

Jangan Benci Cintaku ialah sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya novelis Emy Roberto terbitan syarikat Idea Kreatif, syarikat yang telah menerbitkan novel Titian Cinta, yang menjadi antara drama adaptasi novel yang trending pada tahun 2017. (tahun lepas).
Menggantikan drama halalkan hati yang kucuri yang sudah habis minggu lepas lagi tuh ha. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia pada 29 Jun 2018 sempena Syawal tahun ini. Dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Saharul Ridzwan sebagai pelakon utama.
Sinopsis drama ini .
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal (Saharul Ridzwan), tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa (Zahirah MacWilson) tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.
“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal.
Tetapi…
“Your instinct was right. There is someone else besides you.” – Shahrizal
Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
“Make him fall for you!” – Damia
Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna (Niena Baharun) itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” – Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” – Shahrizal
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
Senarai pelakon :
- Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
- Zahirah MacWilson sebagai Rafeeqa Huda
- Niena Baharun sebagai Husna
- Izzue Islam sebagai Syazwi
- Daler Yusuf sebagai Irwan
- Amelia Henderson sebagai Damia
- Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
- Luqman Hafidz sebagai Azwan
Komen dari pembaca novel ini :
Gobokairina.
“Ada ayat yang lebih umph lagi daripada tu tak? ‘Saya cintakan awak’ is too mainstream.”
“Hmm… jangan benci cintaku. Hate me not.” [page 499]
Nak habis pun ada mainstream hohoho
Jangan Benci Cintaku
Aha ada bungkusan sampai di meja, tengok info pengirim membuat Cik Pah tersenyum lebar. Cerita yang telah diintai diblog penulis ini akhirnya berada dalam versi cetak.
Ayuh selak sambungan cerita di bab Rafeeqa keluar dari rumah parent Shahrizal tanpa pamitan sesiapa pun. Fika terluka dengan layanan Nek Pah yang tak berkenan cucunya mengahwini Fika, gadis moden yang tidak sopan dari segi pakaian dan tidak cekap didapur. Shah pula meninggalkan dia terkontang kanting dirumah mertua yang sememangnya tidak mendapat perhatian sesiapa kecuali mummy. Pada luaran, Fika nampak kuat, tapi dia memendam rasa. Suami sendiri ada skandal dan rumahtangga menanti belah. Memang dia akui silapnya meninggalkan Shah 5 tahun ke Sunderland menyambung pelajaran walaupun dihalang. Silap Shah pula, menduakan Fika setahun sebelum Fika pulang ke Malaysia dan ketika Fika pulang, Shah telah merancang mengahwini Husna. Yang pasti Shah tak akan memadukan sesiapa kerana dia pasti tidak akan berlaku adil dan Fika pasti dirinya akan disingkirkan. Apatah lagi semua perkara Husna didahulukan sehingga saat dia amat2 perlukan suami kerana kemalangan, suami masih menipu dan berpoya dengan Husna. Ralat, saat hatinya mula menyintai suami sendiri, dia bakal menjadi janda seawal usia.
Bagi diri Shah, Fika adalah isteri yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu walaupun mereka berkahwin atas kehendak keluarga. Malangnya, Fika tidak pernah menyintainya, degil dan tidak mendengar kata. Masing2 sebenarnya mereka ini ego dan degil. Taknak luahkan perasaan sendiri sehingga timbul konflik yang akhirnya membuat Fika melancong ke Bandung sendirian setelah kecewa Husna sampai menyerang dia dirumah dan cerita fitnah Husna berjaya meracun fikiran Fika. Maruah dia rasa diinjak apabila cerita dalam kelambu dijaja suami. Iye ke begitu Fika oiii? Cepat sangat percaya dengan perempuan yang nak merampas suami dia. Apabila Shah cuba rungkai konflik yang terjadi, bukannya Fika nak cerita. Disimpannya rahsia ketat-ketat termasuk tohmahan Nek Pah. Memang baik sungguh Fika ni, tak nak buruk-burukkan orang lain. Rasa sakit membaca naskah ini sama sakitnya seperti Ku Seru Rindu Itu. Aish! Untuk Shah mai Cik Pah jentik dahi kasi sedar macam ni.
Haha masa edisi siasat versi Shahrizal, Damia, sahabat Fika terkena, rasa macam di’ayam’kan saja. Mudah Shah dapat jejak Fika. Konon bukan budak2 yang mudah terpujuk dengan umpan ais krim, sekali nah! Oh lala
Yang Shah tak tahu, Fika terjumpa seseorang di sana. Siapa ingat Uncle Sawi dalam Mama Mia Shaza? Bujang terlajak yang terjebak dengan isteri orang. Kali ni terjebak lagi sekali ker?
Suka dengan cara penulis melakarkan watak Fika. Dari gadis yang keanakan, degil dan bukan kategori wanita melayu terakhir serta muslimah sejati, dia belajar menjadi dewasa dan berubah mencari cahaya ilahi. Dari segi peribadi mmg dia adalah seorang yang baik , hormat orang tua , happy go lucky, bubbly. Tapi sayangnya sehingga ke titik terakhir Nek Pah tetap tak suka pada Fika walaupun dah ‘berubah’.
Banyak juga bahasa pasar dalam naskah ni. Ayam, itik, walawei dan tang bersepah-sepah dikebanyakkan mukasurat. Ok Cik Pah masih boleh terima tapi agak kurang senang dengan ‘tang’ yang diletakkan dibeberapa ayat. Setahu Cik Pah tang tu bermaksud di mana, dekat mana, yang mana. Kalau di ubah mengikut maksud tu, ayat2 tu tak berapa nak kena. Ada yg boleh perjelaskan?
Ok apa2 pun Cik Pah suka cerita sedih ala perempuan cekal ni dengan diselit nilai agama, moral dan sosial.
I love you = Jangan Benci Cintaku.
Happy ending. Next!
Lain :
Cik hajar.
Yay, berjaya tutup buku dengan rasa puas hati. π
18-01-2014
Rafeeqa Huda (Rafeeqa) terpaksa berkahwin dengan Shahrizal Hayrat (Shahrizal), calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda dan mentah. Dan oleh sebab itu, bila dapat peluang melanjutkan pelajarannya ke luar negara (Sunderland), Rafeeqa tak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut. Muda lagi, haruslah masih nak enjoy kan? Walaupun Shahrizal berat hati, namun terpaksa juga dilepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.
Pada awalnya, layanan Shahrizal memang first class. Apa sahaja kehendak Rafeeqa diturutkan. Iyalah, orang sayang isteri. Namun, tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland mengubah segalanya. Rupanya Shahrizal sudah temui pengganti yang ‘konon’nya lebih baik daripada Rafeeqa. Aduhai. Kepulangan Rafeeqa membongkar segala kecurangan Shahrizal. Masa ni memang dah start emosi pada Shahrizal. Bukan apa, isteri bukan main gigih menghabiskan pengajian, dia sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Grrr!
Memang tak mudah menjadi seorang Rafeeqa. Dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan (sepupu Rafeeqa) yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran. Kalau bukan Rafeeqa rasanya orang tu dah selamat bertarik rambut dengan Husna. Iyalah, suami kot. Takkanlah nak biarkan orang rampas suami sendiri? Huish.
Cuma bagi Rafeeqa, dia sedar kedudukan dirinya di sisi Shahrizal. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Mungkin Shahrizal tak pernah cintakan dirinya seperti mana dia mencintai Shahrizal. Huhu. Sedih. Jadi, mungkinkah perkahwinan mereka berjaya diselamatkan atau Rafeeqa terpaksa mengalah dengan kehendak Shahrizal?
Komen saya:
Saya suka watak wanita survivor dan diva macam Rafeeqa ni. Tak mudah rapuh dan goyah dengan dugaan yang mendatang. Ya, bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk jadi positif daripada menangisi nasib sendiri. Masalah utama mereka berdua ni sebenarnya komunikasi je. Kalau dari awal keduanya berterus terang memang Shahrizal tak sempat mengayat orang lain dan Husna takkan muncul antara mereka. Dan semestinya tak jadi cerita dah kot? Haha. Oh, lupa pulak. Mia Shaza yang comel tu ada juga terselit dalam kisah ini. Yippie! Tapi kesian UncleSawi. Asyik tersalah jatuh cinta je. Bilalah dia nak jumpa jodoh dia pulak ni? Hihi. Apa pun tahniah Emy untuk JBC. Hope this is not the final book from you.Moga lebih banyak ilham untuk berkarya. Also thanks for the book. Lama peram sebab dah pernah khatam versi blog. Rupanya banyak penambahbaikan dalam versi buku. Rugi peram! π
kuzen
Sukarnya untuk merensasi naskah ini tanpa membandingkan dengan yg pertama. Mungkin sesukar penulis yg memilih 2 penerbit untuk menerbitkan naskahnya dalam tempoh yg dekat ruangnya.
(for me)….
YANG LEBIH….
i) ‘Kekuatan’ rasa pelaku2 naskah ini lebih menyerlah jika dibandingkan dengan naskah pertama. Jiwa Fika dan Shah ditumpukan sepenuhnya. Mainan jiwa mereka2 itu diselam hingga ke dasar paling dalam. Penulis mewajarkan tindakan Shah yg curang dengan isterinya juga keputusan Fika untuk lari dari suaminya. Penyesalah Fika atas kelemahannya sebagai isteri dirungkai dengan begitu menyerlah sekali. Juga lakaran plot Shah yg mula ‘sedar diri’ atas statusnya sebagai seorang suami juga wajar dipuji.
ii) Penggunaan ayat2 dan scene2 18SX naskah ini lebih ‘sederhana’ jika dibandingkan dengan naskah pertama. Masih tergaris sopannya.
YANG KURANG…
i) Penggunaan bahasa pasar agak terlebih untuk naskah ini. Untuk naskah pertama, aku gredkan sebagai A-, rasanya naskah ini setakat B- sahaja.
ii) Subjek Pengajian Islam…. C
mai
Another fantastic one by Emy Roberto! N rasa Emy Roberto ialah seorang penulis muda berbakat yang dapat make things feel so effortless.
N suka sangat dengan watak Rafeeqa. Dia seorang yang sangatlah diva (tapi tak sediva Iris Firman Nur) tapi berhati baik dan polos. Biarlah dia dikecewakan, tapi jangan kekecewaan itu ditunjukkan! Apa-apa pun maintain cool…Tahu suami main kayu tiga, masih lagi cuba maintain happy and bubbly. Nak serang2 perempuan, sangatlah tak berkelas!
Shahrizal cuba macam mana sekali pun, dia tak dapat membenci Rafeeqa. Jarak umur yang berbeza membuat Rafeeqa nampak childish berbanding dengan dirinya yang lebih matang. Tapi Rafeeqa yang bubbly dan happy itulah yang sebenarnya menceriakan hari-harinya.
N tak rasa ada satu part pun yang membosankan. Memang fantastic from start to finish. Walaupun Shahrizal ni jenis lelaki yang sendiri carik pasal, N suka sangat dia dengan Rafeeqa. Dorang sangat seksi-smeksi bersama!
Pada sesiapa yang sudah baca Mama Mia Shaza , you’ll be glad to know ada watak-watak from that novel made an appearance dalam JBC. Mula-mula N tak recognize namanya, until nama Mia disebut. Suka sangat!
Buku pertama karya Emy Roberto yg saya baca walau sebenarnya Mama Mia Syaza saya beli dah lama tetapi masih pending lagi
Cerita mengisahkan Fiqa yg meninggalkan Syah untuk sambung belajar dan saat dia kembali, hati Shah sudah dimiliki insan lain. Enggan mengalah, Fika minta diberi peluang selagi talak belum terlafaz dari Shah. Pelbagai halangan wujud antara mereka disebabkan keegoan masing2.
Namun mampukah ikatan mereka bertahan andai ada pihak yg bertekad menghancurkan?
Saya bagi 4 bintang dan sangat terhibur dengan watak Fika. Tak sangka doktor juga berbakat menulis … nak cari time utk baca Mama Mia Syaza pula~
Best cerita ni
Rafeeqa yg kuat semangat apabila suami ada yang lain
Dia berusaha gigih untuk tawan balik suami dia
* Malas nak review lagi dah sebab boleh baca kat review Hajar hehe
Sebab apa yang Hajar review tu sama apa yang saya rasa bila baca buku ni
TAHNIAH Emy Roberto untuk buku terbaru ni
Harap lepas ni Emy buat cerita Uncle Sawi la pula
Kesian Uncle Sawi, dua cerita dah dia tetap single
Nak juga UncLE Sawi ada teman π
komen…mmg menyesal x baca awal2..mmg x boleh berhenti baca..mcm2 rasa..geram..sedih..kecewa..gembira..geram sgt2 kat shah..nasib baik Fika cool je..xde nk jd tipikal woman..nk serang2 perempuan yg nk rampas suami dia..
then rasa nk tepok2 tgn bila Shah sedar yg si Husna tu mmg x guna..
nasib la Shah ni sweet n cpt sedar yg dia lebih cinta kat isterinya dari si Husna tu..
cuma satu yg x puas…apa yg jadi kat Husna ye? nak tau jugak keadaan dia..tp writer x cerita pulak sampai last…hihi
.
Ni karya ketiga penulis yang I baca. And, I love it! Kudos to the writer!
selesai sudah buku emy roberto JBC…
cerita yg seronok dibaca… dan ada kalanya akan membuat kita sayu dan ada kalanya akan buat kita sakit hati…
kisah shah & refeeqa… berkahwin kerana pilihan keluarga… tapi tak cliche cam cerita2 lain ye… kalau kawen paksa tdo bilik lain2… diaorng ni ok je… hahahaa… tapi mengambil masa untuk mencari keserasian… mencari masa untuk merasa cinta, dan rindu…
5 tahun rafeeqa melanjutkan pelajaran.. meninggalkan shah di bumi malaysia… cukup menyedarkan siapa shah di hati rafeeqa… bukan la kata shah tak pernah jenguk isteri dia masa kat oversea… ada… tapi kira setahun sekali… sehinggalah dia tahun akhir rafeeqa… shah tidak lagi memunculkan diri…
kerana org ketiga… cinta mereka diuji… kesilapan shah memakan diri…
apa yg terjadi selanjutnya… sila beli dan baca… hahahaha…
tapi siyes kata citer nie mmg best untuk dibaca…
“membaca dgn hati… menilai dgn akal”….
Sendiri cari penyakit. Bila muncul masalah, baru nak menyesal. Masa tu dah tak guna, wahai encik suami curang.Sedikit terkilan sebab Nek Pah still tak boleh terima Rafeeqa.Sedikit tak puas hati bila cerita Husna habis begitu je. Setakat hilangkan diri. Like WHAT? Kalaulah Husna ni memang wujud, yuni dah nampak besar kecil je dari awal. Ayat pertama yuni akan cakap adalah bodoh. Why? Dia punya plan untuk musnahkan masjid orang memang dah baik. Tak dapat cara kasar, dia guna cara belakang, dia jumpa Rafeeqa dan Nek Pah. Tapi lepas tu hilangkan diri. Hahaha…Even takdelah suka dia tapi serius, membazir masa je buat kerja tak siap ni.
The rest is okaylah. So what’s next?.
hemmm… sedih.. sebak..itulah yg ML rasa.. cerita ni sgt..sgt..sgt menyayat hati.
bagaimana si isteri cuba meraih kembali cinta sang suami. ya.. sebab dia sedar, punca utama adalah dia. dia yang memulakan. tetapi, itu tidak bermakna sang suami boleh senang-senang menduakan dia.
ah, lelaki… masa sayang, janji tu menggunung. cuba kalau dah jumpa yang lain.dan Husna. ke mana dia menghilang?puaskah hati dia setakat menggoyahkan rumahtangga orang.. hahahha.. ML tak puas hati tu. kalau tgk dari mula, mcm dia nak dapatkan Shah balik. tapi.. x pula.. apa-apapun.. 5 star sebab buat emosi n feeling ML jadi kacau bilau. sedih duh…
Rupa2nya si hubby dah ada org lain yg lebih memahami si dia kononnya le. Si Shah ni cakap dia nak kahwin dgn Husna tp dia x decide nak buat apa dgn Rafeeqa. Kejam gak laki dia ni. Kiri kanan ngap. Bila si wife balik Masia diaorg masih tinggal serumah and act as normal couple but on the same time si Shah ni masih kuar dgn Husna. Si wife cam redha jer. Saya pon x paham. Ni cam life story of Hanez Suraya aka Husna ye. Hahaha… Melencong sikit.
Di Husna muka x malu & si Rafeeqa yg sabar. Tunggu je apa decision hubby dia. Hubby dia pon ngok juga, tamak pon ada. Rafeeqa try to be a good wife but si Shah seem not to appreciated it. Dumb husband hya disbbkan wife x ckp cinta terus cari affair..
But in the end opkosla diorang meant to be together husband& wife. But where is Husna?????? Missing in action.
Secara jujurnya di sini ingin sy katakan sy bg 3*/5* ok!!!!
*A star utk garapan yg menarik.
*A star utk penulis menonjolkan a good wife treat a husband wpon husband dia ngok.
*And the last star for the story yg a little bit different from others eventhough x lari dr tema arranged marriage.
I don’t know how others rate this novel but this three reasons dah cukup kot sbb sy bg 3*.Apapon lain orang lain taste kan? Maybe org lain rate lebih sampai 4/5*. But for me 3* tu cukup dah kot.Ok selamat membaca ye.
Masa membaca buku ani i can feel the heartache so much! ;”'( Mengkisahkan tenting arranged marriage between Rafeeqa and Shahrizal. Rafeeqa being the young ambitious and stubborn lady object berabis lah and decide to go away from the marriage by studying abroad leaving Shah. Well its nice that even arranged marriage shah ani try to love rafeeqa but rafeeqa ani buat der saja UNTIL, shah stop visiting, texting and contacting rafeeqa d luar negeri that made rafeeqa realize what she’s missing. She actually LOVE her husband! she did suspect that with shah stop contacting her yang confirm shah ada affair and its true, shah ada relationship with husna. *heart breaks*
Rafeeqa character nya ani is she likes to keep it to herself, all the heartaches and sadness ia pendam saja. Being a “diva” and “strong” she overcome everything. Came back to Malaysia to claim the time lost between her and husband, sadly; husband is already head over heals with husna sampan kan mau cerai. It was a battle for rafeeqa to win shah’s heart back. Its hurts to read that rafeeqa is strong to even ask shah siapa nama the girl AND also tanya kabar. Tahan nyawa nya to know the husband skips their dinner dates for the girl. Basically being there for husna ALWAYS and not being there for rafeeqa the time when she needs him the MOST! It really hurts reading u know…
Anyhow, this novel is well written. Story line is smooth and real too. Its almost that you can imagine the dialog live in the movies! English pun lawa so this book deserve 4/5! Bravo to the author.
Jangan Benci Cintaku by Emy Roberto
Shahrizal dan Rafeeqa berkahwin kerana dipaksa. Mereka dijodohkan oleh keluarga ketika Fika masih berumur 18 tahun.
Fika memilih untuk sambung Bachelor Degree di Sunderland. Salah satu cara untuk mengelak daripada Shah.
Setelah lima tahun berlalu, Fika kembali. Apa yang berlaku, Shah telah berubah dan ada orang ketiga antara mereka. Perubahan Shah telah disedari oleh Fika tetapi Fika kan diva, dia buat derk jelah. Dalam hati, merana.
Tinggal sebumbung dngan isteri sendiri, layanan Fika n so on, menyebabkan Shah sedar bahawa dia mula jatuh cinta kepada isterinya. Perasaan yang terkubur kembali memekar.
Shah telah memilih Fika dan meninggalkan Husna. Kesalahan Shah dan Fika, mereka tidak meluahkan perasaan terpendam menyebabkan Fika mudah termakan hasutan Husna tentang Shah yang memburukkan isterinya.
Fika pergi membawa diri. Ke mana? π
Fika terjumpa Syazwi.
Damia terlepas kata, menyebabkan Shah dapat mengenal pasti keberadaan isterinya.
Di situ semuanya terungkap. Bahagia yang kunjung hanya sekejap, apabila Shah terpaksa pulang ke Malaysia. Sebab apa? Rasa nak tumbuk je Azwan tu huh…buat prank…hish….saspen je…
Bagaimana hubungan Shah dan Fika? Apa jadi dengan Husna? Siapakah Latisha, Erna, Cinta, Kiko? Semuanya terjawab dalam Jangan Benci Cintaku terbitan Idea Kreatif…
it seems lack of the x-factor.Saya tak suka penggunaan bahasa pasar urban pada ayat tak kena gaya yang banyak sehinggakan ia mencantas mood membaca. Katakan, untuk kebelakangan ini, saya bertukar menjadi selektif terhadap ciri yang saya mahu pada pembacaan. Anda perlu melihat ulasan orang lain untuk menguatkan alasan membacanya.Saya belum putus harap pada Emy Roberto lagi. Next time baca mama mia shaza π
Keep up!
Cerita ni sgt² best sebenarnya. Sy mmg dah suka waktu baca versi mininovel kat blog lg. Kisah Shah & Fika yg kawen ikut aturan keluarga. Pd mulanya Fika x suka & layan Shah acuh x acuh saja. Shah pulak bila dah jemu layanan si Fika, boleh pulak tertarik dgn Husna. Wpun Fika mcm tu, tp dia ttp jalankan tanggungjawab zahir batin. Kemudian masing² dah sedar kesilapan & nk perbetulkan keadaan.
Tp spoil betul bila sampai part Shah yg sanggup tinggalkan Fika sorang² utk 2nd honeymoon dorang sebab nk setelkan problem si husna. Wpun kes husna x sengaja diada²kan, x mustahil kalau husna tu betul² muncul nanti, shah masih akan buat benda yg sama. Mmgla fika tu kental tp jgnla ambik kesempatan…. X suka sgt kat Shah lepas hal tu…
Shah dan Fiqa disatukan atas pilihan keluarga sebaik Fiqa habis SPM dan Shah pula sedang mula membina kerjaya sebagai peguam. Fiqa nekad melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun dipujuk rayu sang suami.
[Sejujurnya, saya sendiri pernah melalui usia 18 tahun. Usia memberontak kata mak saya. Hitam kata mak dan abah, putih kata saya. Bukan bermaksud tak matang tapi lebih kepada nak cari diri sendiri.]
Shah setia melayan si isteri. Sanggup terbang jauh ke luar negara setiap tahun untuk menemani si isteri. Masuk tahun terakhir pengajian Fiqa, Shah sudah kurang berhubung. Majlis graduasi pun tak datang. Fiqa dah rasa lain. Lalu terus pulang ke tanahair walaupun niat asal nak sambung Sarjana. Tapi kepulangan tak disambut sang suami yang dah bercuti ke Bali. Bila suami balik dari bercuti saja, terus bagi tau yang dia dah ada Husna dan dia pilih Husna kalau disuruh buat pilihan.
[Tak tau nak rasa apa time ni. Nak marah Shah pun, Fiqa pun buat salah juga. Dan memang salute dengan Fiqa sebab dia tak meroyan bila dapat tahu. Okey, mungkin Fiqa pengsan dan menangis semalaman but, that’s it.]
Damia, kawan Fiqa, bersungguh-sungguh suruh Fiqa pikat balik si suami. Fiqa ada hak sebab dia isteri. Azwan, kawan baik Shah pun dari awal lagi tak setuju dengan keputusan Shah menduakan Fiqa.
[Alhamdulillah Fiqa masih ada orang yang setia jadi pom-pom girl untuk dia. Bayangkan masih ramai di luar sana yang bersendirian menempuh dugaan hidup.]
Tapi Fiqa was-was. Bukankah lebih baik melepaskan kalau itu yang membuatkan Shah bahagia. Tapi pada masa yang sama dia cintakan suaminya. Tapi Fiqa tak nak menyerah kalah sebelum berjuang. Cuma, setiap langkah Fiqa, ada saja si Husna halang.
Berjayakah Fiqa dalam misinya nak memikat semula si suami?
* * *
1. Ada plot tambahan dalam novel ni di penghujung novel yang saya tak pasti kenapa penulis tambah. Nak panjangkan halaman mukasurat novel ke? Nak wujudkan spin-off ke? Watak Maya dan Syazwi dah ada novel sendiri tapi yang lain seperti Cinta dan Kiko?
2. Tak ada closure dengan Husna. Tak tau kenapa penulis biarkan macam tu aje. Husna ni ibarat periuk api. Kalau tak dimatikan, memang sah akan meletup kalau tersilap langkah.
3. Tak ada closure juga untuk Damia, Azwan dan Syazwi. At times, kisah mereka bertiga ni lagi menarik dari kisah watak utama.
4. Watak Nek Pah memang mencabar kesabaran. Lagi jahat sebenarnya dari watak Nyonya Mansor dalam Ibu Mertuaku. At least Nyonya Mansor tu insaf juga. Nek Pah dari awal kemunculan sampai akhir memang konsisten sungguh, negatif aje sikapnya.
5. Suka amat dengan watak Fiqa yang penulis gambarkan walaupun menentang keras perkahwinan aturan keluarga tapi tetap menunaikan keperluan zahir batin suami. Macam nilah baru namanya isteri. Ini majoriti novel suka-suki letak syarat tak nak sekatil la, tak nak sebilik la.
