Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Pengiktirafan orang muda dalam berpolitik (mahasiswa)

Pengiktirafan orang muda dalam berpolitik (mahasiswa)

Zik · Dec 11, 2011 · 14 Comments

Share this on WhatsApp

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/10/auku1.jpg

AKHIRNYA Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sentiasa hangat dan kontroversi di kalangan mahasiswa dipinda bagi memberi kelonggaran golongan itu berpolitik.

Pindaan itu ibarat satu kemenangan peribadi kepada mahasiswa yang selama ini berjuang mendapat kebebasan berpolitik dan lantang bersuara. Diatas desakan dan juga permohonan secara lisan dan bertulis akhirnya membuahkan hasil.

Beberapa persoalan.

  • Apakah dengan pindaan ini bakal membawa kepada dimensi baru kepada golongan itu bagi memartabatkan peningkatan minda mahasiswa terhadap perjalanan politik negara atau sebaliknya?
  • Atau apakah pindaan AUKU mampu mengembalikan kegemilangan zaman mahasiswa era 70-an yang gah dengan pelbagai isu dan perjuangan?

Namun bagi aku pindaan ini, mencerminkan keprihatinan pihak terbabit mahu melahirkan mahasiswa alaf baru yang peka, rasional, berani dan matang dalam menilai perjalanan politik dari mata dunia, bukan dalam negara semata-mata.

Ia memberi senario sebenar mengenai politik dari kaca mata mahasiswa, masyarakat dan individu. Namun, lebih penting ia memberi bimbingan kepada golongan itu dengan cara betul dan teratur.

Pindaan itu membolehkan mahasiswa lebih terbuka dalam mengutara atau terbabit dalam perjalanan isu politik negara selain merealisasikan hasrat mereka menjadi sebahagian kelompok masyarakat sebenar.

AUKU yang digubal pada 1971 dijadikan ‘senjata’ untuk mendiamkan mahasiswa daripada terus lantang mengkritik kerajaan atau dijadikan kuda tunggangan golongan berkepentingan.

Flash back.

Akta ini diusulkan selepas kegagalan Akta Universiti Malaya 1961 bagi mengekang peranan pelajar terutamanya pembabitan mahasiswa dalam pilihan raya 1969. Ironinya, AUKU sering kali dikaitkan dengan kebangkitan mahasiswa pada era 1960 an yang ketika itu terlalu lantang mengkritik dan berdemonstrasi.

Pada 1940-an, semangat berpolitik berpunca pengalaman mahasiswa dengan suasana Perang Dunia Kedua yang turut ditempuhi Tanah Melayu manakala kelantangan mahasiswa era 1950-an akibat pengalaman era kemerdekaan.

Era 1960-an dan 1970-an pula menyaksikan kebangkitan mereka didasari pengalaman bekerja sebagai guru pendidik di luar bandar sebelum melanjutkan pengajian di universiti hingga menimbulkan kesedaran nasional.

Adakah pindahan itu akan menyebabkan perkara sama akan berlaku, seperti dulu??  Apepun ,senario mahasiswa yang berlaku dahulu dan sekarang tak sama, kerana mereka berbeza era serta ideologi. Tapi tak mustahil akan berlaku satu perkara berbangkit yang menyebabkan mereka memberontak. Tetapi apa agaknya. Entahla..

“Dulu, kemungkinan untuk menyuarakan segala pendapat atau isu sangat terhad, hanya melalui medium tertentu saja mereka mampu menyampaikan idealisme. Masyarakat pada waktu itu mungkin juga tidak terdedah seperti hari ini”

Mahasiswa adalah barisan hadapan yang bakal mengemudi negara, mereka perlukan pengalaman bagaimana menjadi generasi pelapis. Jika semuanya disekat, ia sukar dicapai. Namun, mereka perlukan bimbingan dan khidmat nasihat kalau-kalau ada cara dan tindakan mereka itu salah.

Namun begitu, aku berharap sangat pindaan itu bukan gimik semata – mata bagi mengaburi pihak tertentu. Erk, pilihan raya pun dah nak dekat. Apakah ini jalan terakhir mereka untuk menarik golongan mahasiswa yang majoriti banyak juga peratusnya dalam negara kita.

INFO:

  • AUKU yang diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan Parlimen pada 17 Mac 1971 sudah beberapa kali dipinda pada tahun berlainan seperti 1971 (Akta 80) , 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550), 1996 (Akta A496).
  • Bagaimanapun pindaan yang dibuat pada 1975 paling ketara kerana ia melarang sama sekali mahasiswa terbabit dalam politik.
  • Kali terakhir AUKU dipinda pada 2009.

Sumber metro,

Share this on WhatsApp

Akademik auku, auku dimansuhkan, info perlawanan malaysia vs liverpool, mahasiswa di benarkan berpolitik, Pengiktirafan orang muda dalam berpolitik (mahasiswa)

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Harold says

    December 11, 2011 at 9:10 am

    Wah kemenangan ne,aku ne jarang berpolitik sangat,

    Reply
  2. akubiomed says

    December 11, 2011 at 12:26 pm

    Saya mempunyai riaksi yang bercampur campur mengenai pengubalan Akta Auku kerana zaman sebelum sebelum Merdeka gerakkan menentang penjajah kebanyakkan dikalangan mahasiswa yang berlajar di Mesir mendapat pendedahan dengan gerakan mahasiswa di sana.

    Zaman selepas Merdeka berbeza kerana ledakan teknologi dan sebagainya. Penglibatan mahasiwa didalam bidang politik perlu dilihat keperluan dan kebebasan bersuara didalam politik. Mereka ini pun belum layak mengundi dan baru hendak mengenali dunia.

    Ketika menjadi mahasiwa dahulu amat sensitif mengenai isu semasa pantang dijentik maklumlah darah panas kadang-kandang terikut perasaan hingga menepikan tindakan kewarasan.

    Apabila sudah melangkah alam pekerjaan dan menjadi ketua keluarga sudah mula kemantangan. Saya tidak mudah menerima sesuatu isu bulat-bulat yang kadang-kandang hanya lebih disebelah pihak sahaja. Sedangkan isu sebenar tidak diselesaikan tetapi dipanjangkan dan menjadi lebih teruk. Apa guna bertegang leher kalau masalah tidak selesai. Itu yang mengecewakan saya dengan keadaan sekarang kerana ramai yang cuba menunjukkan siapakah Jalak lenting padahal kaki sendiri terdedah togel.

    Reply
  3. b3njy says

    December 11, 2011 at 1:07 pm

    Rasanya ia adalah sesuatu yang baik kerana mahasiswa/siswi juga matang dan dapat memberi idea yang bernas kepada perkembangan politik di Malaysia.

    Reply
  4. b3njy says

    December 11, 2011 at 1:10 pm

    Pengubalannya yang menghadkan di luar campus adalah baik kerana campus adalah tempat untuk belajar. sekiranya di dibenarkan di dalam campus ia akan mewujudkan ketegangan jika ada 2 buah pihak yang menyokong lain2 parti menunjukan ketidakpuasan mereka di campus.

    Reply
  5. b3njy says

    December 11, 2011 at 1:11 pm

    Nampaknya kerajaan tidak dapat menahan desakan ini dan ia satu sikap keterbukaan yang lebih transperen.

    Reply
  6. b3njy says

    December 11, 2011 at 1:14 pm

    Pasal gerakan politik di sera 50an dan 60an Benjy tidak tahu sangat kerana tidak mengambil tahu sejarah pergerakan politik mahasiswa/siswi di era itu.

    Reply
  7. b3njy says

    December 11, 2011 at 1:17 pm

    Harap perjuangan politik yang akan diperjuangkan oleh mahasiswa/siswi lebih matang dan tidak melibatkan politik wang sebagaiman yang ada sekarang.

    Reply
  8. amirulfaiz says

    December 11, 2011 at 6:55 pm

    Moga niat mereka berpolitik, mendekatkan diri mereka kepadaTuhan. Itu matlamat yang saya kira paling utama. Moga tidak terleka dengan keseronokan berpolitik. πŸ™‚

    Reply
  9. Miss Yati says

    December 11, 2011 at 7:58 pm

    Berpolitiklah dengan bijak bukan memijak dan terpijak. πŸ˜‰

    Reply
  10. muhammad fakhruddin says

    December 11, 2011 at 8:25 pm

    Saya pernah menulis mengenai pendapat Dato’ Saifuddin Abdullah mengenai AUKU. Ebooknya bertajuk Jika Saya Mahasiswa

    Reply
  11. farahaznil says

    December 11, 2011 at 8:41 pm

    eloklah tu..ni salah satu cara untuk menarik balik muda mudi di luar sana dgn dunia politik di negara kita..kadang2…ada yang tak tahu pasal dunia politik langsung ! akibatnya..ada yg pki undi sahaja…kualiti anak muda skrng dlm pemikiran kritikal pun agak kurang..jadi kalau ada auku mungkin ada saluran lain yg boleh menyebabkan pandangan anak muda di dengar dan dilempar..contohnya melalui debat secara terbuka dan langsung di tv pun ok…

    Reply
  12. tehr says

    December 11, 2011 at 8:59 pm

    moga2 mahasiswa kita dapat menggunakan kelonggaran yang diberi dengan sebaik mungkin
    aku tak suka kecoh2 ni

    Reply
  13. ciksembang says

    December 11, 2011 at 11:42 pm

    Datok Najib sangat pandai mengambil hati..strategi nya mmg ada

    Reply
  14. bEe says

    December 16, 2011 at 2:55 pm

    Haiiissshhh dari berpolitik baik cari duit utk kesenangan hidup πŸ˜‰

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.