

DRAMA BARU TIADA ARAH JODOH KITA, TV3
Ia merupakan adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Yeahh kali ini kita akan bertemu lagi Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson dan ramai lagi. Bakal menemui penonton bermula 13 Februari 2018, hari ini menggantikan drama kekasih paksa rela, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
Novel ini cukup famous, ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pengarah bagaimana ianya membawa kepada drama.
Penulis Asal Novel : Ezza Mysara
PENGARAH : Eoon Shuhaini
- Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
- Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
- Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
- Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
- Livonia Ricky sebagai Nur
- Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
- Azar Azmi sebagai Ain
- Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
- Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
- Farisha Irwayu sebagai Hajjah Mariani
- Nada Nur Syuhada sebagai Afina
- Airis Yasmin sebagai Wardah
- Rania sebagai Alisha
- Tajuk : Rahsia Tuhan, Ippo Hafiz (lagu baru)
- Kau takdir ku- Datuk Siti Nurhaliza.
Macam biasalah drama pukul 7 petang, klise semua tuh. Sini kahwin sana, sana tak mahu. Tinggal, rindu sayang benci balik semua. Last-last happy ending. Haha. Ianya berkisahkan tentang Afia Awliya yang tabah dan sabar dalam menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara, 5 tahun tuh.
Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada asalnya dia tak nak, biasala mula-mula kan. Tetapi apabila Afia sudah mula mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya yang tinggi mengunung, tiba-tiba jadi lebih. Entah apa jampi,(hael husaini) yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?
“Pia… kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.
“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya
“Dia sakit. Hidup dia tak lama…” Fayyad Syakir
“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” AfiaTapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati. Megat Aathif.
“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.
“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik.
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pulak.. kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?
“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir.
“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi… saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?’
Komen pembaca novel, mengenai novel ini.
Saya rasa tersangat emosi, buat penulis you memang nak kena sebab membuat saya rasa sangat dekat pada watak Afia. It’s like every emotion and feelings that she felt, saya turut sama rasa.
Pada waktu Afia rasa Wakeel ni seorang yang menjengkelkan, saya juga turut rasa yang sama. Macam saya nih tak boleh nak terima langsung watak Wakeel. But when she saw the other side of Wakeel, the real Wakeel and hati dia slowly boleh menerima Wakeel, my opinions of Wakeel changed as well.
Another thing that I find interesting is the chemistry yang Afia ada dengan semua watak. Good job! Tiada satu watak pun yang N rasa tak penting dan tak perlu untuk menggerakkan cerita.
It’s a long book, yes. But memang tak terasa panjang atau meleret sebab it’s really interesting and the pace juga senang untuk diikuti. Tiada babak-babak yang N rasa hanya ada untuk penuhkan mukasurat. Just when you think tak akan ada yang menarik lagi, penulis berjaya proved you wrong.
Personally, saya agak gobsmacked bila dapat tahu siapa sebenarnya Kak Aisha. Terkejut ada, meremang pun ada.
Nidea:
One of her best works. Mula2 tu rasa mcm merepek jugak bile Pia sanggup kawin ngan Keel kerana si payad. Lepas si Pia nampak sikap Keel yg baik dan dpt tau 3 perkara kenape Keel ni nak kawin ngan dia, baru lah dia berubah perasaan dia.
Touchin betol hidup rumahtangga both of them. Meleleh air mata, part pasal sketchbook, Durian & birthday si Pia. Walaopon si Pia dah tau Keel akan tinggalkan dia, dia cuba tabah. But wen faced wif his actual death, depression sets in. Masok lah watak kak Aisha & Thif. Mula2, ingatkan aisha ni pernah ade affair ngan thif dulu2, tapi sebenarnye….
Thif ni sorang yg beku, tak pandai main kata2.. tapi pencinta yg setia & tak give up.
I wud say umi hebat kerana dpt didik 2 anak lelaki yg almost perfect in their own ways.
Vogue mama farah :
Best of the Best novel!!! Tak menyesal baca..
Fayyad Syakir: BF pd Afia Awliya sebelum Fayyad ke UK 5yrs for studies. Teman akrab pd Megat Wakeel di overseas. Terlalu sgt mkn budi dgn Wakeel, sanggup offer Pia utk kahwin dgn Wakeel.
Megat Aathif: Angah yg garang and serious tapi penyayang tak tunjuk. Most of Aathif good character diteladani oleh si adik, Megat Wakeel. Mencintai Afia Awliya even b4 Wakeel and Pia kahwin.
Megat Wakeel: Perangai gila2 dan sweet sgt.. Suami idaman kot? Kahwin dgn Pia utk menjaganya bila sakit. Uminya ada sakit jantung jadi penyakit wakeel dirahsiakan daripada umi.
Afia Awliya(Pia): Seorang yg sangat tabah menjaga Wakeel ketika dia sakit walaupun isteri sementara. Bencikan Fiyad dan takut pada Megat Aatif yg garang..
Megat Wakeel & Afia Awliya
Tersangatlah menusuk kalbu dan tolong standby tissuebox bab air mata ni asyik mengalir jer nonstop. Dah bengkak mata ni..Emo betullah! Mulai dari part Wakeel & Pia hidup bersama sehingga la selepas si Wakeel meninggal. Wakeel si romantik yg fav dgr lagu hindustan sampaikan bila nyanyi tu boleh pulak tari ikut irama lagu, Siap senikata lagu tu translate mlayu lagi.
Pia layankan ajerr.. Semuanya untuk Wakeel yg menghitung hari akibat kanser pinggang.
Seriously sungguh pilu and touching bab mereka berdua ni…Megat Aathif & Afia Awliya
Aathif(Angah kpd Wakeel(bongsu) dah lama jatuh cinta dgn Pia even before Wakeel & Pia bersama. Aathif garang and serious orangnya..yerlah abg2 katakan tapi dlm hati ada taman Pia jgk.. heheee…
Haq raihanah:
SUPER DUPER BEST!!! <3
Ya Allah… dlm byk2 novel aku baca pd thn 2017 ni, TAJK lah yg plg sedih! ( î – î )
sampai part Wakeel takde tu… x payah cakaplah, nangis terus kut aku! bengkak mata2. sampai aku rasa mcm dah x sanggup nk teruskan pembacaan sbb sedih sgt.
aku baca dan terus baca, then aku terkejut bila kebenaran mengenai siapa Aisha itu terbongkar. tak sangka aku…
tak sangka aku yg Pia tu…..
Aathif memang baik. baik sgt. tp antara Wakeel dan Aathif, of course lah aku lebih suka Wakeel. dan sampai ke sudah aku tetap pilih Wakeel.
dan sekali lg aku menangis bila pembacaan aku dah nk sampai ending. nangis sbb wujudnya watak Wakeel yg baru dan perangainya lebih krg Megat Wakeel jugak!
Ras adibah:
Pendapat saya, kisah TAJK ialah hakikat tentang ajal dan jodoh. Kedua2nya rahsia terbesar Yang Maha Pencipta. Lambat atau cepat sahaja.
Saya suka jalan ceritanya yang banyak pengisian. Yang penting juga tidak rasa lelah untuk habiskan bacaan. Dan sungguh, saya memang tak sabar untuk sampai ke part Aathif dan Afia. Bukan bermakna saya tidak suka semasa Afia dengan Wakeel. Bagi saya Wakeel itu special case. Part dua orang ni memang sedih. Bertuah Wakeel diterima Afia. Dan tak sangka kehidupan pasangan ini terjalin begitu dan tidak begini. Erkk…
Afia memang terlalu berdikari sampaikan semua beban mahu ditanggung seorang diri.
Afia, Afia, Afia..
Andai dia sanggup berkorban untuk hidup dengan Wakeel yang sakit, jangan ingat orang lain pun tak boleh buat yang sama untuk dirinya.
Kan, Aathif? Aathif tu memang dingin dan beku tapi hatinya berlagu Siti Nurhaliza, bergitarkan Sheila On 7 dan berdetak irama dang dang dut. Hehe.
Haishh, apa pasal lah Kak Aisha menganggu-gugat hidup Afia? Tapi mendung itu tidak selamanya berterusan, kerana sinar matahari muncul jua.
Wakeel tetap di hati Afia. Aathif pula ialah kehidupannya yang sekarang. Fayyad? Dia ialah kenangan yang tidak semestinya perlu dilupakan. Kerana melalui Fayyad, Afia menemui kebahagiaannya yang sekarang.
Aathif kalau berjumpa dengan bestfriend dia si Hazim memang dua2 jadi sengal. Gurauan dua orang ni buat saya tergelak je. Pantang berjumpa ada je bahan nak kenakan antara satu sama lain.
Tahniah Ezza Mysara untuk kelahiran naskah ini. Moga naskah akan datang sentiasa lebih baik daripada naskah2 sebelumnya
Ella
Among all her novels, saya paling suka BCS. Followed by BASA & LUZ. Kira ni nombor 4 lah. Last baru AMR.Saya suka dgn watak Wakeel yg calm dan sweet. Saya juga suka dgn watak Aathif..Really beku, tegas dan laser tapi amat prihatin especially dgn Afia. A man of few words who cant express himself well. Rupanya, cinta dah berputik lama dulu. Agaknya, adik beradik ni, category lelaki idaman. Di didik dgn baik oleh ibu bapa mereka. Punya pendirian. Perfect in their own ways. Cuma Along je lah tergelincir sedikit.
Tak sangka ada cerita tentang Afia disebalik keceriaannya. Kalau Along yg kekwat dan amat membenci Afia tu tidak meroyan kerana gadis yg dipilihnya untuk Aathif ditolak bulat2, pasti rahsia tu tertutup kemas. Ada hikmahnya juga. Kalau tidak tak tahulah, berapa lama Afia harus tanggung bebanan tu. And Aathif mmg A class guy sanggup mengharungi bebanan yg dipikul Afia bersama. Im touch by both male character in Megat’s family.
Yg saya tak puas hati adalah watak Fayyad. Kehadiran watak ni rasanya tak diperlukan langsung sebab ia mcm ajinamoto. Tak letak dlm masakan pun tak ape. Rasa kuah tu tetap sedap. Datang begitu dan dihilangkan begitu saja. I mean mmg nak dijadikan permulaan cerita lebih menarik but berapa shot je..lenyap terus after a little conflict in the middle. Too minimal in terms of involvement. Ni ke namanya cinta suci Faayad kepada Afia..bila nak pergi oversea tolak gf ke Wakeel then came back after selesai untuk ambil Afia, then was rejected indirectly after that gone with the wind
- Afia – Tindak tanduk dia jelas. Jenis cakap lepas tapi apabila berkaitan dengan rahsia, dia tutup rapat mulut dia.
- Fayyad – Pergilah cari orang lain yang setaraf dengan kelulusan luar negeri awak tu. Ikut sahaja piawaian yang mak awak nak.
- Wakeel – Kebudak-budakan sangat biarpun dah jadi seorang suami. Agak kurang selesa sikit la dengan panggilan Ami yang dia gunakan tu. Ami? Dah macam nama perempuan la pulak. Heh
- Hazim – Sengal tahap babun. Hahaha.
- Aisha – Di buru mimpi ngeri. Fuh..!
- Aathif – Oh my hero! Akhirnya kau muncul jugak. Ayat sinis. Muka garang tapi kurang yakin untuk meluahkan perasaan. Mujurlah tak kena reject selamanya. Haha.
Selamat menonton drama ini hari ini jam 7 malam. kalau tak sempat boleh tengok di myzons.com. nanti kita akan update drama dia, ok!
credit to goodreads.com dan myinfotaip.com
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
[…] Sumber – zikrihusaini.com […]