• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Tahniah Melaka Maju 20/10/2010!

Tahniah Melaka Maju 20/10/2010!

Zik · Oct 20, 2010 · 25 Comments

Share this on WhatsApp

melaka maju, melaka 20/10/2010, melaka maju 2010, melaka bandaraya bersejarah

Ehem-ehem..

Salam, diucapkan tahniah kepada negeri Melaka yang telah berstatus negeri maju.

Dirasmikan oleh DS Najib Tun Razak perdana menteri kita yang merasmikannya dari PWTC (putra world trade center) melalui sidang video visual (dah canggih sekarang nie).

Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Perisytiharan itu dibuat tepat pada jam 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.

Najib ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu berkata, beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.

“Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut,” katanya.

Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.

Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.

melaka maju, melaka 20/10/2010, melaka maju 2010, melaka bandaraya bersejarah, melaka negeri maju, 20:10:10

Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Menteri Sarawak’ Tan Sri Taib Mahmud; Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M.Kayveas.

Tahniah diucapkan, ternyata bukan mudah untuk menjadikan negeri itu berstatus maju. Ternyata banyak pihak yang mengkritiknya. Namun harus kita semua berusaha untuk mencapai kemajuan demi negara tercinta.

Sumber metro.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman 20/10/2010, DS najib rasmi melaka maju 2010, melaka bandar bersejarah maju, melaka maju, melaka negeri maju, melaka negeri maju 2010, negeri melaka diistihar melaka maju

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. nash says

    October 21, 2010 at 12:06 am

    baguslah…akhirnya negeri kelahiran ayah aku menjadi negara maju….best pulak..
    hehehhehehehhee…. harap2 tiada rakyat miskin di negeri itu lagi..

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 9:55 am

      harapnya macam tuhla… huhu

      Reply
  2. kulanz says

    October 21, 2010 at 12:09 am

    kan bagus kalau semua negeri di malaysia ni berstatus negeri maju.. Malaysia pun boleh dapat status negeri maju..

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 9:55 am

      boleh… malaysia boleh… hee

      Reply
  3. dnoBiz says

    October 21, 2010 at 12:46 am

    Tahniah di ucapkan kepada seluruh rakyat Melaka, dan syabas kepada Yang dipertua negeri

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 10:02 am

      tahniah2… kepada melaka juga!

      Reply
  4. kami says

    October 21, 2010 at 2:25 am

    Tahniah pada orang2 melaka..
    lain bulan nk gi becuti kat sana le..hehe

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 10:05 am

      hehe… nak ikut…

      Reply
  5. tehr says

    October 21, 2010 at 4:38 am

    dah lama juga tak jenguk negeri bersejarah ni

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 10:05 am

      berapa tahun agaknya???

      Reply
  6. suffer8zine says

    October 21, 2010 at 8:58 am

    semoga Melaka terus maju!

    Terkini : Pancing ikan piranha gergasi

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 10:08 am

      harap bukan persekitaran jer maju…semua aspek kena maju tuh..huhu

      Reply
      • suffer8zine says

        October 22, 2010 at 10:34 am

        betul tu bro, mintak2 x de la lagi kaki2 mabuk tepi jalan tu

        Reply
  7. khairolghani says

    October 21, 2010 at 9:25 am

    lama tak pergi melaka..last time pergi hantar adik ipar ke MMU..semoga terus maju dan sukses kepada negeri Melaka

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 10:08 am

      owh… hurm kalau aku tiap2 tahun memang pergi melaka…sebab dah dekat pun dgn muar nie.. huhu.. dalam sejam jela…

      Reply
  8. Eizil says

    October 21, 2010 at 10:00 am

    Dah lama tak gi Melaka, dulu waktu aku tinggal kat sana rasanya waktu tu baru nak membangun, sekarang dah lebih 10 tahun meninggalkan Melaka, dah capai melaka maju nampaknya, tahniah buat negeri Melaka.

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 10:10 am

      lama juga tuh 10 tahun….

      Reply
  9. aktechpage.com says

    October 22, 2010 at 4:25 am

    Pernah duk Melaka selama setahun lebih…
    Kebanyakan rumah2 di perkampungan Melaka sgt bersih…
    Beshhh duduk Melaka, di sinilah aku belajar makan makanan yg pedas2..
    Harap dapat mengunjungi Melaka lg 😀

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 11:04 am

      asam pedas ker bro… huhu

      Reply
      • suri says

        October 23, 2010 at 4:16 pm

        kena den :pinch: gan ikan pari mmg best heeee

        Reply
  10. mancai says

    October 22, 2010 at 5:17 am

    senyum pak metua aku… ish2

    Reply
    • Zik says

      October 22, 2010 at 11:07 am

      wah mentua duk melaka ek bro…

      Reply
  11. suri says

    October 23, 2010 at 4:14 pm

    saya anak jati MELAKA!! :blink:

    Reply
  12. zezebel says

    October 23, 2010 at 9:19 pm

    Macam rasa nak pergi Melaka jer baca post ni. Hehehehehe…
    Tahniah melaka, dah maju tu, jangan asyik jem jer time cuti sekolah.

    Reply
  13. fendidahada says

    October 24, 2010 at 12:22 pm

    tahniah2…hehe..saya rakyat melaka amat bangga

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: