Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis Drama Misteri Mona Jannah Nick ft Redza Rosli.

Sinopsis Drama Misteri Mona Jannah Nick ft Redza Rosli.

Zik · Dec 10, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

drama misteri mona,

Misteri Mona ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Amor Rizan dibintangi oleh Ruzana Ibrahim, Janna Nick dan Redza Rosli. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 16 November 2020 menggantikan Beri Sedikit Waktu.  

Seram dan psiko.

Sebuah drama bersiri yang bertajuk ‘Misteri Mona’ adalah drama genre psiko thriller di bawah arahan Amor Rizan.

Senarai Pelakon & Watak :

  • Janna Nick sebagai Anom (Mona)
  • Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
  • Elisha Sandha sebagai Farah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Mona
  • Zizan Nin sebagai Razlan
  • Zarynn Min sebagai Laila
  • Ainin Batrisya sebagai Anom masa kecil
  • Duerra Mitilda sebagai Mona masa kecil

Produksi: Aquila Emas Sdn Bhd.

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.
Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Dia terdesak untuk dapatkan kerja ini sebab rumah sewa dah berapa bulan tak bayar. Syaratnya tak boleh ada media sosial, macam facebook dan instagram. Farah delete dia punya semua akaun .Memang agak pelik dia punya syarat yang dikenakan oleh dr nadeem sangat pelik. Pintu turun bawah tanah, farah tak boleh guna. Pada mulanya Farah agak ok menjaga Anom. Namun, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”
Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?
pasti ada dia udang di sebalik batu dan dia punya plot twist dia. Siapa yang baik siapa yang jahat sebenarnya. Dan kena ingat kenapa dr nadeem ingatkan Farah agar jangan skip makan ubat tuh. Ubat itu sebenarnya kasi Anom itu semakin baik atau sebaliknya?

Sekali dia punya plot twist, masa kecil anom (adik) dan mona (mona) adalah adik beradik, diaorang dibesarkan dalam keluarga yang susah. Ayah yang lama dah meninggal. Mak dia kahwin baru, tetapi suaminya taik dadah. Rumah dijual , kononnya nak business buah. Tapi semua lingkup. Hingga bini dia pun dia jual. Ish2 teruk betul. Sampailah , mak dia dapat kerja jadi pembantu rumah, dah berkahwin dengan tuan rumah dia tuh. Ingatkan hidup diaorang senanglah. Rupa-rupanya keluar mulut naga, masuk mulut harimau pulak. Bapak baru diaorang tuh, lagi dahsyat.. dia rogol kakak dia anom tuh. Tapi dia tak sempat nak bagitahu mak dia,abang tiri diaorang tuh fahmi(nadeem) pun sakit juga, mental. Disebabkan perangai bapak dia yang tak senonoh tuh. Mak, dan kakak nadeem dia pun mati sebab bunuh diri.

Kan masa diaoarang pindah, ke kl. Ada jiran duduk sebelah rumah diaorang tuh yang selalu bantu dia. Kena bunuh dengan bapak anom&mona tuh. Sebab nak tanya mana bini lama dia tinggal. Sebab dia memang dah terdesak nak cari duit nak beli stock dadah. Dia pergi rumah diaorang nih, cari anak-anak dia. Dia culik dua-dua. Ketika pergelutan, bini lama dia minta dilepaskan anak dia nih. Apalagi laki dia bawak pistol, tapi tembak member dia nih dekat bahu.

Laki baru dia kena bunuh dengan laki lama dia nih. Dia bawak lagi dua orang anaknya sebab nak jual dekat pelabuhan pergi hantar sanalah. Dia berenti kejap, masa berenti tuh. Mona dan Anom melarikan diri dari bapaknya.

Masa nak larikan diri, bapak dia dapat kejar diaorang , dan dia geram dia bunuh anak tiri dia, mona. Mona mati, depan Anom. Dia jadi tak betul , emosi terganggu. Dan sejak itu Anom mengalami split identity setelah Mona meninggal dunia dibunuh oleh bapa tirinya.

Watak Mona diawal cerita.

Anom dia berhalusinasi, rasa Mona kakaknya masih ada, dia cakap sendiri-sendiri tuh. Sejarah hidup Anom yang berliku menyebabkan dia mengalami masalah mental. Suaminya Nadeem rupanya Fahmi, adik-beradik tirinya yang juga mengalami masalah mental. Anom (yang rasa dirinya Mona) bunuh ibunya supaya dapat kahwin dengan Nadeem. Selepas kejadian itu, Anom kadang-kadang rasa bersalah apabila dia rasa, dia yang bunuh ibunya. Nadeem menenangkan Anom dengan memberikan ubat terlarang supaya Anom hilang ingatan.

Anom juga yang tanam anaknya hidup-hidup sebab penyakit mentalnya, semua tuh diluar kawalannya. Gilalah. Kalau nak tahu Nadeem bukan doktor, cuma dia macam anom jugak , berhahalusinasi bekerja sebagai doktor mental di dalam bilik bawah rumahnya. Tuh yang korang tengok macam pelik time scene dekat klinik, takda orang lain, deme je yang ada. Semua tuh imaginasi diaorang je.

Nadeem cuba membunuh Farah setelah rahsianya diketahui. Anom cuba menyelamatkan Farah dengan membunuh suaminya. Apabila datang Hantu Anom, dia pula mahu membunuh Farah tetapi polis datang lalu menembak Anom. Mujur Anom tak mati dan Anom dah berada di tempat yang sepatutnya, hospital mental.

 

Share this on WhatsApp

Drama drama misteri mona, misteri mona, sinopsis drama misteri mona

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.