Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Piala FA / TERENGGANU SINGKIRKAN SELANGOR melalui penentuan penalti 4-2, separuh akhir piala 2022

TERENGGANU SINGKIRKAN SELANGOR melalui penentuan penalti 4-2, separuh akhir piala 2022

Zik · Aug 7, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

SEMI FINAL TERENGGANU VS SELANGOR

 

Tiada apa yang boleh diperkatakan dalam perlawanan sengit pada malam tadi.Apepun sudah terang lagi bersuluh, SKUAD Terengganu FC (TFC) mengesahkan slot ke pentas final Piala FA 2022 apabila menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam semalam.

Kedua-dua pasukan bermula garang sebaik wisel permulaan menerusi gerakan-gerakan berbahaya ke gawang lawan dalam usaha membuka jaringan. Namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan bermula.

SELANGOR DI DEPAN SEPARUH MASA PERTAMA 1-0.

Hasilnya menyaksikan pemain Selangor FC Norhakim Hassan berjaya menyempurnakan peluang di depan pintu gol Terengganu FC untuk gol pembukaan pelawat pada minit ke-23. Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan Terengganu FC mula bangkit mengatur asakan ke gawang Selangor FC bagi dalam usaha menjaringkan gol penyamaan. Bagaimanapun benteng Selangor FC dilihat terus kental bertahan bagi mengekang asakan-asakan berkenaan hingga tamat babak pertama.

SEPARUH MASA KEDUA, FAISAL HALIM LEDAK JARINGAN PENYAMAAN TERENGGANU 1-1. 

Bersambung babak kedua menyaksikan Terengganu FC tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain lincah, Faisal Halim pada minit ke-48. Sepakan yang tinggi ke sebelah kanan gawang, penjaga gol selangor tidak dapat menampan bola itu. Kebijaksanaan Faisal halim memang tidak boleh dipertikai lagi, sebab itu dia layak sarung jersi harimau malaya.

MENGHERET KE MASA TAMBAHAN, PENENTUAN PENALTI.

Kedua-dua pasukan dilihat semakin menggandakan asakan pada penghujung perlawanan dalam usaha menambah jaringan namun tiada sebarang tambahan jaringan berjaya dilakukan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan. Masa tambahan punm tak dapat nak jaringkan gol. Habis masa 120 minit, terpaksa melalui sepakan penentuan penalti.

 

RAHADIAZLI RAHALIM WATAK PENTING MENAFIKAN 2 SEPAKAN PENALTI SELANGOR.

Penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim muncul wira apabila membantu Terengganu FC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2022 selepas menewaskan Selangor 4-2 melalui penentuan sepakan penalti. Beliau menafikan dua sepakan penalti yang diambil oleh Aliff Haiqal Lau dan Yazan Al Arab sekaligus memastikan kemenangan berpihak kepada Terengganu.

Pemain pertahanan Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni muncul wira TFC apabila menyempurnakan sepakan penalti kelima pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat 120 minit perlawanan.

 

Share this on WhatsApp

Piala FA, Sukan pasukan yang mara ke final piala fa 7.8.2022, terengganu mara ke final piala fa 2022, terengganu tewaskan selangor melalui penentuan penalti 4-2 setelah terikat 1-1

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.