Menjelang perayaan aidilfitri yang mulia ini untuk tahun 2019/1430M. Pada tahun lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathdir mengumumkan bonus kakitangan awam ialah rm400.00. Kurang seratus dari tahun 2017 seperti yang diumumkan DS Najib Tun Razak.
BONUS Kakitangan awam untuk tahun ini 2019.
KERAJAAN akan memberi bonus Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak memberi sebarang jumlah spesifik atau sama ada semua penjawat awam bakal menerima imbuhan itu.
“Akan ada bonus untuk penjawat awam. Kami akan umumkan nanti,” ujar Dr Mahathir kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas sambutan Hari Guru di Setia SPICE Arena di Bayan Lepas.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
turut meluahkan harapan agar kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam serta pesara menjelang Hari Raya Aidilfitri. – The Star.
PUTRAJAYA: Kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan seramai 800,000 pesara kerajaan akan turut menikmati bantuan khas berjumlah RM225 sebagai menghargai jasa perkhidmatan golongan itu.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pejabat Perdana Menteri berkata, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.
Pagi tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan memberi bonus kepada penjawat awam dan pesara sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
CUEPACS mohon bonus RM 500.00
Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara, selain sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu itu.
Sebanyak RM 450 untuk penjawat awam tahun ini, naik 50 ringgit .Oklah, ada naik sikit. Ya, selepas kerajaan Pakatan Harapan ambil alih, beberapa perkara yang harus dititikberatkan dalam mengatasi masalah hutang negara, masalah kleptokrasi dan juga beberapa mega projek harus difikirkan. Selain pihak kerajaan mahu kurangkan kos apa-apa yang tak patut itu. Cakap mesti mahu bikin, jangan cakap suruh kita berjimat cermat, tetapi kerajaan pergi buat itu ini buang duit .
BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN NEGERI.
Namun, begitu beberapa buat negeri telah mengumumkan bantuan khas bagi kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Ini mengikut kemampuan negeri masing-masing dan bajet khas mereka. Setiap negeri memang tak sama.
- JOHOR RM500.00 TARIKH BAYARAN, BELUM DITETAPKAN.
- KEDAH RM1000.00 , 30 MEI 2019
- KELANTAN, BELUM DITETAPKAN, TARIKH BELUM DITETAPKAN.
- MELAKA RM1000.00 , 23 MEI 2019.
- NEGERI SEMBILAN, SEBULAN GAJI ATAU MINIMUM RM 1000.00 15 MEI 2019.
- PAHANG RM 600.00, 24 MEI 2019
- PERAK , MINIMUM RM 2000.00 , ATAU SEBULAN GAJI, 16 MEI 2019.
- PERLIS, BELUM DITETAPKAN
- PULAU PINANG, MINIMUM RM 1,000.00 ATAU SEBULAN GAJI.
- SABAH RM500.00 TARIKH BELUM DITETAPKAN.
- SARAWAK RM500.00 23 MEI 2019
- SEALNGOR , SEBULAN GAJI(KAKITANGAN AWAM) ,DAN RM 1000.00 (PERSEKUTUAN)
- TERENGGANU- BELUM DITETAPKAN.
Leave a Reply