Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Siaran Langsung Malaysia VS Barcelona , 10 ogos 2013

Siaran Langsung Malaysia VS Barcelona , 10 ogos 2013

Zik · Aug 10, 2013 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

http://img266.imageshack.us/img266/5346/ky5x.jpg

Satu perlawanan persahabatan yang tidak seharusnya buat skuad kebangsaan leka, apatah lagi terus dimalukan lagi dan lagi. Rentetan dari kekalahan stragiht dengan kelab jepun pada perlawanan yang lepas dibulan ramadhan.

Kelab barcelona pada perlawanan beberapa hari yang lepas telah membelasah thailand 7-1 beb, itupun gol dari thailand penalti hasil terasil dangda.

K raja gopal, tak perlu gentar.

Selaku jurulatih, datuk k raja gopal mengingatkan kepada anak buahnya tidak gentar berhadapan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC, pada perlawanan persahabatan di StadiumNasional, Bukit Jalil, malam esok. Beliau sebaliknya menuntut mereka memberi komitmen sepenuhnya walaupun sedar pasukan negara bakal berdepan pasukan lawan yang dibarisi pemain betaraf dunia.

“Saya beritahu pemain bahawa kita bermain seperti biasa dan beri tumpuan serta tunjukkan satu permainan yang lebih baik berbanding ketika bertemu (kelab Liga Perdana Inggeris) Chelsea FC baru-baru ini,” katanya.

“Saya tidak mahu pemain kita memikirkan kemenangan besar yang dicatat Barcelona FC seperti membelasah Santos (8-0) dan Thailand (7-1) baru-baru ini… Apa yang penting ialah saya mahu melihat peningkatan corak persembahan dalam kalangan pemain itu sendiri,” tegas Rajagobal.

Jurulatih berusia 57 tahun itu berkata peningkatan dari segi corak persembahan skuad Harimau Malaya akan membolehkan beliau merencana strategi terbaik untuk bertemu Bahrain pada perlawanan ketiga Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, 15 Oktober ini.

Mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan esok, Rajagobal berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan doktor pasukan.

“Mungkin saya akan kekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang Chelsea FC tempoh hari…Kalau ada pertukaran, mungkin satu dua pemain di posisi tertentu,” katanya.

Info terkini:

Tersebar maklumat mengatakan pihak FC Barcelona telah meminta untuk perlawanan malam nanti ditukarkan ke stadium lain memandang permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil menyebabkan ramai pemain mereka cedera ringan semasa latihan malam tadi.

Yang pertamanya, keputusan ini akan memeningkan penonton kita sendiri tambah-tambah lagi warga asing yang datang ke sini mahu menonton perlawanan tersebut. Yang keduanya, jika penonton yang sudah sampai SSBJ baru tahu venue tukar ke SSA, adakah ada pengangkutan awam ke sana? Yang ketiganya, apakah perasaan mereka yang telah membeli tiket mahal-mahal berbanding pembeli tiket yang murah jika kedudukan mereka sama sahaja? kalau tak silap SSA tu semua sama je tempat duduk. Dan yang keempatnya, adakah penonton yang akan datang malam nanti melebihi kapasiti SSA? sebabnya SSBJ punya kapasiti tidak sama dengan SSA.

Kepada yang ingin tonton secara live, boleh tengok di televisyen tive 3, dan juga astro saluran sukan, 801 astro arena.

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan terkini malaysia vs barcelona, live malaysia vs barcelona 2013, live streaming malaysia, malaysia vs barcelona, malaysia vs bercelona 2013, ulasan malaysia vs barcelona 2013, youtube gol malaysia vs barcelona 2013

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. wazy says

    August 10, 2013 at 12:10 pm

    Harap-harap percatruan dan strategi pada kali ini membuahkan hasil sebab berlawan dengan pasukan yang bukan calang-calang pulak tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.