Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Nur2 tv3, Fhafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azami

Sinopsis drama Nur2 tv3, Fhafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azami

Zik · Apr 2, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

nur

Drama fenomena yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin iaitu Nur 2 akan mula ditayangkan malam ini menerusi slot Samarinda di TV3 pada jam 10 malam 2 april 2019. Menggantikan drama Cinta Tanpa Henti yang habis semalam.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui sambungan kisah Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle dan juga Nur lakonan Amyra Rosli.

Shahrulezad bagaimanapun tidak mahu terburu-buru untuk menghasilkan sambungan drama yang menampilkan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle itu.

Sejauh mana kehebatan drama ini untuk edisi yang kedua, dijangka sukar untuk mendapat momentum yang sama sebab kemungkinan jalan cerita hampir sama. Cuma ada tambah elemen baru. Mungkin dari segi penerimaan keluarga terhadap Nur sudah boleh diterima. Tetapi dugaan dari luar sana mungkin akan bertambah.

Umum pada drama pertama, Nur. Ianya dilihat lebih fresh dan konten yang diberikan betul-betul terjadi dalam situasi negara kita ini sangat membimbangkan.  Yang pertama apabila Adam mengahwini Nur masyarakat memandang serong dengan Keluarga Adam disisihkan.

“Diakui ramai nak sambungan drama ini. Malah, pihak stesen TV pun sudah menawarkan untuk saya menghasilkan Nur 2. Sejujurnya, saya belum ada idea. Ini ketika tahun lepas, bila dapat sambutan yang menggalakkan.

“Apatah lagi sekarang kita sibuk nak beraya, jadi kepala saya kosong. Kalau boleh selesaikan Syawal dahulu. Malah, satu perangai pelik saya iaitu tidak suka bekerja dalam keadaan terganggu.

“Isu saya sekarang adalah berbalik kepada niat. Kalau saya buat Nur 2, adakah semata-mata untuk mendapatkan ‘rating’ penonton dan lawan yang pertama? Sedangkan saya nak bercerita mengenai Allah dan kebaikan agama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shahrulezad, dia tidak mahu perkara itu memesongkan niatnya kerana bimbang ia jadi tidak ikhlas dalam berkarya.

“Apabila niat goyah, ia jadi tidak ikhlas dan buat semata-mata nak cabar yang pertama. Saya berasakan ia bukan sesuatu yang bagus. Ini bukan cara saya berkerja.

“Disebabkan itu, kalau saya nak buat pun, tunggu isyarat daripada Allah dan baru boleh saya teruskan. Saya yakin ia pasti dipermudahkan macam Nur.

“Lagi pula, semua yang terbabit dalam Nur ini ikhlas. Kami terkejut melihat hasil dan sambutan diberikan,” katanya.

Selain itu, Shahrulezad berkongsi menerima banyak mesej di laman sosial yang mahukan dia terus menghasilkan karya berat sebegitu.

“Orang seolah-olah meletakkan kepercayaan dan tanggungjawab untuk saya menghasilkan karya sebegini. Saya ibaratnya ‘abang long’ yang kena teruskan legasi cerita macam ini.

“Harapan diberikan sedikit sebanyak membuatkan saya tertekan. Namun, macam dikatakan semuanya perlu disertakan dengan niat baik dan penuh keikhlasan,” katanya.

Untuk rekod, Nur1 yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam menjadi ‘trending’ di laman Twitter dan mencecah 9 juta tontonan sehingga episod 12.

Malah, drama ini mencatat 2.5 juta penonton pada episod 16 yang memaparkan babak Aishah lakonan Noorkhiriah menuduh Nur menyihir keluarganya menggunakan sup bunjut hingga tular di laman sosial.

Selain Amyra dan Syafiq, drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon hebat lain seperti Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Senarai Pelakon :

  • Amyra Rosli as Nur
  • Syafiq Kyle as Ustaz Adam
  • Azar Azami sebagai Juwita
  • Riena Diana as Dr Qhadeeja
  • Laila Nasir as Mona
  • Noorkhiriah as Aishah
  • Azhan Rani as Ustaz Syed Hamadi
  • Datuk Jalaluddin Hassan as Datuk Ayah Haji Mukhsin
  • Fatimah Abu Bakar as Datin Ibu Hajah Musalmah
  • King Atiq as Amirul
  • Zaidi Omar as Datuk Taj uddin
  • Elmy Moin as Marzuki
  • Mathni Razak as Dr Mukhriz
  • Kuna Muzani as Datin Orkid
  • Jijie Zainal as Jo Jo

Sinopsis drama Nur 2  

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram, debaran kian terasa apabila kehadiran pelacur bernama Juwita lakonan Azar Azmi menguji kesetiaan Ustaz Adam pada isterinya. Mampukah Ustaz Adam menahan godaan Juwita?

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan  Riena Diana. Sama-sama kita nantikan episod pertama malam ini, memang tidak sabar untuk ketahui apa lagi konflik yang bakal berlaku dalam Nur 2.

Kredit Video : TV3 Malaysia & Radius One Sdn Bhd

Share this on WhatsApp

Drama drama nur 2, intipati drama nur2, nur, nur2, nur2 lebih menyengat, sinopsis drama nur2, sinopsis penuh drama nur 2

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.