• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif arahan Mamat Khalid (sinopsis)

Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif arahan Mamat Khalid (sinopsis)

Zik · May 23, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif arahan Mamat Khalid. Telefilem ini dijangka menemui anda pada hari 17 Ramadan dan ditayangkan secara eksklusif di Astro First.

Telefilem 17 Puasa di Astro First Eksklusif

Selepas beberapa bulan dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU) akibat sakit dada dan batuk, pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra dipanggil Mamat Khalid kembali berkarya. Secara totalnya karya-karya, mamad khalid semuanya ada isi dan ada mesej yang tersirat tanpa kita sedari. Antara kejayaan yang paling manis dalam kerjaya seni Abang mamat Khalid ini ialah Hantu kak limah yang mencapai kutipan boz office tuh. Hampir 32.5 juta.

17 PUASA MAMAT KHALID 2019. 

Mamat menerusi muat naik video di akaun Instagram peribadinya mengumumkan telefilem terbaharunya yang bertajuk “17 Puasa”.

Telefilem tersebut merupakan sebuah telefilem komedi arahan dan tulisan Mamat Khalid yang dibarisi oleh beberapa pelakon antaranya Sabri Yunus, Aziz M. Osman, dan Nasrizal Ngasri.

Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan beberapa pelakon sedang menunggu juadah ‘berbuka puasa’ seperti mana mereka lakukan pada 16 Puasa sebelum ini.

Antara yang kelihatan termasuk lah Aziz M.Osman, Mohd Sharwani Hamad Hadi, Ngasrizal Ngasri dan beberapa lagi pelakon lain.

SINOPSIS TELEFILEM 17 PUASA. 
17 puasa mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung atau dipanggil geng plastik hitam yang gemar ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga masing-masing. Mereka akan berpakat makan beramai-ramai di siang hari dan kebiasaanya kedai makan Ah Hok menjadi tempat utama mereka membeli makanan. Nantikan Ramadan ini.

 

Bagi yang faham dengan jiwa Mamat Khalid, filem ini tak lari jauh pun daripada konsep yang selalu beliau bawakan. Banyak unsur sarkastik, lawak menyindir tetapi padu dan of course memang pecah perut. Tengok barisan pelakon pun boleh agak.Nama seperti Sabri Yunus, Aziz M Osman dan Bell Ngasri tak perlu diperkenalkan lagi dah. Mereka ini yang menjadi watak utama dalam cerita ini.

Telefilem ini boleh diklasifikasikan sebagai filem umum. Semua lapisan umur boleh tengok telefilem ini. Content telefilem ini pun agak ringan dan santai tetapi dalam masa yang sama ingin sampaikan mesej yang besar kepada penonton.

Telefilem yang sarat dengan pengajaran ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.

Untuk pengetahuan ramai, telefilem ini juga merupakan kesinambungan daripada filem 15 Puasa (2004) dan 16 Puasa (2017).

Sebelum ini, 16 Puasa pernah ditayangkan saluran Astro First Eksklusif pada 8 Jun 2017 dan dipertontonkan buat pertama kali di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 2 Jun 2018.

Seperti kebiasaan, ramai peminat yang tak sabar menanti buah tangan terbaru Mamat selepas menonton video terbabit.

Gambar Pelakon

 

 

 

 

Jangan lupa menyaksikan kisah kelakar ini dalam telefilem 17 Puasa, bermula pada 17 Ramadan nanti di Astro First yer. Tengok dilaluan yang sah yer. Haha.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama 17 puasa, 17 puasa drama 2019, 17 puasa kbergetar, 17 puasa pencuri movie, live streaming 17 puasa 17 puasa mamat khalid, senarai pelakon 17 puasa, SINOPSIS 17 puasa, sinopsis drama 17 puasa, telefilem 17 puasa, tonton online 17 puasa full 2019

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: