Arahan oleh along kamaruddin.
Cerita ini mengisahkan seorang wanita bernama alia( julia ziegler), berstatus janda punyai sebuah syarikat jual keretalah. Dia ada seorang anak perempuan yang bernama tasya. So macam mana dikembangkan cerita ini. Apabila malik merupakan sepupu ezril yang merekemenkan kerja jurual (salesman) kepada alia. Alia setuju mengambil ezril (syukri yahya) menjadi pekerjanya.
Ezril perwatakan yang baik, serta kacak orangnya. Menjadi tarikan alia untuk menjadi rapat dengannya. Sepupu dia malik nih macam tak berapa setuju dengan hubungan mereka ini. Termasuklah anak alia ini, tasya. Dah mereka berdua nih dah macam belangkas, cinta bagai nak rak. Sebelum kahwin pung pang janji taat setia. Semuanya sweet jer. Kentut pun bau wangi. Sehinggalah satu hari , alia menyatakan isi hatinya mahu ezril mengahwininya. Dah terbalik pulak. Si ezril pada awalnya menolak lamaran itu kerana belum sedia dan rasa dirinya tidak sempurna, layak. Si juliana nih kiranya gf ezrillah. Dah frust bila tahu ezril mahu kahwin dengan alia. Ezril anggap dah macam adik sendiri si juliana tuh.
Tetai alia berkeras mahu juga mengahwininya. Anaknya melarang kerana anaknya dan alia yang tahu masalah dalaman menimpa alia. Sebab alia ini ada sakit mental, disebabkan oleh suami yang pertama pernah memukulnya dengan teruk. Alia sebelum itu juga ditimpa kemalangan bersama ayahnya meninggal. Alia cuma koma sahajalah.
Mahu tak mahu dah kahwin pun diaorang nih. Pada awal bulan pertama oklah takda masalah. Lagipun alia makan ubat. Cuma time dia tak makan ubat, dia dah jadi balik sakit histeria dia tuh. Pagi tuh dia jadi meracau marah ezril. Ezril jadi pelik tak tahu apa salah dia menjadikan isterinya meracau tak tentu arah. Bila masuk kerja, si alia jadi macam biasa, ezril tanya pasal pagi tuh dia terus tukar topik.
Namun semuanya terbongkar apabila ezril ada baca surat rawatan alia di biliknya. Dan terus pergi ke hospital dapatkan kepastian sakit apa yang menimpa isterinya itu. Kadang-kadang makin teruk sakitnya di tempat kerja pun kena serang lagi dia punya histeria tuh ha.
Ada satu hari dia dukung baby kecik masa tengah entertain bakal prospek di showroom. Tiba-tiba di rumah, alia dukung baby anak patung , disangkakan anak betul. Sebagai suami, ezril tabah dan melayan juga apa yang berlaku.
Klimaks.
Ketika itu, alia ditahan ward kerana sakitnya makin kronik. Dia bermimpi ezril tinggalkan dia dan berkahwin dengan juliana. Dia tersedar, habis lari dari hospital. Cari juliana dan bawa juliana ke rumahnya. Sampai rumah dah nak bunuh. Mujurlah sempat selamatkan. Kena hantar wad, lepas tuh barulah tasya bagitahu dari a sampai z kenapa maknya jadi macam tuh. Yang pasti ezril tetap sayang isterinya kerana ia adalah mahar cinta alia…. Habisss doohh
Leave a Reply