Hantu kak limah 2018!
Movies ini menjadi satu fenomena baru , membawa genre seram komedi sudah tentunya ianya satu karya yang lain dari yang lain. Sentuhan jiwa mamat khalid memang sentiasa tidak menghampakan penonton. Ramai yang kebanyakkan memberi komen yang positif. Negatif pun ada juga. Tetapi ianya mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam masyarakat ini biarpun cerita ini tidak memerlukan teknik cgi yang tinggi. Kekampungan, tetapi ada maksud yang terlalu mendalam untuk kita fahami.
Biarpun ianya menjadi kecaman, sebab katanya ada sedikit unsur arwah seniman, p. ramlee punya cerita.
HANTU KAK LIMAH KUTIP BOX OFFICE, padam rekod abang long padil2.
Hantu Kak Limah terus sekali lagi melakar sejarah sebagai filem melayu paling berjaya dari segi kutipan apabila memungut RM20.5 juta hasil jualan tikat dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.
Pencapaian itu sekaligus memadam rekod filem Abang Long Fadil 2. Sebelum ini Abang Long Fadil 2 menjadi produksi paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia dengan kutipan RM19.04 juta selepas ditayangkan selama 28 hari.
Jumlah kutipan jualan tiket Abang Long Fadil 2 – filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu – merangkumi kutipan ditayang di Malaysia, Singapura dan Brunei.
“Hantu Kak Limah catat sejarah tangga pertama box office Malaysia, RM20.5 juta. Terima kasih Malaysia,” ciap Astro Shaw di Twitter sebentar tadi.
Ini rekod keempat dilakar filem di bawah arahan Mamat Khalid yang diterbitkan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu sejak ia ditayangkan di pawagam bermula 9 Ogos lalu.
Terdahulu, filem dibarisi pelakon seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, allahyarham Rab Khalid dan Uqasha Senrose itu mengutip RM13.6 juta untuk minggu pertama ia ditayangkan.
Pada hari pertama ia ditayangkan, filem komedi seram itu berjaya memperoleh kutipan RM1.8 juta di pawagam.
Hantu kak limah 2018 full movie
Penerbit eksekutif Hantu Kak Limah Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan syukur dan terima kasih selepas membuat status di Twitter.
“Kami termasuk Mamat Khalid berterima kasih buat rakyat Malaysia, Brunei, dan Singapura serta rakan media dan rakan pemamer yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem Hantu Kak Limah di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman,” menurut satu kenyataan.
Baca juga Dua ‘per’ tentang Hantu Kak Limah
Filem berlatarbelakangkan Kampung Pisang, sebuah lokasi rekaan itu masih rancak ditayangkan di sebanyak 146 pawagam.
Ia turut membariskan pelakon-pelakon lain seperti, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Karya terbaru Mamat itu merupakan filem keempat membabitkan kisah Kampung Pisang selepas Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Sinopsis hantu kak limah 3 2018.
Ia Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati. Hantu kak limah full movie.
Kak limah mati weii!!
Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.
Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.
Hantu kak limah mengganas!!
Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.
Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Roh tersebut telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini. Nor Aini merupakan adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. Mereka berkahwin tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian.
Punca Kak limah dibunuh?
Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya ke dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah. Ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah meninggal dunia. Ayah bunian (Mustaffa Din) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Nor Aini pulang ke pangkal jalan. Keesokkan harinya, Nor Aini bersama-sama tiga rakannya yang lain telah mengingkari arahan ayahnya dan turun ke alam manusia sekali lagi untuk mengganggu Husin, Wani, Khuda dan Yeh.
Senarai pelakon :
Pelakon utama
- Awie sebagai Husin
- Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
- Sharwani NS sebagai Wani
- TJ Isa sebagai Khuda
- Delimawati sebagai Kak Limah
- Zul Ariffin sebagai Solihin
- Uqasha Senrose sebagai Puteri Bunian
Pelakon undangan
- Mus May sebagai Bapak Bunian
- Ropie Cecupak sebagai Nayan
- Pekin Ibrahim sebagai Musalman
- Jue Aziz sebagai isteri Wani
- Sabri Yunus sebagai Ketua Kampung
- Ziema Din sebagai Rokiah
Penampilan khas
- Erra Fazira sebagai Wati (tak habis-habis wati dari zaman sembilu.)
- Dato’ Seri Vida sebagai Datuk vida, muah-muah …
Tonton online hantu kak limah full movies disini:
Maksud TERSURAT DAN TERSIRAT movie hantu kak limah 3 :
14. Dialog last sekali lepas tribute untuk watak-watak yang sudah pergi. Rugi siapa yang angkat punggung cepat sangat sebelum cerita ini betul2 habis.
“Nak tahu kenapa orang Melayu tak maju-maju?”
“Kenapa”
“Tengah serkup arang pun sibuk cerita benda yang dah lepas”.
Dalam dunia seni di tanah air kita, Mamat Khalid adalah nama besar dan satu sosok yang sangat dihormati. Jika ada yan menuduh filemnya sebagai ‘sampah’. Silalah tulis butirannya, saya mahu baca. Mungkin ada sampahnya, atau kurangnya,tetapi jangan terus melabel karya mamat kahalid ini sampah terus.
Cuma saya nak bagitau, mungkin anda dah ‘silap orang’. Renung-renungkan dan selamat beramal semua. Adios..
[…] juga hantu kak limah movie online facebook […]