Email pilihan zik minggu ini.
TAK serik-serik !!!. Itulah perkataan yang sesuai kepada segelintir masyarakat yang membiarkan diri mereka mudah diperdaya dan ditipu oleh sindiket ejen ‘gores dan menang’ dan yang seumpama dengan aktiviti penipuan itu.
Bukan sekali atau dua malah saban tahun ada sahaja kedengaran berita terpampang di akhbar mengenai individu yang tertipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket berkenaan yang ingin mengaut keuntungan sekelip mata tanpa menghirau susah payah dan penat lelah individu itu mengumpul duit simpanan.
Bila lagi masyarakat kita mahu sedar dan adakah hendak tunggu sehingga ‘bila dah terhantuk baru nak mengadah’.
Berikut adalah email yang zik terima :-
1. Dari saudara “wann”
Pagi-pagi dah dapat sms pembohong dari 0 178935214 bebunyi “TAHNIAH! Sim card anda telah berjaya memenangi cabutan bertuah rm10,000,00 dari POWER ROOT SDN BHD. utk “mahlumat” hub office di talian 0178906527.
Ejaan pun salah nak kenakan orang!
Kita dapat cabutan kita pula kena call office dia ingat kita nie bodoh sangat agaknya!!!
Dia orang ne dah takda keja ke??? Sesiapa2 yang ada masa tolong-tolongla sound orang-orang yang takda kerja sangat ne.
2. Dari saudari Nisa sulaiman.
Saya pun kena juga dekat carrefour ampang, lepas bayar kat kaunter ada sorang mamat ni datang kata nak bagi beg sbb hari sabtu takde beg plastik tapi kena pergi booth dia sebab dah beli banyak kat situ konon nak bagi hadiah gamaknya.Kemudian, tetiba kena koyakkan gores dan menang macam tikam-tikam, kata kita dapat apa kat gambar ada la 2-3 gamba periuk, dapur dan sebagainya. Tetiba koyak borang dapat dapur yang tak panas tapi air boleh mendidih tapi kena beli barang dalam RM5k… hmmm boleh blaa dia kata boleh guna cc, mati idup balik pun takan guna. tunjukkan resit betapa ramai org beli (kena tipu la tu).Siap lah call bos dia kata barang saya dapat ni utk bulan depan la , mahal sangat la…blahh blah blahhhlast-last saya blah je, saya kata jangan nak menipu kalau nak bagi, bagi je apa hal kena beli-beli ni… budak tu bengang tengok saya blah.Bulan depannya saya g lagi c4 ampang lagi, lepas bayar jumpa budak tu tapi dia mula menyorok dan suruh kawan dia jangan dekat2 kat saya, sergah baru tau!. walaupun sorang tapi kalu hangin siap le. Dulu dekat RHB kat pandan indah pun selalu ada geng ni, tunggu orang keluar… saya takut diaorang ni geram tarik je beg orang bukan boleh percaya.
3. Dari Saudari H.Mohamed Haris.
Since saudari kita dah start thread pasal penipuan sms ni…saya just nak tambah sikit jer….tapi bukan pasal SMS…saya nak inform pasal location2 yang sindiket gores menang dok buat port carik mangsa kat KL city centre ni based on my observation1. Depan Nando’s Puduraya, dekat bawah covered walkways.
2. Seberang jalan kat Times Square..ngam ngam lepas turun jejantas tu.
3. Kat walkway tepi Lot 10 nak ke KL Plaza.
4. Kat tepi supermarket UO yang dekat-dekat dengan Petaling Street tu (kalau tak silap)…walkway yang nak hala ke Bus Stand Klang.
5. Kat walkway tepi kiosk2 kat Kota Raya
6.Bintang Walk.
7.Walkway tepi Pavillion.
Yang kuang ajarnya nya dia orang ni sekarang ialah
1.Dah berani main tarik tarik tangan /peluk badan, walaupun kita cuba refuse, dia tetap nak serbu dan pegang kita jugak.
2. Mulutnya celupar main lagi, stok suka maki hamun depan depan/kuat kuat bagitau semua orang. Kalau kita buat bodoh dengan ‘offer’ dia, dia nanti jerit cakap kita takde duit lah, miskin lah,kedekut lah, yang paling selalu sekali ialah dia nanti mencarut dalam bahasa ibunda dia jer.
Dulu ada jugak sopan santunnya tu..sekarang ni gamaknya business teruk pasal bad reputation dan selalu keluar dalam media…dorang makin tertekan dan ditekan oleh jerung jerung yang dok kontrol dorang…then they result to strong arm tactics untuk dapatkan mangsa…Walaupun bertukar tactics…style pemakaian /rambut dorang masih sama cam dulu (Ah Beng / Feng Tau style) :
1. Rambut mesti pelik pelik punya style, sesetengah tu dah cam buah durian dah, takpun cam skunk kena langgar ngan kereta, multi colour pun ada gak sesetengahnya tu.
2. Yang lelaki kalau pakai kemeja selalunya tak tuck in. Seluar pulak, pakai seluar slacks tapi mesti cutting ala ala macam boot cut sikit, kasut selalunya cheap leather imitation.
Haaa yang tu kalau yang nak style smart sikit lah. Kalau yang tak smart pulak selamba T shirt ngan jeans jer tapi selalunya mesti T shirt made in Petaling Street gak ler, slogan kat T shirt tu pun kekadang salah eja, kaler pelik pelik ta pernah dipakai orang punya kaler T shirt, yang saya selalu nampak dia orang ni suka betul pakai baju Baby Milo la, Soft Hard la, apa kebenda lagi saya tak tahu.
3. Yang pompuan pulak susah sikit nak kenal pasal dorang ni pakai ikut suka hati dorang jer, selalunya suka dressing selebet jer cam nak pergi disko tapi kurang modal. Haa camtu lah.
4.Dia orang suka sangat bawak sling bag, bukan backpack/knapsack, tapi sling bag, imitation branded punya ni.
5.Ahli kumpulan gores menang ni cukup suka tindik sini sana, sama naik laki pompuan, kening tindik telinga tindik.
Yang paling penting sekali ialah ’ Jangan layan dorang…buat bodoh/pekak jer…’
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply