Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh drama my coffee prince, fattah amin, jannah nick

Sinopsis penuh drama my coffee prince, fattah amin, jannah nick

Zik · Nov 29, 2017 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

my coffee prince,

Merupakan drama popular dari Negara Saranghae, Korea Selatan bertajuk ‘Coffee Prince’. Menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Ramai yang kecam bila si fattah amin berlakon untuk cerita ini, katanya tak sesuailah. Haha, itu ikut pengarahlah, nak buat macam mana. Itu rezeki dialah kan.  Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati , Roy Azman, dan ramai lagi.

Jumlah EPISOD : 28 episod
SKRIP : Fairul Nizam Ablah / Amar Amir
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
Senarai pelakon dan watak
  • Fattah Amin sebagai Raikal
  • Janna Nick sebagai Dani
  • Daiyan Trisha sebagai Ira
  • Sean Lee sebagai Jia Wu
  • Syafiq Ahmad sebagai Hadi
  • Faez Azemi sebagai Riduan
  • Fahrin Ahmad sebagai Amri
  • Diana Danielle sebagai Maryam
  • Ellie Suriaty sebagai Kalthom
  • Sharifah Shahira sebagai Zahara
  • Jasmin Hamid sebagai Khadijah
  • Zain Hamid sebagai Syukri
  • Ejoy Azari sebagai Ramli
  • Roy Azman sebagai Abas
LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick
Layan dulu the making of coffee prince, disebalik tadbir.

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Ia menceritakan tentang kisah hidup Dani (Janna Nick) yang bekerja keras untuk keluarga tercintanya, iaitu ibunya Zahara dan adiknya ira. kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Macam tomboy lah kan. Ira nih kira adik kesayangan dia yang selalu dia jaga dari kena buli. huhu..

Manakala Raikal (fattah amin) yang baru pulang dari New York dipaksa kahwin oleh neneknya, Kalthom. Raikal yang cuba mengelak dari kahwin mengupah Dani untuk memperdayakan semua calon pilihan neneknya. Dahla playboy, tapi macam watak yang tak mencabar la untuk raikal nih. Balik-balik orang kaya jer. Puii.

Sementara itu, Puan Seri Kalthom melabur dalam kedai kopi Encik Syukri dan menjadikan Raikal pengurus bersama. Raikal, yang tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya mahu tak mahu kenalah  terima tawaran tersebut. Tapi yang tak logiknya suara dani pun memang terang2 perempuan. Tapi nak buat macam mana cerita kan. huhu..

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal (hoi lu gay ke!) mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Identiti sebenar Dani akhirnya terdedah dan akibat daripada penyamaran Dani itu, hubungannya dengan Rayqal hancur musnah. Bagaimanapun, Rayqal cuba untuk memahami situasi yang memaksa Dani berkelakuan sedemikian dan akhirnya memaafkan Dani. Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Kalthom telah menyebabkan mereka kembali berjauhan. Biasalah dalam perhubungan macam ini mestilah ada orang ketiga. huhu..

Plot,
Dari segi plot cerita ini,bagaimana ia menggabungkan dari setiap plot ke setiap plot, menjadikan satu cerita ia bukan sesuatu yang mudah banyak berada di cafe kedai kopi diaorang tuhla.  daripada permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Semua ada di cafee, tapi tempat lain pun ada jugak. Sebab ia menjadi nadi kepada tajuk dan cerita ini.
Dani diantara maruah dan wang yang perlu dicari. Dia tiada pilihan lain , selain untuk menyara kehidupannya  (kotmitmen bulanan) dan keluarganya.
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment my coffee prince, senarai pelakon my coffee prince, sinopsis akhir, sinopsis drama my coffee prince, sinopsis penuh drama my prince coffee

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. encikhafiz.com says

    November 29, 2017 at 10:05 am

    Assalamualaikum zikri, masih tak berubah theme ni. kita sala lah. hehe. selamat berkenalan

    Reply
  2. Anuar says

    November 29, 2017 at 3:27 pm

    Fattah Amin lagi.. Memang terbaik cerita ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.