Tiada apa yang boleh diperkatakan dalam perlawanan sengit pada malam tadi.Apepun sudah terang lagi bersuluh, SKUAD Terengganu FC (TFC) mengesahkan slot ke pentas final Piala FA 2022 apabila menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam semalam.
Kedua-dua pasukan bermula garang sebaik wisel permulaan menerusi gerakan-gerakan berbahaya ke gawang lawan dalam usaha membuka jaringan. Namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan bermula.