6. Tak dapat bayangkan Dude Harlino dengan tubuh Hulk Hogan. Rasa macam kartun saja. Heh.
Done reading Jangan Benci Cintaku by Dr Emy Roberto.
Okay, ku baca versi lama, so, ku tak tahu beza yang ni dengan yang extended version yang cover buku ada gambar Shahrul Rizwan dan Zahirah Mc Wilson tu.
It was unexpectedly amazing! Tak ingat dah kenapa ku ignore buku ni dulu. Dan sekarang, gigih baca sebab buku ni dah diadaptasikan. So, baca dulu, before tengok drama.
JBC ialah cerita tentang arranged marriage between Shah dan Fiqa. Then, Fiqa sambung belajar ke Sunderland for 5 years. I wouldn’t say yang Fiqa sengaja tinggalkan suaminya, tapi kiranya PJJ la kan. So, 4 years went well. Tinggal setahun je lagi. Masa ni la, Shah tersuka kat Husna. Memang plan dah nak kahwin.
So, bila Shah bagi tahu Fiqa about his plan, Fiqa nangis. But, that’s it. Yeahhh.. Being a diva, memang Fiqa nampak sangat cool, tapi dia jugak banyak memendam rasa.
So, ini ialah kisah tentang Shah dan Fiqa menggali semula perasaan mereka, dan belajar untuk meluahkan.
Walaupun ni antara buku terawal penulis, buku ni ialah buku ke3 yang kubaca selepas Tanya Dia Tentang Setia dan Dear Bella. And to be honest, i love this one the most.
Ketiga-tiga buku ER ada menyentuh tentang kekhilafan masa silam dorang. Tapi JBC lebih cantik pengolahannya. Dan dalam JBC jugak, kisah dorang bertaubat jugak lebih significant dan well-elaborated. Bukanlah sekadar ‘touch and go’ je.
Dan yang ku perasan, hero heroin untuk ketiga-tiga novel sejenis sama spesis. Heroin yang cool, bubbly. Dan hero heroin yang sejenis tak meluahkan apa yang dorang rasa. Seriously, dalam JBC, rasa nak ketuk kepala dorang ni. Why don’t you talk? Why don’t you tell what you feel? Why don’t you ask? Yang sorang jenis diva, act cool. Yang lelaki pulak sejenis malas nak explain. Haihhh.
Dalam ni, ada cameo watak daripada novel Mama Mia Syaza. Tetiba teringin nak baca novel ni jugak. Haha
Dan kusuka novel ni sebab, it put lots of random things in here. Haha.. Trip dorang ke Bandung makes me miss Bandung. Trip dorang ke Boracay buat kuteringin nak kesana. And they talked about Noah, ex Peterpan. Hahaha.
her approach is still the same
kenapa i feel penulisan Emy mcm terbawa-bawa gaya penulis Rin Ahmad.
Saya mmg dah lama jadi silent follower RA dan mmg selalu terserempak dgn komen Emy Roberto dlm blog penulis RA. adakah Emy terikut-ikut secara tak sedar – sebab hasil tulisan Emy yang pertama di blog dulu sgt berlainan.
Malah setelah membace arluna aliran cerita dari segi perwatakan Rafeeqa byk menyerupai nina.
tapi ini barangkali secara kebetulan je. Malah saya jugak pernah terbace review seorang pembace yg mengatakan 13Jam A380 dari ER ade persamaan dgn penulisan RA, USD. Barangkali RA awal bertapak di blog jika di bandingkan dgn Eve R & E Roberto jadi pembace mudah terperasaan dgn persamaan tersebut.
sebagai pembace kadang kita mudah tangkap cara penulisan penulis.
Bagi saya Rin Ahmad sejak dari awal penulisan sudah bijak ‘menyerap’kan beberapa watak dlm setiap novel dia. Kalau dulu amat jarang penulis buat mcm ni. but nowadays dh ramai pulak penulis buat benda nih. tapi tak ‘senatural’ RA.apa pon saya suke cerita JBC – cuma ade sedikit penggunaan bahasa kurang tapi tak lah mencacatkan cerita JBC keseluruhannya.
Tahniah Emy. teruskan lagi menulis. May be kena cari your own identity to write a more improved story in the future. Apa-apa berkenaan dengan keugamaan adalah bijak untuk merujuk pada rakan & kenalan. Tak perlu takut nak memasukkan hal-hal ugama dlm cerita awak. Tapi buat rujukan dengan terperinci. MMS saya suke.
Rafeeqa & Shahrizal
Sayang Rafeeqa pada Shahrizal selama lima (5) tahun ini hanyalah tak lebih daripada seorang lelaki yang dianggap teman dan menjaga segala keperluannya. Tak pernah Shahrizal dianggap sebagai suami dan perasaan cinta tak pernah wujud untuk Shahrizal.
Namun, saat Shahrizal ‘hilang’ daripada dunianya, barulah Rafeeqa tersedar. Shahrizal sebenarnya dicintai sepenuh hati.
Rafeeqa: “I love you, Shah.”
Shahrizal: “Saya cintakan awak and thanks for being my wonder woman.
Suka dengan bahasa penulis.. sempoi!
Buku pertama karya Emy Roberto untuk saya. Suka watak Fika yang kelassss tak mengada-ngada walaupun comel dan anak orang kaya. Dia mengaku dia Diva tapi dia sangat down to earth orangnya, penyayang, considerate, loyal dan paling penting, dia penyabar. Mesti tak ramai wanita terutama yang muda, bubbly dan independent macam Fika boleh senyum dan telan duka bila diberitahu oleh suaminya sendiri bahawa cinta si suami sudah beralih arah dan ingin mengahwini wanita lain.
Agak menarik juga watak Shah si suami… dia seoeang yang polos hatinya. Dia sayang seorang wanita dan bila terasa telah dipinggirkan oleh si isteri, dia merajuk dan apabila ada yang masuk mengambil kesempatan, dia terima. Walaupun begitu, Shah seirang yang jujur dengan kata hatinya. Dia sayang Husna kerana pada pandangannya Fika sudah tak sayang lagi padanya sebagai suami. Dia butakan mata terhadap ketenah mengikis Husna kerana sayang. Rasanya character yang begini agak normal di kalangan masyarakat kita kan? Ianya selaras dengan naluri seorang lelaki yang penyayang.
Yang menariknya cerita Jangan Benci Cintaku adalah cara Fika melayari hidupnya sebagai orang ketiga kepada suami & kekasih gelapnya. Bacalah dan fahami betapa cinta sejati akan bertahan biarpun dilambung ombak ganas.
Yazlina,
Buku pertama karya Emy Roberto untuk saya. Suka watak Fika yang kelassss tak mengada-ngada walaupun comel dan anak orang kaya. Dia mengaku dia Diva tapi dia sangat down to earth orangnya, penyayang, considerate, loyal dan paling penting, dia penyabar. Mesti tak ramai wanita terutama yang muda, bubbly dan independent macam Fika boleh senyum dan telan duka bila diberitahu oleh suaminya sendiri bahawa cinta si suami sudah beralih arah dan ingin mengahwini wanita lain.
Agak menarik juga watak Shah si suami… dia seoeang yang polos hatinya. Dia sayang seorang wanita dan bila terasa telah dipinggirkan oleh si isteri, dia merajuk dan apabila ada yang masuk mengambil kesempatan, dia terima. Walaupun begitu, Shah seirang yang jujur dengan kata hatinya. Dia sayang Husna kerana pada pandangannya Fika sudah tak sayang lagi padanya sebagai suami. Dia butakan mata terhadap ketenah mengikis Husna kerana sayang. Rasanya character yang begini agak normal di kalangan masyarakat kita kan? Ianya selaras dengan naluri seorang lelaki yang penyayang.
Yang menariknya cerita Jangan Benci Cintaku adalah cara Fika melayari hidupnya sebagai orang ketiga kepada suami & kekasih gelapnya. Bacalah dan fahami betapa cinta sejati akan bertahan biarpun dilambung ombak ganas.
[ kalau rajin sy buat review santekk sikit ]
sekali lg yg super sempoi dari emy roberto.
1-kisah suami isteri, tp fresh. konflik dia naik turun, kekadang taktau tu konflik ke tak, hehh. tp tak klise. ^^ thumbs up.
2-bahasa yg selamba, sempoi. tak jiwang, tak baku, tak skema.
3 – terselit watak kemasyarakatan [[amboi skema]] yg bg keinsafan.
4 – tp, Mama Mia Shaza still di tangga teratas.
peace.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply