
Boleh dikatakan Bapa pembangunan Bola Sepak Negara.
Biarpun, negara kita prestasi bola sepak ada kala naik ada kala jatuh. Namun baginda sentiasa berdiri belakang bersama FAM dalam memberikan sumbangannya dalam badan bola sepak ini.
KUANTAN – Nama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah begitu ‘sebati’ dengan sukan bola sepak kerana minat yang terlalu mendalam menyebabkan baginda mengabdikan diri dalam pembangunan sukan bola sepak negara.
Sejak mula menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Ogos 1984, baginda tidak pernah jemu membangunkan sukan bola sepak, meskipun semasa skuad bola sepak negara menerima pelbagai kritikan. Dulu ultras memang lantang mengkritik FAM dan desak Presiden Letak Jawatan. 30 tahun dalam kegelapan bola sepak. Namun, Baginda tiada membuat sebarang press conference dan tiada media sosial untuk membuat sebarang bidasan apa yang mereka kritik.
Malah, dedikasi baginda terhadap badan induk bola sepak negara membolehkan baginda mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding untuk beberapa kali, antaranya bagi penggal 2001-2003, 2007-2010, 2010-2014.
Sebagai individu nombor satu di FAM, almarhum sentiasa optimis skuad Harimau Melaya dapat kembali ‘mengasah taring’ di persada antarabangsa walaupun perit untuk menerima kedudukan tangga ke-159 pada ranking bola sepak dunia pada tahun 2013. [Read more…] about Sultan Ahmad- Perginya pejuang bola sepak negara