Salam semua, setelah bercerita mengenai Yahoo Messenger 11 yang sudah release untuk beta version.
Aku ingin berkongsi satu teknologi yang baru, iaitu teknologi yang mana bakal mengegarkan dunia internet, kerana teknologi yang baru ini betul-betul menjimatkan masa, elektirik dan mudah digunakan. Semua orang tahu, bluetooh digunakan sebagai mentransfer sesuatu data tanpa menggunakan wayar, dan juga sebagai medium untuk berkomunikasi, alah yang guna letak kat telinga tuh, buat telefon.
Apakah itu blue-tooth?
BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.
Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter. Teknologi tanpa wayar (wireless) ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.
Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya. Teknologi rangkaian Bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.
Kos agak mahal, tetapi berbaloi-baloi.
Berikutan teknologi baru ini, walaupun mahal dalam lingkungan rm1500-2000. Tetapi ia dilihat sangat berpuas hati dan seiring dengan teknologi masa kini. Jom kita tengok gambarnya, dan bercerita mengenai fungsi-fungsi khas yang lain. Bakal meletup nih. Jeng-jeng. Heee
Selamat berhujung minggu. Sorryla gurau-gurau senda. Heeee..Sila gosok gigi setiap hari, kalau tak teknologi baru akan tiba secara tidak semena-mena.
Sumber gambar disini.
suffer8zine says
wahhh boleh tahan harga, nice ni teknologi canggih makin meluas!
Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
Zik says
keke… harga tuh yang tak boleh blah tuh.. kuat kelentong betul lah aku nie..hehe
Norizwan says
hahahahaha….terus hilang ngantuk aku….adoiiii la….
Zik says
eh yeker.. takpe2 segar bugar…
ProfHariz says
Hahaha.. Asyik dol aku baca.. Jika ada teknologi bluetooth pun menarik 🙂
Zik says
hehe… tuhla ayat nak power jer mula2…
darkbatman says
mcm mahal sgt jer bro? 1 bluetooth harga 1k++…waaaa.. mau kayap ambe..hehe
ProfHariz says
Hahaha.. Sangat mahal tapi jimat aie 🙂
suri says
baik kumpu duit nak kwain dulu heee :sick:
iza says
Salam..
Fuhhh mahal jgk….tunggu dia turun harga dulu lah…
suri says
dah nak dekat hujung tahun ni..mesti ada SALE punya 😉
etomyam says
keh3….aku nak subscribe jugak lah 😀
Zik says
boleh2.. takda masalah..hubungi…
tengkorak emas says
pergh…memang betul2 bluetooth ni, tak dapat disangkal lagi XD mcm mana agaknya yg set kepala tu haha
rashid says
relaks je pakcik tu gune Bluetooth tu..haha
Ieda Al-Habsyi says
hahhaha! geli akak tgk ‘bluetooth’ tu weh, ekeke!
dnoBiz says
tu la dia bluetooth yang asli hahaaha
naimulfirdaus says
artikel yang baik..
saya kongsi dalam twitter.
Zik says
terima kasih….
Ali ridha says
bluetooth ni lebih bagus dari
infamerah.
Ali ridha says
harga die mahal.mana la
aku cari duit nak beli ni.
Zik says
duit dari nuffnang..keke..
dnoBiz says
tetiba aku rasa nak cabut je gigi pakcik tu hehehe
Zik says
kesian… itu jer gigi yang paling dia sayang …heee
Ali ridha says
pakcik tu tiada duit nak beli bluetooth tu.
saje tayang muka kt blog zik ni. :biggrin:
Amirez says
haha. tak jadilah nak beli camni 😛
Zik says
beli bluetooth dekat lowyat jerla..hehe
tehr says
‘bluetooth’ pakcik tu bukan yang asli 😀
apa2 barang pun mau yang asli, hapuskan cetak rompak!
Zik says
ada orang edit tuh.. hee
khairolghani says
kalau nak diikutkan.dah banyak device yg guna teknologi ni..memang menyenangkan berbanding penggunaan kabel..
Zik says
kabel2 nie macam lecehla… nak pasang… kalau hilang kabel.. adoi nak kena beli lagi…
ProfHariz says
Hahaha.. Saya bersetuju jika itu ada dimalaysia 🙂
RedBoys says
haha. lawak2
terbaik dr ladang tu. :biggrin:
Anwar Osman says
perghh… lagi baru. demmmmmm..
Zik says
terlatest nih… hehe
syahrilhafiz says
erk =_= mataku sepet kena bluetooth sama itu gigi..haha!
Zik says
erm sila pakai spek ya…hueww..
Ismail N says
so router kat rumah kawe tu boleh buang la lepas ni?
Zik says
boleh2….. dah boleh simpan dah router tuh..
samanosuke_04 says
………………………………………………………………………….
Zik says
_________ jugak.. hehe..
samanosuke_04 says
hehe titik2 tue bukan spam yerr… tue tande hampeh setelah baca post. hehe, sibbaik gambar pakcik tue besar.. aku baca sparuh jalan.. hohoho
Zik says
canggih manggih..ehheee
Rahsia Buah Pinggang Sihat says
Cis,terkena juga aku dengan teknologi blue-tooth ni,hehehe.Ko buat lawaklah bro.