Mampukah skuad Ong Kim Swee ini melakukan perubahan disiplin dan beberapa rombakan kecil dalam menempuh ujian kedua bertemu Thailand hari ini??
Semuanya akan terjawab petang ini nanti. Nantikan ulasan ringkas dari zikrihusaini.com. Penulis berharap juga perlawanan kedua ini perlawanan “mengutip mata” tak kira apa yang bakal berlaku. Sekarang berada di kedudukan2/3 sekadar berkongsi mata dengan Singapura berbanding indonesia selesa mengutip mata 3, mengungguli tempat pertama dalam carta setelah membelasah kemboja 6-0 tempoh hari.
Keputusan terkini :
MALAYSIA U23 [2] VS THAILAND U23 [1]
TAMAT PERLAWANAN
Jaringan:
- Baddrol Bakhtiar minit ke 24′
- Natarik minit ke 78
- Izzaq faris minit ke 85
Lineup malaysia U23 :
Malaysia U23 line up:
GK-Apek(Khairul Fahmi) , DF-Mahali, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Muslim Ahmad, MF- Baddrol Bakhtiar (Captain), Fandi Othman, Wan Zaharul (Kecik ), Irfan Fazail S- Muhd Nazmi Faiz, Syahrul Azwari.
Separuh masa pertama :
Minit pertama: Dah mula dengan pemain malaysia memakai jersey kuning dan pemain thailand memakai jersey merah. Satu pertembungan hidup mati sebenarnya. Muka ong kim swee resah gelisah beb. Serius pun ada. Muka coach thailand, cool jer.
Minit ke 2: Masih takda percubaan merbahaya. Malaysia menguasai perlawanan, tetapi agak kelam kabut.
Minit ke 3: Sepakan sudut buat thailand. Clear yang tak kemas dari fadhli.
Minit ke 5: Bahaya, malaysia diasak. Nasib baik muslim ahmad sempat slide bola tuh. Tetapi kaki pemain thailand kena muka dia. Injured dia.
Minit ke 7: Serangan awal dari malaysia. Arrgghhh tepat kepada keepernya lah pulak. Hantaran dari baddrol ke Sharul azwari.
Minit ke 10: Sepakan percuma buat thailand. Pemain malaysia dipersalahkan!!Cuak seyh.. 2.5 meter jarak dari kotak penalti. Harap kfc jaga dengan baik. Fuhhh nasib baik dia dapat tangkap, walaupun kali pertama dia terlepas bola tuh. Cayalah!!
Minit ke 13: Malaysia ada buat gerakan menarik. Wan Zaharul Nizam, tetapi apakan daya.
Minit ke 15: Alamak wan zaharul Nizam injured. Terlanggar pemain thailand. Secara keseluruhannya, pertahanan malaysia di paksa berkerja keras seawal 15 minit pertama.. tetapi ball possesion adalah seimbang.
Minit ke 19: Mahali Jasuli dilayangkan kad kuning.
Minit ke 21:Fandi membuat hantaran silang. Tetapi takda player sebelah kanan. Rugi2x. Azwari dipersalahkan, sepakan percuma buat thailand.
Minit ke 24: Baddrol bakhtiar akhirnyaaaaa. Mendabik dada dan membuat sepakan serong dan gollllll. Cantik bangit sihh!!
PEMAIN Malaysia Baddrol Bahtiar, meraikan gol jaringannya (credit to hariam metro)
Minit ke 26: Pemain no12 (thailand) membuat percubaan, nasib baik dia mengelabah!.
Minit ke 27: Wan zaharul !!! Apa cross macam tuh??? Peluang tuh bro.. Member dah sedia.
Minit ke 28: Alahhh terlepas peluang. Dah lepas perangkap offside. Mungkin dia laju sangat. Sapa namanya aku kurang periksa.(Sharul Azwari.)
Minit ke 32: Ball possession, malaysia setakat ini 58%, thailand 42%.Gogo cari lagi gol.
Minit ke 33: Bahaya hantaran dari konrkrit (thailand player). Bahaya, nasib baik kena tiang, satu tandukan merbahaya. Kalau terlepas tadi, fuhh. Sepakan sudut buat thailand.
Minit ke 34: Sedikit muka kelegaan buat ong kim swee (OKS), boleh dengar suara dia. “Come on, boleh lagi. Tinggal 10 minit” macam tuhla.
Minit ke 35: Nazmi faiz dijatuhkan. Pemain berumur 17 tahun nie. Pemain first timer dipanggil. Sepakan percuma disempurnakan oleh baddrol. Harap gollah!!! Alah tepat ke tangan keeper. Agak lemah, sepakan dia tuh.
Minit ke 38: Mohd Shas dilayangkan kad kuning. Apa nih, main elok sikit bro.
Minit ke 40: Gerakan merbahaya dari Konkrit nih. Nasib baik takda yang support. Bahaya defend agak terleka. Jangan leka lah please.
Minit ke 42: Peluang buat malaysia!!! Baddrol bakhtiar, hantar kepada fandi, dan fandi membuat cross dari tengah. Dan irfan fazail, aduk tanduk kurang kemas!!!! keeper thailand dah senyap jer tadi. Aduiiiii.
Minit ke 45: 1 minit masa tambahan. Fandi othman, kurang kemas hantaran. Sebelah kiri agak hidup… separuh masa pertama tamat!!!
Ulasan separuh masa pertama.
Biarpun pada 15 minit pertama, malaysia mula diasak hebat. Minit seterusnya malaysia mula mengatur serangan,dan juga beberapa peluang yang banyak sebenarnya harus ditajamkan lagi.
Pun begitu, pada minit ke 24, sentuhan baddrol badkhtiar hasil hantaran dari siapa kurang pasti. Ia benar-benar membuahkan hasil sepakan kencang dan lencong membuatkan penjaga gol thailand tewas.
Kebimbangan.
Sedikit kebimbangan untuk separuh masa kedua. Mungkin thailand akan membuat beberapa perubahan dan juga pemain malaysia harus melakukan percubaam though pass, dan jgua beberapa cross jika mahu dapat lagi gol. Dan juga dari segi pertahanan, tidak boleh mengharapkan muslim untuk bertahan, perlu ada beberapa perubahan dalam pertahanan dalam babak kedua.
KFC juga harus peka dengan percubaan yang biasa-biasa, kadang-kala ia membawa padah.Thailand banyak juga membuat percubaan jarak jauh, leret dan laju. Itu sebenarnya membimbangkan.
Separuh masa kedua.
Minit ke 45: Dah mula!!
Minit ke 47: Irfan fazail!!!Apa nih sepak kelaut. Malaysia agak garang. tetapi tidak boleh leka.
Minit ke 48: sepakan sudut buat thailand. Mereka mengasak. Sepakan sudut yang ketiga. Bahaya, mark semua orang wei.
Minit ke 50: Peluang!! Baddrol bakhtiar membuat sepakan kencang!! Jarak 40 meter, tetapi berjaya ditampan (dua kali tangkap bola). Pemain 17 tahun, nazmi injured lah pulak. Aduyai.
Minit ke 53: Bahaya pertahanan malaysia, peluang terbuka buat thailand. Nasib baik sepakan tinggi ke udara. Wah gurusamy dah masuk ganti nazmi yang injured tadi.
Minit ke 55: Beberapa pertukaran pemain dari thailand, natarid dibawa masuk.
Minit ke 56: Offside buat thailand. Nasib baik. Permainan mula nampak dikuasai oleh thailand sejak bermula separuh masa kedua. Apa yang terjadi. Gurusamy dipersalahkan, nasib baik tak kena kad kuning. Dia dah dapat kad kuning pertama perlawanan pertama.
Minit ke 58: Wan Zaharul!!!! Alah terkena tiang lah pulak. Satu percubaan yang menarik. Keeper thailand dah tertewas tadi. Sepakan sudut buat thailand dan berjaya diclearkan dengan mudah.
Minit ke 61: Wan zahrul nizam, sepakan yang terlalu lemah. Malaysia mula mengatur serangan. Diharapkan rentak ini terus macam ini. Fuhh, sharul azwari injured lah pulak. Dijatuhkan macam tuh jer. Dia banyak kali peluang tadi, cuma tak dapat support. Bola terlalu laju bila dia solo tadi.
Minir ke 66: Syahrul Azwari, peluang!!! hasil hantaran dari gurusamy. Ruginya, dah kosong kot. Mungkin dia injured, fakri sha’ri dibawa masuk menggantikan irfan fazail.
Minit ke 70: Possesion ball setakat ini, malaysia 36% thailand 64%. Dua peluang keemasan malaysia tidak dapat disempurnakan. Sangat rugi.
Minit ke 71: Wan zaharul buat apa tuh. Bawak bola sampai atas. Kena cross lah. Tackle merbahaya dari thailand. Tendangan sudut buat malaysia. Kena cari gol untuk kukuhkan kedudukan. Come on!!
Minit ke 73: Kelihatan coach indonesia ada dekat stadium sambil memegang pen, membuat homework nampanya mencari kelemahan malaysia dan membuat analysis. Sepakan sudut buat malaysia.
Minit ke 74: Ingatkan gol, wan azwari rupanya dah offside. Adui lambat kebelakang sikit jer.
Minit ke 78: Natarik dari thailand (pemain gantian) menyamakan kedudukan. Aduyai… 1-1 . Kealpaan tak jaga pertahanan dengan baik. Sob2x.
Minit ke 80: Offside malaysia. Apa yang terjadi nih. Aduh laluan semakin berliku.
Minit ke 81: Fakri Sha’ri sepak kena sisi pintu gol. Adui rugi. Izzaq fariq. Pemain thailand kena kad kuning.
Minit ke 85: Izaaq fariz !!!!!! Menjaringkan gol hasil hantaran dari baddrol. Satu turning yang baik!!! 2-1 Sekarang ini,cayalah…
Izzaq Faris Ramlan meraikan jaringan gol ke-2 Malaysia bersama K Gurusamy dan kapten pasukan Baddrol Bahtiar (credit to harian metro)
Minit ke 88: Malaysia mengasak !!! Dah banyak peluang…
Minit ke 90: 4 minit masa tambahan!!! Come on malaysia cari gol lagi.
Minit ke 93: Sharul azwariiiiii. terlepas peluang, sepakan menyerong. Sikit jer lagi. Aduuuuhhhhh.
Minit ke 94: Tamat perlawanan. Tahniah malaysia. Tangga pertama sekarang ini dengan 4 point.
Sekian terima kasih.
Kepada yang nak tengok gol highlights :
Segala update dan juga keputusan terkini akan bermula sebaik sahaja perlawanan bermula. Sekiranya ada tersilap info dan terlambat membuat ulasan, pihak zikrihusaini.com memohon maaf. Sekian terima kasih. (tamat perlawanan).
cr to sokernet.com
Bila nak start main? 😀
Petang ni jam 4.30 start main …
Zik ada live streming from TV 1 ke ? kalau ada nampak gaya kena curi tulang hari ni … hehehe
ada bro…
Tunggu keputusan harini…. kalau menang… impian boleh jadi kenyataan… tapi kalau kalah… memang pintu dah tertutup cuma belum di kunci lagi…
kita tunggu je… tgk game ape yg akan jadi…. samada ada perubahan atau sakadar di takuk yg lama….
ayuh harimau tunjukan kekuatan mu…..
yer betul tuh…
Hope boleh menang la, kalo kalah
mmg lagi susah la lepas ni.silap hari bulan
out tros..come on Harimau!!!
Boleh punya la, dia pon takot ngan kita..
jangan sia-siakan peluang macam lawan Singapore sudah la..
Kasi Score Gol BEBANYAK la Malaysia! 8)
Malaysia BOLEH
game dh mula ke belom?
bagi update skit..frust la camni xleh tgk live..
dah mula….
thanks for the updates..
hidup malaysia…..!!!
wahh, dah 1-0, good
mula dah si zik buat ulasan.
hanya di zikrihusaini je buat
macam ni.aku pun layan juga.heee.
Hah.. menang berapa?
Mula dah member ni. Layankan ko zik. X pernah lg aku jumpa… Hidup Malaysia !! Juruhebah pon terbaek! 😀
lain macam jer juruhebah..haha
Tanniah kepada skuad Harimau Malaya. Banyak peluang untuk mendapatkan jaringan gol besar ke atas Thailand.
hoho..tahniah malaysia. tahniah! izzaq memang kacak la!
malaysia menang ye..tak sangka..tahniah Malaysia!!
apa2 pun tahniah harimau malaya….
janji menang……..
Tapi sayang…. peluang banyak…. tapi takde luck….
Defend mcm biasa… tiba2 hilang fokus…. tiba2 kene bolos…
macam mana boleh kena 20sen… tak boleh terima aku…. tup2 senang gitu jer bolos…