• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis aku yang kau tinggalkan Ungku Ismail dan Elizad Sharifuddin

Sinopsis aku yang kau tinggalkan Ungku Ismail dan Elizad Sharifuddin

Zik · May 10, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

aku yang kau tinggalkan

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan adalah adaptasi novel karya Alina Haizar. Bakal ditayangkan di RTM pada bulan Ramadan nanti iaitu pada hari isnin 6 mei 2019. Bersiaran selama 30 episod, drama ini diarahkan oleh Azridop dan merupakan terbitan Global Stations Sdn Bhd.

Gandingan Elizad dan Ungku Ismail pada ketika drama Teman Lelaki Upahan pada drama slot Akasia tv3.

Senarai Pelakon.

Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Leeza Zain, Sharifah Husna.

Sinopsis Aku Yang Kau Tinggalkan.

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Nia Mula Jatuh cinta ketika tempoh menjaga Zaril. 

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama Sinopsis aku yang kau tinggalkan Ungku Ismail dan Elizad Sharifuddin

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: