Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Harimau Malaya sedia galas tugas sukar hadapi UAE

Harimau Malaya sedia galas tugas sukar hadapi UAE

Zik · Sep 8, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau malaya, harimau,

Satu perlawanan yang sukar buat pasukan harimau malaya bertemu dengan UAE hari selasa ini. Memang kita akui pasukan kita masih terlalu jauh untuk berdepan pasukan yang hebat ini. Namun kita tak boleh bagi laluan yang mudah untuk UAE dan jangan terlalu akui kita ini lemah.  Yang penting berikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat skuad kebangsaan hari selasa ini nanti.

Berhadapan pasukan dibimbing bekas jurulatih pasukan finalist Piala Dunia, selain kekalahan terbesar pasukan negara dan berkedudukan ranking keenam Asia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tan Chen Hoe dan anak buahnya kini bersedia menghadapi tugas sukar.

Langkah kanan harus diteruskan. 

Selepas mengatasi Indonesia 3-2, pada perlawanan pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di Jakarta pada Khamis, Harimau Malaya kini akan berhadapan kuasa besar bola sepak Asia, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Selasa.

Ketika kelayakan Piala Dunia yang lepas, Malaysia alami mimpi terburuk, selepas pasukan yang dibimbing Dollah Salleh tewaskan 0-10 kepada UAE di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi, pada 3 September 2015, satu kekalahan terbesar dalam sejarah pasukan kebangsaan.

Dollah kemudiannya mengumumkan peletakan jawatannya, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, keesokan harinya, sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Tidak cukup dengan sejarah tersebut, pasukan berkedudukan ke-65 dunia itu kini dilatih jurulatih Belanda, Bert van Marwijk yang membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010 (tewas 0-1 kepada Sepanyol, dalam masa tambahan) selain membantu Arab Saudi layak ke Piala Dunia Russia 2018, walaupun beliau meninggalkan pasukan dan membimbing Australia ketika Piala Dunia berlangsung.

Selepas dilantik sebagai jurulatih UAE pada Mac, jurulatih berusia 67 tahun itu, telah membawa pasukan itu untuk latihan pusat 10 hari di Salzburg, Australia, pada Julai dan latihan pusat di Bahrain, yang menyaksikan pasukan itu menewaskan Republik Dominican 4-0, dan Sri Langka 5-1.

Jangan fikir sangat rekod silam

Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982, 2-1, dan satu lagi kemenangan 2-0 pada Piala Asia 1980.

Selain daripada itu pasukan kebangsaan tewas dalam sembilan pertemuan lain dan seri sekali.

Bagaimanapun, Chen Hoe yang sedar dengan apa yang akan mereka hadapi, mengambil positif dengan pertemuan itu, dan merangka gerakan bertahan berbanding permainan menyerang.

“Rekod 2015 merupakan sesuatu yang agak sedih buat skuad kebangsaan, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kita kena bergerak ke hadapan. Kebanyakan pemain berbeza, jurulatih berbeza, tak boleh fikir sangat mengenai rekod tersebut.

“Melihat kepada keputusan terkini mereka, ia menunjukkan kualiti dalam serangan mereka, jadi kita perlu berhati-hati, terutamanya dengan pemain seperti Omar Abdulrahman (pemain terbaik Asia 2016) dan Mahmoud Khamees, selain pengalaman van Marwijk, saya percaya pasukan itu amat bersemangat.

“Saya sering mengingatkan pemain saya, jika kita mahu berhadapan mereka, kita perlu pertingkatkan prestasi dan fokus lebih daripada 100 peratus. Mulakan permainan dengan yakin dan perlu pendekatan terperinci di hadapan pintu gol dan tidak mensesiakan sebarang peluang menjaringkan gol,” katanya kepada wartawan ketika sessi latihan di padang Majlis Sukan Negara hari ini.

Cheng Hoe mengingatkan pemainnya untuk tidak membuang peluang di hadapan pintu gol lawan, kerana mereka mungkin tidak akan mendapat sebanyak peluang seperti ketika menentang Indonesia, selain mengambil maklum mereka telah memanggil lebih ramai pemain bawah-23 selepas Piala Asia 2019, yang menyaksikan mereka kalah 0-4 kepada musuh tradisi mereka Qatar, di separuh akhir.

Sementara itu, pemain pertahanan Matther Davies yang tidak diturunkan ketika kekalahan 2015, berjanji untuk memberikan saingan pada perlawanan Selasa dan berharap untuk mendapatkan sekurangnya satu mata.

“Saya masih ingat, ia perlawanan antarabangsa pertama saya, saya duduk di bangku simpanan dan hanya melihat perlawanan. Ia jelas satu kekecewaan kepada keseluruhan pasukan… tetapi, kini kami satu pasukan baharu, muka baharu dan saya rasa, ia memberikan banyak tenaga dan keyakinan kepada pasukan.

“Saya rasa kita perlu optimistik dan positif, jelas sekali ranking amat jauh, tetapi kami adalah satu pasukan yang bagus, kami perlu konfiden dengan keupayaan kami dan pastikan tugas terlaksana, berbanding bermain dalam ketakutan,” katanya.

– Bernama

MALATYSIA VS UAE PADA HARI SELASA INI JAM 9 MALAM, 10 SEPTEMBER 2019 . Jangan lupa.

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan laluan sukar malaysia vs uae, malaysia vs UAE

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.