
Tajuk : Cik Shopaholic
Masa: Ahad, 8.30 Malam
Siaran : Slot Luna (ntv7 2019, tv3 2019 )
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif
SINOSIS CIK SHOPAHOLIC
Razi (Ungku Ismail), seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza (Puteri Aishah) pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah.
Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. Suatu hari, kekasih lama (Syerinie Myra) Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.

Leave a Reply