• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Personal / Tahniah, kepada semua Graduan Universiti Kuala Lumpur 2011!!

Tahniah, kepada semua Graduan Universiti Kuala Lumpur 2011!!

Zik · Oct 10, 2011 · 6 Comments

Share this on WhatsApp
majlis konvo unikl kali ke 8, konvo unikl kali ke 8, unikl konvo, konvo unikl 2011, majlis graduasi unikl 2011,

8 dan 9 haribulan 2011 merupakan tarikh yang bersejarah buat pemegang diploma, ijazah dan master, (phd pun ada, sikitla) buat pelajar Universiti Kuala Lumpur. Majlis Konvo ini diadakan di Putrajaya, PICC (putra international convention centre). Segala harapan ibu dan ayah selama ini mengharapkan anak-anak yang belajar di Universiti ini menggulung segenggam sijil bernilai akhirnya tercapai.

“Mahasiswa berkualiti, generasi terbilang”

Namun, disebalik kegembiraan itu, tersimpul beberapa persoalan dan juga beberapa perkara yang ingin diluahkan. Nanti dulu….

Suka duka perjalanan hidup seorang Mahasiswa.

Selain itu, suka duka seorang mahasiswa dalam menempuh dunia pembelajaran yang semakin mencabar, baik dari segi akademik dan juga sosial. Manakala dari segi persahabatan, tentunya ada macam-macam ragam. Ada yang ok, ada yang ko. Sedih juga ada  2,3 orang rakan seperjuangan tidak dapat menghabiskan pengajian, atas beberapa faktor darisegi akademik, masalah kewangan dan juga masalah peribadi.

Zikri Husaini tidak hadir konvo kali ke 8, 2011.

Tentu ada yang tertanya, atau tercari-cari mana pelajar tersohor, terbilang nih?? (haha perasan lebih). Ah, mungkin diaorang tak tanya pun, tak ambil tahu pun siapalah rakan-rakan universiti ini yang suka bikin onar, yang suka bergurau senda di facebook, dan juga seorang agak annoying di Campus ketika dahulu. Zzz.

Aku ada asalan tersendiri untuk tidak menghadirkan diri untuk turut bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Tidak mengapa, yang penting aku sudah habis tamat pengajian dengan jayanya, walaupun tidak cemerlang, dean list atau sewaktu dengannya.

Perjalanan ini masih terlalu jauh.

Sedarlah wahai para siswazah sekalian, cabaran selepas ini tak kira sebagai apa sekali pun. Ia bukanlah titik pengakhiran, tetapi adalah titik permulaan dalam perjalanan sebagai seorang pekerja. Kepada yang terus meneruskan pengajian, teruskanlah. Namun, bagi yang bekerja, ingatlah cabaran untuk bersaing dengan pekerja yang semakin intelligent dan bijak. Ditambah dengan pengumuman kerajaan dalam budget 2012, umur pencen dilanjutkan kepada 60 tahun, memberi sedikit tekanan buat fresh graduate untuk mendapat tempat di sektor pekerjaan ini.

Amanat yang ingin disampaikan.

Jangan lupa bayar pinjaman yer. Mara jer pun. Boleh mohon pengurangan pembayaran pinjaman di laman web mara.

Tahniah, tahniah dan tahniah!

Apa-apa sekali pun, diucapkan sekali lagi kepada semua graduan Universiti Kuala LUmpur dan juga Universiti- Universiti yang lain, tak kira awam atau swasta, kolej, tak kira sijil diploma, ataupun ijazah.

Bersambung… part 2. Gambar-gambar  awek dan macho’an  UniKL konvo. Hehe.

Azam: Master nanti, insyallah aku pergi konvo lah. 😛

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Personal amanat pelajar universiti kuala lumpur, konvo universiti kuala lumpur 2011, majlis graduasi universiti kuala lumpur 2011, universiti kuala lumpur

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. farhan says

    October 10, 2011 at 12:04 pm

    aku pun tak pergi jugak..nanti nak kena gi unikl ambik scroll..sapa rakan seperjuangan yg tidak dapat menghabiskan pengajian..konfius

    Reply
    • Zik says

      October 10, 2011 at 10:25 pm

      lu fikir lah sendiri..keh2… lah takkan tak kenal paan…

      Reply
  2. farhan says

    October 10, 2011 at 11:18 pm

    sapa Zik..tak pasti..mungkin aku tak kenal kot..

    Reply
  3. muhammad fakhruddin says

    October 11, 2011 at 8:49 pm

    Tahniah bro…moga cita-cita sambung belajar tu tercapai 🙂

    p/s: Tak nak sambung belajar ke tempat saya ni?

    Reply
    • Zik says

      October 12, 2011 at 12:00 am

      pointer tak berapa bagus… ingat nanti sambung master..pakai duit sendiri…

      Reply
  4. laila malam says

    February 7, 2012 at 7:50 am

    “Suka duka perjalanan hidup seorg mahsiswa..” —> LIKE

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: