Pujaan Hati Kanda.
Menggantikan seribu rindu, zul ariffin dan Aziran shafinaz dan Kembali kepad Remi IShak berganding Mira filzah. Mereka sebelum ini digandingkan dalam drama astro Lelaki Kiriman Tuhan. Chemistry diaorang memang da bomb!. So bagaimana dengan drama ini?? Drama ini merupakan adaptasi dari novel.
Sinopsis dari Novel.
Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.
Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. – Gadis Misteri
Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.
“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara
Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.
“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” – Danny
Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
Komen pembaca mengenai novel ini. (credit to goodread).
1. Megat Danish (Danny) – playboy bertaubat. Serius aku suka kisah hero ala-ala bad boy camni tapi kalau dah jadi hero kena tegas. Jangan ikut je flow, kena buat sesuatu untuk betulkan keadaan. Ada satu saat rasa nak jerit kat Danny tolong buat apa yang Kasyah cakap tu. Tapi yalah, kalau ujian DNA dibuat awal memang sampai situ je cerita ni ?
2. Tiara. Naifnya budak universiti ni. Dipotretkan sebagai anak gadis baik-baik, tahu hukum tapi ada satu bab tu boleh pula tarik tangan Danny?
3. Ending – tak begitu solid tapi aku suka bila penulis menamatkan segala kekusutan dengan kemaafan. Maaf adalah penawar segalanya, dan itu akan buat kau reda. Mungkin.
Masa mula baca aku teringat kisah Ariana Rose sebab tiba-tiba muncul ketika akad nikah. Dan, aku rasa sangat excited. Tapi tak tahu kenapa bahagian awal cerita aku dah hampir give up. Flat. Mungkin penyampaiannya tak begitu masuk dalam jiwa. Begitu juga dengan isu yang digantung seolah-olah membiarkan pembaca yang teka sendiri — Fatimah misalnya seakan ‘habis’ begitu saja, sayanglah sebab dia bisa menambah konflik cerita. Rara juga yang menjadi titik tolak cerita, tak kan semudah itu ‘dipulangkan’?
Apa pun, novel ini masih boleh dihadam. Apatah lagi dengan keletah Rara. Cuma boleh diperbaiki dengan masalah ejaan & penggunaan bahasa Inggeris. Tak berbahasa asing tak mencacatkan watak dan cerita sebenarnya.
Novel ini aku pulun baca sebab dramanya bakal ditayangkan Disember ini. Oleh sebab sudah tahu siapa hero dan heroinnya lagi bertambah keterujaannya untuk menghadamkan isinya. Sebelum menonton dramanya, baik aku baca novelnya dulu. Orang kata, penghayatan menonton dan membaca tidak sama. Mungkin jalan cerita diolah sedikit. Ini adalah novel pertama aku baca karya Aulia Iman. Not bad. Aku mudah menghadamkannya dan ada unsur-unsur mahu meneruskan pembacaan.
.
Ceritanya tidaklah terlalu berat dengan adegan yang membenakkan kepala. Kisah Megat Danish atau Danny dengan Tiara. Perjumpaan secara tidak sengaja bila Danny mencari pengasuh untuk anaknya Rara. Sebenarnya Danny mahu merungkaikan siapa sebenarnya Rara. Rara muncul ketika hari pernikahannya dan majlisnya pernikahannya tidak diteruskan kerana bakal isterinya tidak boleh menerima penjelasan Danny.
.
Oleh sebab itulah, secara kebetulan dia bertemu Tiara. Danny mengupah Tiara untuk menjadi pengasuh kepada bayinya, Rara. Sejak itu, perhubungan Danny dan Tiara semakin akrab. Danny sudah jatuh cinta dengan Tiara. Tapi bila Tiara sudah menerima cinta Danny, sesuatu tentang Danny terbongkar.
.
Nak tahu apa yang terbongkar kenalah baca sendiri.
.
#akudanbuku #readingchallenge2018 #cabaranmembaca2018 #ulasannove
Jalan cerita tak banyak beza dengan Dalam Diam Aku Terpikat (DDAT)..tetap dengan campur tangan orang tua dan orang luar..Dalam kisah ni :
1. Megat Danish tidak setegas Megat Daniel dalam mempertahankan rumahtangga yang dibina dan dalam memikat hati Misha in DDAT. Ini mungkin faktor ingin membetulkan dosa semalam. Menangung kifarah katanya.
2. Kata boleh hidup tanpa harta tapi tidak melakukan apa2 ke arah itu.
3. Banyak tabur janji tapi 90% tak ditepati demi memenuhi kehendak orang tua yang sedang sarat sakit dan juga banyak berahsia sehingga hati isteri terguris ya amat.
4. Tidak ambil tindakan yang tepat, cepat dan padat bagi mengatasi masalah yang ada. Almaklumlah sedang kusut pemikirannya..Kalaulah dia lakukan ujian dot..dot..dot (3 alphabet..jgn fikir bukan2 ye..hahaha), masalah yang sedia ada boleh diringkaskan. Kalau ringkas tak teballah buku ni cerita pun pendek..tak bestlah.
5. Ada juga perempuan yang tanpa rasa segan silu mengaku tak malu dengan berzina, ingin merampas harta orang dan perasan tahap langit..wow..hmm mmg ada orang macam ni ke?
Pengakhiran yang tak disangkakan oleh orang yang membuat onar dan menambahkan beban di kepala yang sungguh kusut. Yes! Ending with a twist.
Saya suka watak Tiara yang menjaga baby Rara dan juga watak Danish yang mengambil berat tentang mereka dan watak Pali yang panas baran..tapi tak boleh beat watak Daniel and Misha (eventhough penat baca sebab asyik bergaduh..sungguh..sama ego mak ai) walauapapun..tak menyesal..or might prefer watak Danish dlm DDAT.
Plot menarik.
Cumanya ada beberapa part yang aku rasa terlalu meleret2. banyak dialog yang aku skip. contohnya masa Pali bawak keluar Tiara nk bukak puasa sama, pastu diorg gaduh, aku rasa meleret sangat. kemudian masa Danny nk terangkan hal sebenar lepas kawen, pon rasa meleret2.
ada beberapa keadaan yang kurang menarik:
1. tiara student U tapi macam naif sangatttt.
2. sebagai org berniaga, Danny patot lebih cekap. maksudnya, benda pertama dia perlu buat lepas orang tinggalkan bayi kat dia, kena terus p buat ujian DNA. ni x, lambat sungguh
cerita di metro.
Romantik tanpa sentuhan.
Kredibiliti Remy Ishak tidak perlu dipertikaikan lagi. Baik dalam filem mahupun drama, Remy antara pelakon yang berjaya membawakan setiap watak dengan berkesan.
Malah, menerusi watak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan yang mula ditayangkan bulan oktober yang lepas 2018, Remy, 36, atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berdepan cabaran apabila tidak boleh bersentuhan dengan pelakon utamanya, Mira Filzah.
Selain naskhah Islamik, drama adaptasi daripada novel yang menggunakan judul sama itu ditayangkan di saluran Astro Oasis.
“Dalam drama sebelum ini kebanyakan babak membabit—kan saya adalah bersentuhan. Tetapi, tidak dalam drama ini. Apa pun, saya pandang perkara ini dari sudut positif yang mana ada batasan membabitkan watak lelaki dan wanita.
“Pada masa sama, perkara ini membolehkan saya mengasah skil lakonan terutama naskhah bergenre Islamik. Bagi saya, tidak semestinya babak romantik memerlukan adegan bersentuhan. Sebaliknya, ia boleh diterjemahkan dalam bentuk bahasa tubuh dan gerak mata,” katanya yang melakonkan watak Iqbal Raid.
Menurut Remy, kreativiti pengarah memainkan peranan penting supaya setiap babak tidak kelihatan canggung, sekali gus mesej yang ingin dipaparkan sampai kepada penonton.
“Apabila mendapat tawaran ini, saya sudah bersedia untuk tidak menjayakan babak bersentuhan. Mujur saya jenis pelakon yang dengar cakap pengarah. Jadi, segalanya berjalan lancar.
“Paling penting, faktor syariah tidak membataskan kreativiti seseorang untuk berkarya. Malah, ia memberikan lebih banyak ruang untuk diteroka dan diberikan sentuhan menarik,” katanya.
Selain Remy, drama terbitan Zeel Productions Sdn Bhd itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Jasmin Hamid, Rozita Che Wan, Talha Harith dan Maria Farida.
Turut diperkenalkan barisan pelakon baru antaranya Harris Annuar, Riana AF2016, Uyaina Arshad, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.
Mengenai kerjaya lakonannya, Remy mengakui dia terpaksa bekerja keras dalam menjayakan watak diberikan terutama jika bergandingan dengan pelakon baru.
“Saya tidak boleh salahkan mereka. Mungkin mereka gementar atau takut bekerja dengan saya hingga memberi kesan kepada lakonan mereka.
“Jadi, selepas beberapa tahun melalui pengalaman sebegitu saya cuba praktikkan cara lain pula iaitu dengan mendekati dan banyakkan beramah mesra.
“Saya ingin mereka selesa dengan saya, sekali gus mudah mencipta keserasian di skrin. Saya faham apa dilalui mereka kerana pernah berada di tempat mereka. Sebagai orang baru, saya pernah berasa takut nak bekerjasama dengan pelakon lama,” katanya.
Remy berkata, dalam lakonan dia tidak mahu bersikap pentingkan diri hingga ‘membunuh’ gandingannya.
“Dalam lakonan apa yang penting adalah kerja berpasukan. Walaupun kerap digandingkan dengan heroin baru, saya sedaya upaya cuba membantu mereka.
“Saya tidak mahu pentingkan diri dan membiarkan mereka bersusah payah menjayakan watak diberikan. Sebagai pasangan, saya kena bantu supaya gandingan kami berjaya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Remy bakal terbabit dalam drama Pujaan Hati Kanda yang bakal ditayangkan di slot Akasia, TV3.
Dalam drama itu sekali lagi mempertemukan Remy dan Mira Filzah selaku pasangan hero dan heroin.
Leave a Reply