Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Bonus penjawat awam rm 400, rm 200 pesara kerajaan, tol diskaun malam raya!-DR M

Bonus penjawat awam rm 400, rm 200 pesara kerajaan, tol diskaun malam raya!-DR M

Zik · May 30, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

tun , tun mahathir, mahathir, pm, mahathir 2018,

Seperti mana yang telah dijanjikan. berikut adalah pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri kita yang baru nih ha. memangla ada kurang seratus berbanding tahun lepas. Tapi bila kenangkan hutang dan kos-kos yang lain agak tinggi. ianya bukan satu tugas yang mudah dan satu cara yang populis untuk mentadbir negara. Mesti ada yang tidak setuju dan tidak berpuas hati dan juga ianya menjadi satu isu besar dalam hal sedemikian.

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan.  

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di sini, sebentar tadi.

Kabinet turut memutuskan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar sama. Kita pun tak pasti nama dia akan tukar ke macam mana?? Katanya nak namakan BAHAM, apepun itu hanya gurauan nitizen . Janganlah terlalu serius sangat beb. Huhu

Perdana Menteri berkata, harga petrol RON95 akan dikekalkan manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran. Kita harap sangat turunlah minyak nih dalam masa terdekat. huhu

“Esok taklimat penuh akan dibuat Kementerian Kewangan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya bagi tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.

Ringkasannya adalah seperti berikut :

  1. Bantuan khas RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan.
  2. Bantuan sara hidup menggantikan BR1M akan dibayar 6 Jun ini.
  3. Pelaksanaan SST bagi menggantikan GST dilaksana mulai 1 September depan.
  4. Pembatalan HSR tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi, manakala projek MRT3 tidak diteruskan.
  5. Diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya pada dua hari sebelum hari raya.
  6. Program Permata dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan.
  7. Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.
  8. Harga petrol RON95 dikekalkan manakala RON97 diapungkan mengikut harga pasaran.
  9. Satu kumpulan ulama dan mereka yang berpengetahuan dalam bidang agama akan dibentuk bagi membincangkan peranan JAKIM.

Sekian terima kasih.

credit to bharian.

Share this on WhatsApp

Pengumuman berapa bonus penjawat awam 2018, bonus kakitangan awak 2018, bonus pesara kerajaan rm 200 2018, bonus raya 2018, bonus rm400 untuk kakitangan kerajaan 2018, bonus rm500 untuk penjawat awam 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    May 30, 2018 at 5:28 pm

    perkembangan yang sangat menarik…

    sebenarnta duit bonus tersebut boleh diberi pilihan..

    1,ambik untuk belanja raya

    2.masuk sahaja dalam tabung harapan negara untuk biayai hutang..

    sama juga dengan BR1M ..

    cuma kebanyakan penerima BR1M memang hidup terdesak untuk dapat duit dalam menampung kos hidup terutama musim perayaan

    Reply
    • Zik says

      May 31, 2018 at 9:16 am

      itulah keadaan sekarang sangat mendesak.. kita pun agak tercungap2 jugak… sebab tuh.. apa benda yang dibuat oleh kerajaan dahulu dan sekarang semuanya memberi impak.. cepat atau lambat..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.