

Ia berkisahkan tentang retro zaman 90 an. Cerita mamat khalid dia banyak cerita tahun-tahun yang dulu. Kejayaan dia paling best cerita dia ialah hantu kak limah tahun 2018 dua tahun yang lepas. Kisah ini mengimbau lagu-lagu popular dalam tahun 90 an. Mungkin generasi yang sekarang ini tak tahu ini lagu apa.
Ada juga lagi arwah pak jabit masa ini.
Manap Karaoke mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.
Banyak dugaan yang akan ditempuhi Manap sepanjang filem ini, yang pasti anda tidak akan kering gusi menontonnya. Masa kecil, dibelakang rumah pak jabit, tiba-tiba ada budak kecil menangis. Kiranya manap ini anak dibuang oleh ibu bapa dia tak tahu
“‘Manap Karaoke’ ialah sebuah filem komedi sarat dengan mesej positif yang boleh diambil sebagai teladan.
“Ia juga bertepatan dengan tema ramadan Astro ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’.
“Astro Shaw untuk kali ini mempersembahkan sebuah filem yang ada nilai hubungan persaudaraan serta mampu mengembirakan dengan lawak jenaka yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat,” katanya.
Dibintangi oleh Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen, Ropie dan ramai lagi, jangan lupa untuk mendapatkan filem yang dinanti ramai ini di Astro First, saluran 480 mulai jam 12 tengah malam ini, kita karok sampai lejun!
‘Manap Karaoke’ karya Mamat Khalid untuk mereka yang stres dan bosan di rumah – “Masa paling sesuai hiburkan penonton”.
Justeru itu, pengarah terkenal Mamat Khalid tampil dengan filem pertama yang ditayangkan di televisyen berjudul Manap Karaoke.
Menurut Mamat, penghasilan filem tersebut diharap dapat memberikan hiburan kepada penonton dan mengubati kerinduan masyarakat Malaysia terhadap filem berkualiti seperti yang pernah ditonton di panggung wayang.
“Keistimewaan filem ini bukan sahaja tertumpu pada penceritaan dan watak semata-mata, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an yang masih popular hingga saat ini.
“Saya anggap ini adalah masa yang sesuai untuk tampilkan filem komedi dalam keadaan sekarang, pasti ada di antara kita yang risau, tertekan mahupun kebosanan, jadi saya harap karya ini dapat menghiburkan dan memberi semangat kepada penonton dengan jenaka dan lagu-lagu yang boleh membuat mereka menyanyi bersama.
Penonton akan terhibur dengan pelbagai adegan lucu dalam filem ini.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw yang meletakkan kepercayaan pada karya ini untuk dipersembahkan kepada penonton ketika tempoh PKP ini. Ini juga adalah khas buat penonton dan peminat yang rindukan karya saya di pawagam,” katanya.
Filem Manap Karaoke mengisahkan Manap yang mendapat idea membuka pusat karaoke bergerak. Pelbagai insiden lucu berlaku termasuk rasa tidak puas hati pesaingnya, Rauf Bogiba dip aparkan dalam filem ini.
Manap Karaoke membariskan pelakon terkenal seperti Joey Daud memegang watak Manap, Pekin Ibrahim (Rauf Bogiba) dan Mona Allen (Jamizan), akan mula ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 7 Mei ini.
Filem ini beri kepuasan sama seperti menonton di pawagam.
Sementara itu, Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, menonton wayang dari rumah merupakan salah satu norma baharu di Malaysia semasa PKP.
“Corak tontonan rakyat Malaysia berubah sejak PKP, banyak aktiviti di rumah dihabiskan dengan menonton televisyen. Mereka dahagakan filem-filem yang berkualiti dan segar, oleh itu kami sentiasa berusaha untuk membawakan kandungan yang terbaik buat penonton Astro ketika tempoh PKP ini.
“Manap Karaoke adalah sebuah filem komedi yang sarat dengan mesej positif yang boleh diambil sebagai teladan. Ia juga bertepatan dengan tema ramadan Astro ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, di mana Astro Shaw mempersembahkan sebuah filem yang ada nilai hubungan persaudaraan serta mampu mengukir senyuman serta mengembirakan dengan lawak jenaka yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat,” ujarnya.
Tonton Manap Karaoke : (tayangan Perdana).
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply