Drama nur Ini sudah diterbitkan pada tahun 2018. Trending drama ini. Pada tahun itu, dengan macam-macam benda yang jadi ianya trending. Sup bunjutlah, dengan ustaz madi dia lah. Dengan wushu-wushu dialah. Macam-macam lah. Ianya dikritik hebat oleh sesetengah pihak kerana dilihat memalukan agama islam itu sendiri. Masing-masing ada pendapat. Namun memang ada orang yang macam ini, seperti ustaz madi ini. Nampak je luaran baik tetapi ada tanduk bila orang tak nampak. Drama ini juga memenangi anugerah drama rantaian terbaik bagi tahun 2019.
Sinopsis drama Nur.
Drama ini mengisahkan seorang pelacur (amyra Rosli) yang mahu pulang ke pangkal jalan. Namun pada masa yang sama dia tekad mahu belajar tentang ilmu agama. Dia sering bertanya soalan kepada ustaz adam (Syafiq Kyle) yang dilihat memang cukup femes sebagai penceramah dan juga orang ilmu agama. Adam baru habis belajar dari Mesir. seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaludin). Dia dapat tawaran banyak dari tempat. Dia juga ditawarkan oleh kakaknya (Norkhiriah) untuk gantikan tempat ayahnya. Ayahnya ada sekolah sebagai pengasas darul mukhsin. Darul Muksin sekarang ini di terajui oleh abang iparnya ustaz Mahdi (Azhan Rani).
Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?
Apabla Nur masuk ke dalam keluarga terhormat itu, dia dibenci oleh Aisyah kerana nama keluarga mereka tercemar dan banyak rancangan ustaz selebriti dibatalkan akibat status isteri Adam. Sebagai seorang pengurus, hal ini memberi kesan hebat kepadanya. Ibu Adam, Datin Ibu Hajah Musalmah (Fatimah Abu Bakar) juga susah untuk menerima Nur masuk ke dalam keluarga itu. Namun, setelah mendengar kisah yang sebenarnya, hatinya terbuka sedikit sahaja untuk menerima Nur.
Satu hari, Nur sedang memasak Sup Ayam untuk keluarga mereka. Mirul ternampak yang Nur meletakkan sup bunjut kedalam masakan tersebut. Aisyah lantas tersalah fikir bahawa bunjut tersebut merupakan barangan sihir. Adegan ini lantas menjadi tular diseluruh negara berserta gelaran ‘Ecah Sup Bunjut’ yang turut tersebar. Seterusnya, keadaan Hamadi kian mendesak. Wang yang dicurinya mengakibatkan Darul Mukhsin kemarau duit. Oleh itu, Aisyah meminjam dari ibu Qhadeeja, Datin Orkid (Kuna Muzani) yang meletakkan syarat agar Adam masih menjadi menantunya dan ceraikan Nur. Ini membangkitkan lagi kebencian Aisyah kepada Nur sehinggakan dia sanggup menolak Nur dan mengakibatkan kegugurannya. Disebalik itu, Hamadi yang pernah berjumpa Nur sebagai pelacur tekad ingin ‘meratah’nya. Hamadi juga meletakkan sihir perpisahan terhadap Nur dan Adam.
Cinta Adam dan Nur kini kian pudar. Adam ke rumah Deja dan mengekspresikan penyesalan tidak mendengar kepada ibu dan kakaknya supaya tidak berkahwin dengan perempuan lorong seperti Nur. Deja sedar bahawa Adam menyayangi Nur dan merasakan sesuatu itu tidak betul. Dia mula bertanya kan kepada ibunya rancangan Datin Orkid dengan Aisyah lantas terbongkar. Deja ke rumah Ayah Haji. Namun, Adam sudahpun melafazkan cerai talak satu kepada Nur pada malam sebelumnya. Aisyah terdatang dan mengaku segalanya bahawa suaminya adalah munafik dan bahawa dialah punca Nur keguguran. Dia ditampar Ayahnya sendiri. Akhir sekali, Nur pergi ke lorong lamanya dimana rumahnya dan ibunya sebenarnya telahpun dijual. Nur juga gigih mencari ibunya dan terjumpanya di kaki lima tempat dia sering sembahyang. Ibunya meninggal dunia disitu dan mengatakan Allah telah memakbulkan doanya. Dua minggu kemudian, Nur membuka sebuah kelas mengaji percuma dilorongnya bersama Ustaz Yassin dimana Adam datang semula dan mereka kembali bahagia.
- Tak Pernah Hilang Nyanyian Amylea dan Kaer (finalis ajl kali ke 33).
- Gantikan Diriku – Idayu
Watak dan pelakon.
Pelakon utama.
- Amyra Rosli sebagai Nur – Seorang wanita muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur. Nur seorang wanita yang baik, tabah, dan cekal dalam mengharungi pelbagai ujian yang diberikan. Walaupun ujian yang dihadapinya sungguh berat, dia tidak pernah meninggalkan solatnya. Dia juga berhasrat untuk keluar dari ‘dunia lorong’ dan menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang hamba Allah. Nur juga pernah bertemu dengan beberapa lelaki yang dia sangka boleh mengubah hidupnya namun sangkaannya salah. Setelah Nur dikecewakan oleh beberapa lelaki, Nur bertekad untuk berusaha sendiri mengubah nasibnya namun kehidupannya mula berubah apabila Nur bertemu dengan seorang Ustaz muda yang bernama Adam.
- Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam – Seorang lelaki muda yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam dan dibesarkan dalam keluarga yang mempraktikkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Adam merupakan seorang lelaki yang pemalu namun sangat bijak. Adam merupakan seorang graduan daripada sebuah universiti di Jordan. Adam merupakan anak Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Ayahnya, seorang pendakwah terkenal dan disegani masyarakat. Pada suatu hari, ketika Adam selesai solat Subuh berjemaah di sebuah masjid milik ayahnya, Adam bertemu dengan seorang wanita muda yang sedang menulis soalan di atas sekeping kertas untuk ditanyakan ketika kuliah Subuh nanti. Wanita itu sedar akan kehadiran Adam lalu lari keluar dari masjid tanpa sempat menghabiskan soalannya.
Pelakon pembantu.
- Riena Diana sebagai Dr. Qhadeeja – Qhadeeja merupakan anak kepada Datuk Tajuddin dan Datin Orkid. Qhadeeja merupakan seorang doktor yang sangat baik dan pemalu. Qhadeeja juga menyimpan rasa cinta kepada Adam dan mahu menjadi isteri Adam. Walaupun Adam melayan Qhadeeja seperti acuh tak acuh, namun Qhadeeja terus berusaha untuk mendapat perhatian Adam. Wanita cantik ini juga matang dan mampu melupakan (‘move on’) Adam setelah Adam berkahwin dengan Nur.
- Noorkhiriah sebagai Aisyah – Aisyah merupakan anak kepada Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah serta kakak kepada Adam dan Amirul. Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan juga suka mendesak orang lain terutamanya Adam untuk menurut kehendaknya. Aisyah tidak pernah menerima Nur sebagai adik iparnya malah membencinya kerana latar belakang hidup Nur yang ‘gelap’. Dia juga sering mendesak Adam supaya menceraikan Nur dan berkahwin dengan Qhadeeja.
- Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi – Suami kepada Aisyah, seorang ustaz dan pengetua sekolah tahfiz dan anak yatim (Darul Mukhsin). Walaupun dia seorang ustaz, dia kerap mengunjungi ‘lorong’ untuk melanggan pelacur.
- Laila Nasir sebagai Cik Mona – Mona merupakan ibu kepada Nur dan juga seorang pelacur. Walaupun sikapnya agak kasar terhadap Nur, tetapi Mona sangat mengambil berat dan sayangkan Nur.
- Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin – Bapa kepada Aisyah, Adam, dan Amirul. Seorang pendakwah yang baik hati dan disengani oleh masyarakat. Beliau juga merupakan pemilik dan penaung sebuah sekolah tahfiz dan anak yatim yang bernama “Darul Mukhsin”.
- Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah – Ibu kepada Aishah, Adam, dan Amirul. Seorang isteri yang sentiasa menyokong kerja dakwah suaminya. Ibu yang penyanyang dan tegas terhadap anak-anaknya. Beliau pada mulanya tidak menerima Nur sebagai menantu kerana malu dengan latar belakang Nur tetapi lama-kelamaan menerima Nur apabila mengetahui kisah yang sebenarnya.
- Raja Atiqullah sebagai Amirul – Amirul merupakan anak bongsu kepada Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Amirul seorang yang rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua pelajar di sebuah sekolah tahfiz milik bapanya. Amirul turut membantu Adam mencari Nur sehingga jumpa. Amirul juga pada mulanya tidak menerima Nur kerana ejekan rakan-rakannya tetapi akhirnya menerima Nur setelah menyedari kisah sebenarnya tentang kehidupan Nur.
- Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin – Bapa kepada Qhadeeja.
- Elmy Moin sebagai Marzuki – Lelaki yang pernah mengecewakan hati Nur. Sekarang dia menjadi teman lelaki Ibu Nur dan juga ‘bapa ayam’.
- Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz – Seorang lelaki yang baik dan juga kawan kepada Nur. Pernah cuba mengajak Nur lari dari ‘dunia lorong’ namun gagal setelah dia dibelasah oleh Marzuki dan kawan-kawannya. Mukhriz juga merupakan rakan sejawat Qhadeeja di sebuah hospital. Mukhriz juga menyimpan perasaan terhadap Qhadeeja.
- Kuna Muzani sebagai Datin Orkid – Ibu kepada Qhadeeja. Beliau pernah bersekongkol dengan Aishah untuk memusnahkan rumah tangga Adam dan Nur agar Adam dapat mengahwini anaknya Qhadeeja.
- Jijie Zainal sebagai Jojo – Kawan baik Nur yang selalu bersama Nur dan memberikan kata-kata semangat kepada Nur.
Leave a Reply