Menggantikan drama Jika masih ada rindu, slot samarinda diteruskan dengan drama baru adaptasi novel iaitu setelah cinta itu pergi.
Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana, Shah Jazle dan ramai lagi.
Senarai Pelakon.
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Juliana Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Fizo Omar, Faye Kusairi, Oktovia Manrose, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi.
Pelakon utama dan watak.
- Fahrin Ahmad sebagai Ikram
- Nina Iskandar sebagai Marina
- Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
- Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
- Azrel Ismail sebagai Adam
Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.
“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram
Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak editoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.
“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” – Ikram
Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.