Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis kerana Dia Manusia Biasa, Syukri Yahya Emma Maembong

Sinopsis kerana Dia Manusia Biasa, Syukri Yahya Emma Maembong

Zik · Jul 24, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
kerana dia manusia biasa,
Menggantikan drama Mimpi sabrina (ganti pada hari isnin-khamis jam 2 petang). Merupakan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan  gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman.
:KERANA DIA MANUSIA BIASA
15 Episod, bermula pada 24 julai 2019, masa 10pm. di tv3.
WATAK PELAKON 
  • Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
  • Emma Maembong sebagai Nurin Aira
  • Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
  • Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
  • Mimi Ernida sebagai Suraya
  • Zera Hariz sebagai Najwa
SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan (Syukri yahya). Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.
Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.
Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.
Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Sinopsis dari Novel. 
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?
Komen pembaca novel ini :
Sebuah cerita yang sarat konflik. Kecekalan Nurin Aira yang terpaksa menjaga seorang bayi. Kedengaran agak klise, akan tetapi bila dah baca bab demi bab, karya pertama tulisan Wan Nur Najihah ini harus diambil perhatian. Cara penulisan yang jujur dan cermat!

Mengetengah kisah persahabatan (Nurin Aira, Suraya dan Najwa), kisah suami dan isteri (Tengku Shamil dan Aishah). Ia dianyam dengan begitu baik biarpun ada satu situasi yang agak kurang logik berkaitan penculikan bayi dalam novel ini. Pada penghujung cerita, plot twist menanti! Biarpun tajuk nampak biasa, namun saya berani jamin, keseluruhan cerita ini menjadikan cerita ini luar biasa dari segi penulis merancang plot dan menulis sehingga ke perkataan tamat!

Wan Suraya Nadia.
Setiap manusia tidak sempurna, kerana kite manusia biasa..
Kemunculan Alia secara tiba2, mengubah terus status Nurin Aira menjadi seorg ibu.. bayi itu diserahkan oleh Nora kpd Aira utk dijaga sementara, tpi dimane silapnya.. hingga Alia berusia 5thn Nora tidak pernah muncul2 utk mengambil anak itu. Tekad Aira jika Nora menuntut Alia suatu ari nnt, dia tidak seskali akan menyerahkan..kerana syg ye pada Alia sehabis nyawa..
Kehilangan seorg isteri yg dicintai krn kes ragut, mmbuatkan Tengku Shamil berdendam dgn si perlaku itu..dendamnya harus dibalas walau dia tahu si peragut telah meninggal dunia..
Shakira punye adenga sndiri, Shamil harus mnjadi milikkinya.. tapi, kuasa tuhan yg mentukan sglanya..rancangan utk dia ditangkap basah bersama Shamil menjadi sebaliknya bkn dia, tapi Aira yg terkane.. Aira yg hanya mengikut kwn baik dia Suraya ke program syarikat Shamil hanya mampu mengalirkan airmata dgn nasibnya saat itu.. Kata putus dibuat oleh ibu Shamil, mereka harus berkahwin..
Perkahwinan berlangsung tanpa kerelaan yg ikhlas dri hati, Shamil yg masih berdendam pd peragut isterinya melepaskan segala marah pada Aira krn Aira adalah kakak kpd peragut itu.. Salah yg dibuat oleh Nazim, terpaksa ditanggung oleh Aira mcm2 yg Shamil buat tuk seksa Aira..
Nak tahu ape yg jdi pada Nora? Btul ke Alia tu anak Nora? Sejauh mane dendam shamil pada Nazim akan dibalas pada Aira? Selamaya ke hidup Aira terseksa? Apelagi onar yg dibuat oleh Shakira?
Semua terjawab dalam novel pergi bace sndiri..
Byk lagi watak2 yg ade, tpi tak mampu nak tulis, kang jdi panjang berjela2..hihihi..
Novel ni berjaya buat ku tak senang duduk, nak tahu ape yg terjadi lagi dan lagi hingga tamat..
Suke dgn persahabatan Aira, Suraya dan Najwa, kwn susah senang bersama..
Jalan cerita yg baik, tak terlalu sedih tapi tetap memainkan emosi..
Tahniah penulis, hasil pertama yg menarik dan best..
Wan Shazat:
cerita ni meleret2. boleh dimaafkan sebab penulis muda, baru 1st novel.

cumanya:
1) tak berapa gemar dgn watak Aira yg sgt suka berangan
2) tak logik la syamil tak tau isteri dia perawan bukan janda. naif sungguh utk seorang duda. zzzz
3) senang je Aira maafkan Syamil.. lembut hati sungguh..

W sya.
Kisah kahwin tanpa cinta, kawin selepas nikah atau seumpamanya memang menjadi pilihan penulis novel, tapi bagi aku cara pengolahan yang baik yang akan memberi impak pada sesebuah novel…Kisah si gadis, namanya Nurin Aira, dan si rajanya Tengku Shamil Zaquan(aku membayangkan muka suami kawan aku, sebab nama dia sama, tapi figura tak kot, haha) dinukilkan di atas sebuah novel.Permulaan yang sangat best ditambah jalan penceritaan yang baik, tetapi di pertengahan aku seakan berada di atas kapal sambil menunggu bot penyelamat (hiperbola sungguh!?) .Aku tidak mahu bercerita lebih, baca dan hadam dulu ya.Overall, novel ini boleh dibaca,dan aku yakin untuk next novel, pasti jalan penceritaan lebih logik dan menarik, serta dekat di hati pembaca.

Share this on WhatsApp

Drama sinopsis drama kerana dia manusia biasa, sinopsis drama kerana dia manusia biasa emma maembong syukri yahya, Sinopsis kerana Dia Manusia Biasa, sinopsis penuh drama kerana dia manusia syukri yahya, Syukri Yahya Emma Maembong

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.