PENGANTIN SATU MALAM
Drama adaptasi novel Pengantin Satu Malam karya Sophiliea mengisahkan Zulaikha (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibunya atau maruah dirinya.
Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tak senonoh majikannya. Adi teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan ibunya pula sakit dan memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi.
Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati, Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya.
Zahred yang membenci wanita dan Zulaikha pula terdesak hingga terpaksa mengorbankan masa depannya kerana satu malam yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Nantikan drama adaptasi novel ‘Pengantin Satu Malam’ karya Sophilea di slot Akasia TV3. Menyaksikan gandingan pelakon Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd arahan Eoon Shuhaini. Akan datang pada bulan Ogos nanti.

 Jumlah EPISOD : 28
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Sophilea
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : A10 Alliance Sdn Bhd

Senarai PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu.

Pelakon dan Watak.
  • Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
  • Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
  • Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
  • Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
  • Edika Yusof sebagai Dato Haris
  • Norish Karman sebagai Datin Roziah
  • Mustapha Kamal sebagai Zakaria
  • Susan Manen sebagai Asiah
  • Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
  • Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartin

OST PENGANTIN SATU MALAM

Ost drama berjudul Satu Malam dinyanyikan oleh Qody Rany. Dia merupakan Big Stage Musim 3 tahun 2020. Sebelum ini dia masuk mentor Millenia, under Black Hanifah. Lagu ost dia yang hit sebelum ini ialah Dia.

Lagu | Qody Rany – Satu Malam (OST Pengantin Satu Malam)

TONTON ONLINE DRAMA PENGANTIN SATU MALAM.

Sekiranya anda terlepas untuk tonton drama Pengantin Satu Malam boleh tonton episode penuh dengan steaming di iQIYI Drama Pengantin Satu Malam. Kena bayarlah sikit. hehe