi aku bersyukur sbb aku masih dapat menyimpan 10peratus gaji yg diterima melalui potongan gaji untuk belian saham syarikat.

    pada masa yg sama, aku turut main kutu dgn rakan2 sekerja. so..kiranya adalah duit lbh nanti.

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 3:59 am

      10% kalau permulaan memang agak susah… tapi kalau dah start awal2.. memang mudah… dah

      Reply
  19. Luth Textile says

    February 27, 2011 at 10:49 am

    betul bro.. keperluan dengan kehendak tu..

    susah sikit bab nih. hehe

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 4:00 am

      memang susah juga… macam2 dugaan dan godaan.. huhu

      Reply
  20. wazy says

    February 27, 2011 at 1:26 pm

    menarik juga entri ni
    kadang-kadang terlebih berbelanja susah juga tu
    dan yang paling penting kita harus merancang dulu perbelanjaan
    dahulukan mana yang penting sahaja

    Reply
    • Zik says

      February 28, 2011 at 4:01 am

      kalau dah plan-plan awal… sekurang-kurangnya kita dah tahu berapa budget kita..sekian-sekian… kalau nak beli , dah tahu nie luar kemampuan kita…

      Reply
  21. Ali ridha says

    February 28, 2011 at 6:47 pm

    duit nuffnang pun tak mampu
    nak buat perbelanjaan bulanan
    aku.kenapa bayar ciput sangat ni.

    Reply
    • Notakaki says

      March 1, 2011 at 12:54 am

      2la pasal.. tp lau dapat 2 kira bruntung la..aku ni 1sen pun lum dapat dari nuffnang. join da lama. huhu.. (ayat sadis.)

      Reply
      • Ali ridha says

        March 1, 2011 at 11:17 am

        belajar la cara buat duit nuffnang.
        cuba cari ebuku pasal buat duit
        nuffnang.

        aku tahun ni dapat naik RM7.00

        Reply
  22. Notakaki says

    March 1, 2011 at 12:58 am

    sebelum nak membeli belah 2, kena listkan dulu la apa yang patut dibeli. jangan diluar bajet. aku pun selalu tulis pe yg patu kena beli. 2pun slepas baca ebook tips penjimatan.. hehe.. bagus bro zik share kat sini leh kita sama2 kawal perbelanjaan harian kita.

    Reply
  23. YATI says

    September 13, 2011 at 9:29 am

    saya guna duit sampingan sahaja belanja . duit gaji simpan dalam asb…tp kena rajin cari duit sampingan jangan malas.contoh saya buat kuih dan pek keropok.

    Reply
    • Zik says

      September 13, 2011 at 11:11 am

      betul2 tuh.. duit sampingan/ duit tepi nih.. jangan kita lupa… dapat sikit pun takper..

      Reply
  24. ezza says

    March 27, 2012 at 8:02 pm

    waa…thanz bro zikri,ur really helpful bro….

    Reply
    • Zik says

      April 1, 2012 at 10:58 am

      ur welcome….

      Reply

Trackbacks

  1. 15 Tips berbelanja secara bijak – Zikri Husaini says:
    November 18, 2015 at 8:55 pm

    […] lagi dalam rancangan bijak wang yang dah lama tak ke udara dalam zikrihusaini.com. Dulu memang ada bincangkan mengenai tips kawal perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Tetapi adakah anda benar-benar mempraktikkanya?? Sekadar bertanya […]

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
%d bloggers like this: